Wednesday, June 27, 2012

Kesian kami

 

Cuaca panas buat selera untuk makan jadi ting tong.So makcik pun berkira kira nak makan pizza utk malam ni.Say no to nasi.

So cikli pun balik lenggang kangkung senja tadi tanpa tapau apa apa.

Jomlah kita pi lepas maghrib nanti……

Well maghrib came and go.Makcik pula dah terasa malas nak bersiap .Gitu juga cikli.kalau boleh suruh ninasandaq dah lama hantaq dia pi beli.Nak buat home delivery …tak tahu pula nombornya.

You masaklah apa apa yang ada….cikli memberi perintah.

Hai …..petiais tu belum lagi di restock selepas balik dari pomen.Yang ada hanya teloqq semata mata.No sayuq,no uadang and no meat.

Teloq pun teloq lah ma oooi….

Selaku seorang isteri yang mi tali , aku   memasuki ruang dapur.

Yang ada bihun…teloq…cili …oyster sauce…kicap …bawang puah ( putih + merah)

Dengan kuali di api makcik mula operasi menceloq bihun.

Dalam belanga lain ,buat teloq hancur.

Selepas tos bihun…makcik tumis dan caramelize  bawang.Kemudian masuk cili,sos tiram,perasa ayam…

Nak jadi cerita ….gas pula habis. Waduh waduh …..apa nak ku buat.

Lagak seorang pahlawan…pantang berundur setelah melangkah….periuk nasi jadi pilihan.

So dengan periuk nasi mamason masak bihun togel utk makan malam ni.

 

Tapi yang seronoknya ….cikli bertambah tambah bihun tu.Sedaplah agaknya.Untuk garnishing,ikan bilis goreng dari padang jadi bahannya.Hentam sajalah.

Kesian kami.

No comments:

Post a Comment