Saturday, December 3, 2011

Welcome home……….

anak bongsu abah


Perjalanannya masih jauh.Tetapi sementara disini…mama ucapkan WELCOME HOME…….tapi tak ada lah pula bunga male nak dikalungkan.

Anak ini baru menghabiskan pengajian 5.5 years di QUT/IPBA.Pagi tadi seawal 5.00 the old couple of no 7 dah tercongok di stesen bas Kangar.

Aduih….beratnya beg .

Maaf ya abah mama tak pergi ke KL untuk menjemput pulang.Dengan ramalan hujan lebat dan banjir besar akan berlaku,banyak rancangan berjalan terpaksa di letak atas para.Hmm …dekat sini kering kontang ,nun di Kajang sana pula yang terapung.

Selepas ini entah dimana pula akan sianak ini akan berhijrah untuk mencari kehidupan sendiri.Doa mama,dipermudahkan urusan dan dipermurahkan rezeki.Semoga menjadi pendidik yang berwibawa.Menjadi penerang buat anak bangsa.

So once again: WELCOME HOME.


welcome home babe

Alhamdullilah,tamatlah sudah tugas abah mama untuk melihat anak anak semua berijazah.Kalau nak lebih,sorrylah kami dah tak mampu.

No comments:

Post a Comment