Sunday, January 29, 2012

Aurora…..suara dan cahaya

She is hundreds of miles away in the East Coast.

Mum,its aurora.

Aurora what?

Ingat nama budak baru lahir ke.Artis tak adalah nama macam tu seingat makcik.

Tu…cahaya yang kita tengok dalam tv kat Scotland.

Oh ya….baru makcik teringat tentang cahaya hijau bergemerlapan di Scotland yang disiarkan di tv tempoh hari.Berita dari Scotland memang amat diminati kerana mamason pernah sampai ke sana dua tiga dekad dahulu.

Dua tiga malam sebelumnya nekad makcik you tube berkaitan suara misteri di Samarahan.Dan dari itu makcik dapati hampir seluruh dunia terdapat suara aneh itu.Dari Costa Rica,Canada,Russia suara seperti alien menyerang dimuatkan.Dan peliknya semua bertarikh sekitar pertengahan January .

Dan satu pagi ketika dihantar ke sekolah,makcik sempat merakam gambar cahaya yang nampak pelik dimata.Bila diamati ternampak macam kalimah tertulis lagaknya.

Sedikit masa dulu ,awan yang aneh seakan manusia dan gergasi juga makcik abadikan.

Well…..dunia kita penuh kejutan.Dan sedikit hari lagi akan ada pengumuman dari pihak berkuasa tentang suara di Samarahan.Bunyi enjin kilang kelapa sawit kah itu atau HAARP ( betul ke ejaan ni).Atau adakah dajal sedang hampir benar dengan kita…..Hmm…memang fikir sekali memang banyak kedajalan manusia akhir zaman ini.

Lynas bagaimana?

Buang bayi bersepah merata.

Pendatang asing hampir dari seluruh pelusuk dunia…Afrika,China,Nepal,Myammar ….sebut sahaja.

Video mahadahsyat datuk T tiga serangkai apa cerita.

Aku  buntu memikir tentang anak anak juga anak bangsa…….bila kah akan kembali berdiri megah gagah perkasa.Mulia disisi tuhan dan juga manusia?

No comments:

Post a Comment