Thursday, April 2, 2015

DIY...menukar paip sinki tak perlu panggil plumber.Buat je sendiri.Tak kena GST!

2 hari lepas ie Tuesday morning ciklicikson jadi mcquiver.Bila dua orang tua yang satu pernah patah tangan dan yang satu lagi sakit sakit tentulah kerja mudah jadi payah.Seorang terketar ketar dan seorang teraba raba.Mau pula sinki ini paipnya bersambung dibawah sinki.Kalau berada di eye level dan sambung terus ke dinding rasanya taklah rumit.Mudah sedikit rasanya.

Lihatlah ganasnya pengguna paip sinki ini sampai boleh patah ....

paip yg patah...senang karat punya 

Cikson cuba baiki sendiri tapi tak berhasil sbb belum katam bab plumbing dan paip mengepaip semua.So terpaksa lah minta cikli buat juga dan ciikson jadi assistant.

peralatan baik pulih....nak sambung tanggalkan screw besar putih dan lilit tape
bahagian hujung dibawah.


Nak tukar kepala paip ni,kerja kena dibuat dibawah sinki.
Tutup paip dahulu.Paip penutup ada bawah sinki .
Tanggalkan screw yg menyambung rod ke paip air.
Tanggalkan screw yang dihujung satu lagi.


dari bawah sinki...nak keluarkan nut warna gold tu yg susah..Ketat dan
susah nak sampai.

paip yg perlu ditutup sebelum operasi menukar
Tanggalkan screw plastik dan washer .
Cabut bahagian atas paip melengkong yg jahanam.

So sekarang boleh mula dgn menyambung semula kepala,paip yang baru.
Lilitkan hujung paip dgn tape.Mana2 sambungan elok di lilit pita supaya tidak berlaku ketirisan.
Pasang washer pada atas lubang sinki.Masukkan kepala paip kedalam lubang dan screw balik dibahagian bawah.Mula dgn letak washer,plastik screw dan screw tembaga.Sambung paip penyambung dengan paip .

SIAP!

See dalam sehari cikson belajar menanggal dan memasang semula kepla paip jenis melengkung.Sempat lagi belajar bab screw,plier,wrench dan washer....siap google lagi.

Belanja:  kepala paip baru RM 20.00
               tape paip dan sepana/wrench  40.00 ...boleh guna lain kali.
               upah....teh ais sebungkus  ikat hujung
               GST..0

Hasilnya.....

seakan ini...googled
Kalau boleh nak yang macam ini
chrome tahan karat dan moden...

6 comments:

  1. Tahniah buat CiksonCikli yang berjaya buat sendiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...sorang rabun,sorang sakit tangan..mujuq berjaya juga tak payah panggil tukang.

      Delete
  2. Replies
    1. hehehe....dok pulaih kiri kanan,tup tup dia patah..

      Delete
  3. macam mana cik buka yg nut tembaga bawah singki tu ya. bole bagi tips? sempit tu. plastik screw tu patah so pipe bergegar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. unknown,
      alahai..dah ingat2 lupa dik. Memang susah nak buka screw tu. Tak ambil gambar pula utk ingatan. Rasanya guma 2 plier.

      Delete