Sunday, January 22, 2012

Sampai akhir nanti



Semalam makcik ke hospital lawat toksaad ayah cikli.Banyak yang dilihat yang menyentuh rasa.

Wad lelaki jadi yang diwadkan tentulah kaum lelaki….anak lelaki,ayah,suami,bapa mertua dan bujang trang tang tang.

Ada yang meriah dilawati anak isteri cucu dan cicit tetapi ada yang makcik lihat duduk sorang sorang menongkat dagu.Tak nampak pun seorang pelawat singgah kekatilnya.

Seorang pula tanpa sesiapa membantu lemah lutut dilihat mengagahi diri ke tandas.Tangan diayun memberi isyarat kepada sesiapa yang berada dalam laluannya.Mungkin dia tak mahu berlaga dengan sidara yang berdiri disitu.Ialah kaki lemah,mulut pun juga.Kalau berlanggar kan buruk padahnya.

Lebih sejam ku disitu…..apa yang aku dapat simpulkan. Kasih dan sayang mencurah pada sisakit yang bertuah.Bertuah memiliki keluarga bahagia yang datang melawat.Tapi tak semua bertuah….

Kepada yang memiliki keluarga ,bersyukurlah.Kerana ramai yang tidak punya sesiapa.Mungkin angkara diri sendiri yang tidak menghargai .Keluarga tak punya apa erti dalam hidup masa sihat dan kuat.Anak isteri ditinggal kerana menurut katahati.

Makcik tua menjaga pakcik tua ,satu gambar yang punya seribu erti sebenarya.

Entahlah…..kita merancang Tuhan menentukan.Tapi aku terfikir sejenak.Sampaikah akhir nanti buat diri sendiri.

Add caption

Ini bukan wad hospital tuan tuan.Sininasandaq memang mempunyai naluri keibuan.Anak siricci selalu diberi perhatian.Dimanja,dibelai penuh kasih sayang.Siapa ganggu penampar dia melayang.

Tak percaya?

Itu cerita benar…bukan khayalan.

No comments:

Post a Comment