Monday, March 12, 2012

Ada rumah sewa tak?

 

Two weeks ago we were into house hunting in Jinjang and Kepong.Banyak juga la pengalaman yang dilalui.Yang boleh buat kita ketawa gelihati ,juga kita sakit hati.

Selama tiga hari berumahtangga di hotel Crystal Crowne ,puas helaian akhbar kami selak dan jenuh tangan laptop kami ketuk.Untung untung ada rumah mampu sewa untuk 2 anakdara.Seorang dari Perlis dan seorang dari Sabah.

Satu pagi selepas menghantar sianak ke sekolah,kami kelililng taman perumahan berdekatan.Nampak ada saja kelibat rumah kosong,rumah jiran kami ketuk.Ada makcik nyonya ketakutan melihat kami terjenguk jenguk macam gangsta.

Sekali kami jengah kedai persis seven eleven.Di notisboard kami terbaca iklan sewa rumah.Janji pun dibuat untuk jumpa dikedai mamak.Selepas sekian lama menunggu,seorang jejaka persis SRK menunjuk diri.

Ruang rumah tu saya sedang sewa dengan tunang saya.Nanti kalau tuan rumah nak balik ,saya bawalah anak cik pindah sekali.Cik jangan worry…..by the wayyyy…I’m Ronnie.Saya ex-pilot.Sekarang saya tak kerja.Uncle saya doktor,brother saya businessman……waduh panjang mukadimah dia dan makcik terkebil kebil mendengarnya.

Makcik senyum…..ok nanti saya bincang dulu ,lepas tu kami call ye.Lepas tu kami cepat cepat angkat kaki.Waddehel ,anak makcik nak sebilik dgn tunang dia dan dia….Uiish.

 

Kami juga ke sebuah pangsapuri ,rumah luas.Boleh buat badminton court laman hidup nya.Tapi bila lihat sekeliling kondo bagaikan kawasan gudang tinggal,cepat cepat kami angkat kaki.Cerita tentang kawasan hitam dan putih juga kami dengar.

Minggu ini bermula Jumaat sekali lagi kami akan ke sana dalam misi mencari tempat berteduh buat seorang lagi.Subang Jaya pula akan kami jelajahi.Semoga misi kali ini mudah dan dipermudahkan.

Siapa kata peranan ayah ibu habis bila anak tamat pengajian.Tentulah bukan selepas SPM…..tak gitu?

No comments:

Post a Comment