Thursday, April 30, 2015

DIY...kuah mee cara makngah


Hari ni makcikson @makngah nak cerita macamana nak buat kuah mee .Kot2 ada anak menakan dan anak sendiri nak makan lepas makngah tutup mata forever. Rugi kalau tak ajaq .Nanti depa dok kempunan macamana nak buat.
Sebenaqnya kuah mee ni makngah belajaq masa tokwan dok meniaga dulu.Dgn mee ni lah makngah dibesarkan bersama 4 lagi adik beradik yg lain.Besaq panjang pun kami...pandai pun juga sbb hari2 dok makan ayaq daging...udang,sotong,sayuq hehe.
Oklah ....kalau makngah cerita hampa bukan nak pecaya pun yg keringat makngah tumpah kena tolak kereta mee.Kena ke sana sini jaja mee.Masa tu makngah malulah sangat konon..Ingat balik I was proud to have to go through all those experiences..it toughens me when things got rough..

OOOi  mana caranya masak kuah mee ...

Ok ni lah caranya.

Hampa rebuih semua bahan bahan ni.

Daging/tulang/limpa/hati ...ikut hampalah nak buh apa
Bunga kimcam....susah nak dapat
Tomato/kentang/ubi keledek
Udang ...pisahkan kulit dan kepala...( rebus asing lepas tu grind lumat,perah ambik ayaq udang tu.)Isi udang tu buat garnish.

Cili/bawang....grind lumat

Grind limpa/hati/tomato/kentang/ubi keledek sampai lumat.

Masak cili sampai wangi.Perasa asam garam gula.

Sekarang baru assemble kuah dalam periuk besaq punya.

Campuq semua bahan yg di grind tu.Masukkan ayaq .Perasakan dgn cili ,tomato ketchup.Masaklah bagi rasa masam,manis,masin,lemak .SIAP!

Ha ...tu lah cagha makngah masak kuah mee....nampak senang kan...



 masak kuah cili

rebus ubi kentang/ bunga kincam/ubi keledek/tomato buah
grind semua

rebus daging dll.


campur semua dalam periuk ...jadi kuah mee
tanda / maknanya ikut sukalah nak guna ke tidak...tapi tentulah tak jadi mee JPL kalau tak guna...

Teringat makngah masa wan masih ada dia selalu kata
Mee makngah tak sama mee dia.
Hee heee... tentulah ..sbb ni cara makngah.kan kan.

Teringat anak menakan SP yg lama tak dikunjungi..Kalau nak makan mai la..hari ni buat lagi utk bangwen pula..

Makngah

4 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Ngah,
    (aci ya saya panggil Kak Ngah)
    Kita yang masak.. kita yang adjust..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mualaikumsalam Pn Sham,
      Kak Ngah ...panggilan yg jarang digunakan.Tapi silakan.
      Betul sangat...bila kita masak ,ikut suka kita la kan...hehe.
      Tapi kena selera mereka kalau tidak jenuh kita nak perabis sorang2.

      Delete
  2. tq a million kak.I have been waiting so long for this..moga Allah bless u a million also for this marvelous recipe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maz,
      You're welcomed.Next time kak buat,bolehlah nak perincikan measurement bahan2 tu.Kalau tak praktikal susah sikitla nak ingat betul2 .
      As usual my children also commented that I am poor at giving estimates.Takdak SOP.So the taste differ from one session to another.APTB..hehe.

      Delete