Tuesday, September 15, 2015

ETS ....bagai meminang si puteri ledang

Semenjak ETS bermula,membuak buak keinginan cikson nak cubatry.Lebih lebih lagi bila depa kata dia ambik 4,5 jam saja dari KL ke Kangar.Haha ambiq kau makcikson cakap utagha.

Tak tipu aih kalau cikson teringin sangat nak naik.Tak sampai KL sampai SP pun tak pa.Tapi apakan daya...tiket tak pernah ada.Teringat kembali dia semasa zaman mudanya.Keretapi mode transport utk dia ke Tanjong Malim dari Bukit Mertajam.Berjumpa macam macam pengalaman.Ada manis ada masam.Tapi masih teringat zaman berzaman.

Meregisterkan diri di e ticket juga tak membuah apaapa.Setiap kali on line, availability ticket selalu 0.Buat cikson tertanya depa buat apa ramai2 naik tren.Nak beli belah bukan sekarang masanya bila RM kita seakan yoyo adanya.Orang Siam pun dah tak berapa nak bekenan dgn RM kita..

Minggu lepas cikli talipon KTM Arau. Suara dihujung talian mengkhabarkan tiket dibuka pada 15 haribulan utk tiket bln Oktober.So pagi tadi bersiaplah dua suamiisteri ini ke Arau utk membeli tiket.
Cuaca baik . Mood pun baik.
Mengambil lebuhraya Kuala Perlis,15 minit tak sampai,sampailah kami ke stesen keretapi Arau...
merentasi lebuhraya kuala perlis 
Terpinga2 ciklicikson...Eh mana setesennya.
Oh rupanya stesen lama dah tak diguna.In its place adalah stesen yang serba moden...
Menuju ke bangunan,kami disapa penjaga kawasan...
Cik ...la ni waktu rehat.Pukul satu baru counter buka.
Menunggu masa,cikson meninjau sini sana.Kamera hadphone ditala merata.

begini rupanya stesen baru KTM Arau
Dan jam 1.00 kaunter tiket pun dibuka.
Cik,makcik nak beli 2 tiket utk ke KL Central 15 Oktober .
Dia melihat makcik dari sebalik kaca..tangan mengetuk sesuatu dikomputer.
Cik ...maaf tiket 15 Oktober tak buka lagi.Kami jual hanya sampai 9 Oktober.
Sudaaah...
Eh hari tu pakcik phone kata dah boleh beli dah.
Hadoooi....berputih mata kami.
Nanti 5,6 hari lagi mai sini beli. Tapi talipon dulu tiket dah buka atau tidak..
Pulaak.
Awat tak buat macam flight.Setahun pun boleh beli..Makcik bersungut.
KTM bukan rugi pun kalau kami ambik tiket awal.Isssh nak mai dua tiga kali ni yang rimaih.
Macam ni makcik,ni nombor talipon...dia menghulurkan secarik kertas.
Hmmm...nampaknya tak ada jodoh kita dgn ETS. Entah besok besok habis pula tiketnya.Kecewa makcik.
Lain kali bagi taulah detail sikit bila pelanggan tanya..Macam meminang puteri gunung ledang.Macam2 syarat.

Balik dari stesen Arau kami singgah makan tengah hari disebuah restoran,Kemudian membeli belah di C Mart yang tak jimat. Harga barangan memang menjerat.Tapi sayur sayur nampak segar.Rupanya hari Selasa dan Sabtu lori sayur sampai..

Habis membeli kami pun pulang.Tapi hati sedikit walang.Selagi tiket ets tak dapat dibeli....


Walaubagaimanapun marilah berkenalan dengan stesen keretapi Arau...
rasa macam di Timur Tengah

tiada orang lagi kerana tiada tren yg datang atau pergi

nak tau tambang teksi mai lah baca kat sini
oh ya...my bas ada juga.Tapi kena menapaklah kesana
Kalau hujan basah,kalau panas berpeluh kerana disitu tak ada tempat berteduh...

lengang tak berorang.Pukul 4 nanti baru ketahuan.

eh...sapa pula lelaki ganteng ini.

kebaikan ets

tempat menunggu....kalau x ada orang mau serammmm.


6 comments:

  1. saya pun teringin nak naik tren untuk mengimbau kenangan masa kecil dulu. tapi kondisi ibu_suri yang tak boleh berjalan/berdiri lama buat saya pendam je hasrat itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah semoga dimakbulkan keinginan.

      Delete
  2. Stesyen KTM sudah dinaiktaraf dengan rekabentuk yang sama di mana2. Harapnya perkhidmatan yang diberi juga dinaikkan tarafnya sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta2 tu gitulah.Dah dilabur duit berjuta juta jgn jadi gajah putih sudahlah...

      Delete
  3. untuk karangan puan kali ini, saya kasi lima bintang pom pom pom!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...jgn ditengok gaya bahasa. Punah dibuatnya.Tatabahasa dapat pelangkong dengan cikgu agaknya.
      Anyway writing is a way to keep the mind active.

      Delete