Tuesday, June 5, 2012

Kenduri kendara saudara jiran tetangga.

 

Huih….banyak nye undangan makan kenduri.Tepi rumah ada,belakang rumah ada.In fact boleh gantung periuk belangalah seminggu dua ni.

Dan diantara undangan yang dipenuhi …..

Kenduri kahwin anak saudara di Lunas.Tema merah yang meriah.

 

Sebelum itu,kami ke rumah kawan sekuliah aten di Sungai Petani.Tema warna yang nyaman dimata

 

 

 

Gambar pengantin tak pula diambil kerana tengah photoshoot.Nak cilok aten punya camera ,belum belajar lagi selok beloknya.

Actually ini adalah rumah kenduri pertama kami pergi hari Sabtu itu.Pukul 12.00 dah pekena nasi kenduri yang lazat menjilat jari.

Dan petang itu juga kami zoom balik Perlis makan kenduri rumah jiran.Dek traffic jam sepanjang jalan,maghrib baru sampai rumah.Anyway,sempat jugalah menjamu selera dengan apa yang ada.

Besoknya kenduri lagi di Jitra.

 

Asyik saja makan kenduri rumah orang,bila pula orang nak makan kenduri kita….cikli tanya

Entahlah pakli…..

No comments:

Post a Comment