Sunday, April 20, 2014

Bila rajin.

A favourite question..mama makan dah?
Masak apa harini...
Itulah exchanges biasa biasa bila berhubung dgn anak anak jauh diibu kota raya.
Melalui talipon tentunya.

Selalunya mama kurang rajin nak masak bila berdua saja.Bila ada kompani baru datang rajin mama.Baru teringin nak makan itu dan ini.Baru rajin nak ke dapur yang disayangi..

Hari tu semasa balik dari KMC ,singgah sebentar dekat warung jual ikan tepi jambatan tepi jalan.Nampak tak banyak ikan yang dijual.Dan ketika nak angkat kaki dari situ,sipenjual menyeluk peti simpanan ikan dia.

Kak...tengok ni ketam..
ya..ya akak kenal ketam...kata ku melawak.Akhirnya tiga ekor ketam cikson beli.Harga belasan ringgit.
3 ekor cukupkah ?
3 ekor belah 2 dah jadi enam.Tiga untuk kakak tiga untuk abang.
Haha... sempat lagi berlakon cerita bujang lapok P Ramlee kat situ..

Kelmarin cikson gulaikan ketam ketam itu dengan nenas.Berlauk ketamlah makan nasi semalam.
Petangnya perut manja lagi.Nak minta makan cucur jagung pula.Pukul 3 cikson gorengkan cucur semangkuk.Jenuh cikli makan sampai ke esok.

See...bila rajin ...semua jadi.
ketam tiga ekor

jadi sebelanga

lebihan nenas goreng telor.

ikan bilis goreng bawang

cucur jagung minum petang

bahan cicahnya....sambal botol dalam pinggan...rajinkan!


Bila segan @ malas semua beli... kesian cikli.


No comments:

Post a Comment