Monday, March 9, 2015

Dari fasa 1 ke fasa 4

Baru balik dari hospital..menemani cikli .
Dan semasa menunggu giliran,aku dan cikli sempat bergurau
Hmm  dah masuk fasa 4 kita ni.
Meaning?.....fasa sakit sakit orang tua.Fasa jadi pengunjung tetap hospital.
So what is fasa 1 to which the explanation is being born...tengok dunia
Fasa 2 ....belajar ABC,Alif ba ta.
Fasa 3..kahwin dan segala sangkut pautnya..Membesar anak anak ,mengahwin anak anak .
Fasa 4...sakit sakit lutut dan sendi,juga kalau jantung ,darah tinggi,,kencing manis pun menampak diri
Fasa 5...tau taulah sendiri.

Lama juga aku tak berkunjung ke bangunan lama HTF.Banyak perubahannya.Sistemnya pun lain .
Semasa menunggu satu kejadian tak diingin berlaku.Pintu ditolak seorang penjawat awam disitu .Aku yang betul betul berada didepan pintu terlihat kaki seorang anak kecil tersepit.
Kaki budak tu tersepit...Aku beritahu.Tapi budak itu sedikit pun tak menangis atau meraung walau kakinya luka..Kahaq kata orang utara.
Tapi yang specialnya,tuan empunya angkara berpaling muka bila keluar bilik doktor...nak tengok agaknya siapa makcik yang kepoci bersuara.
Ha ..tulah dia yang bagi kaki budak tersepit...cuak agaknya.

Se petang dihospital.....banyak cerita yang boleh digarap dari memandang saja.


No comments:

Post a Comment