Monday, September 21, 2015

Sembang sembang...cerita sekolah.

Hari Isnin cikson sebolehnya mau menulis ttg perihal halehwal sekolah.Katakan jiwa raga cikson dipenuhi kecintaan pada sekolah.Kalau tak ada sekolah ,hidup cikson tentu berubah.
Biasa kan ibu2 bapa berkata pada anak..
Ha...tak pas periksa aku bagi hang kahwin.
Aku suruh hang bela lembu..
Bila dimomokkan kena kahwin paksa dan kena jadi pengembala lembu ,anak2 pulun belajar...Itu cerita dulu2.
Sekarang dah tak main dah ayat2 momokan itew...

Cikson cuba mengimbas kembali kisah cikson adik beradik bersekolah...
Kami semua bermula dengan sekolah Melayu...ie bahasa pengantar Melayu.Kakak dan cikson berpeluang belajar dalam aliran Inggeris selepas menduduki special Malay Class Entrance Exam.Kakak semasa tahun lima dan cikson masa tahun tiga.Selepas itu kakak masuk tahun 4 setahun lebih awal dari cikson dan bila kami ambil SC/MCE kami hanya berselang tahun walau umur kami 3 tahun jaraknya..

See...jenuh abah dan tt membanting tulang mencari duit nak sekolahkan kedua 2 kami yang hanya berselang tahun.
Rupa tak ada, bakat nahee,miskin pula adalah macam satu push factor utk cikson lebih berusaha.Sebolehnya nak dapat keputusan yang lebih cemerlang dari kakak dan kawan2...
Dan dimasa itu usaha sendiri adalah penentu kejayaan .Mana ada tuition atau kelas tambahan...Kelas detention adalah.

UPSR dah selesai..apa anak2 murid buat apa agaknya sekarang.Tentu sibuk mengisi borang borang kemasukan sekolah2 terpilih.
Terimbau kembali cikson masa cikson jadi Penolong Kanan Satu satu sekolah.Masa itu mula diperkenalkan sistem markah Kokurikulum.Berpeluh kami dibuatnya..
Jadi kepada anak anak tahun 6 cikson suka berpesan...
Isilah borang borang dengan cermat dan hati hati...jgn buat suka hati...

Bye...
LOL...today school is cuti.Tentu semua sedang dalam mood cuti. Tak terperasan pula cikson...adoi.
Selamat bercuti..Tentu ramai orang kat Kuala Perlis dan Padang Besar.

No comments:

Post a Comment