Monday, November 7, 2011

My eidul adha of 2011…..




 Sabtu : menjelang raya

Tugas didapur sudah diberesi…..sekadar rendang daging cara aku sendiri.Kali ni,aku ikut gerakhati sbb buku resepi ku tolak ketepi.

Cikli dah tempah ketupat…50 biji semuanya

Entahlah siapa yang nak memakannya

kalau bukan tuan sendiri yang membelinya.


Add caption


Raya Haji selalunya tidak ada pengunjung yang bertandang.

Anak anak  seorang pun tidak pulang.( sehingga ini ditulis)

yang di Pahang katanya nak naik kapal terbang

yang diPenang,belum pun mula ,tentu tengah malam baru nak datang

 

Over the news,I got to see a ‘hero’. Seekor kucing dipotong kaki kerana mencuri ikan sepotong.Entah binatang apakah jenis orang yang tergamak berbuat begitu kepada seekor kucing.Agaknya dia mengamalkan hukum hudud dia sendiri.It really got my mood down.Cissss.Sedih

Add caption

.

Umur dan tenaga .Memang proportionate.Sunggoh tak terbuat kerja masak memasak dan kemas mengemas .Dusting the fans ,mopping the floor took my breath away.Berbeza tahun tahun dulu masa tenaga masih kuat,semua kerja kemas mengemas,masak memasak dapat ku pikul sendiri.Aduhh.Letih.

Add caption

Rendang berlenang resepi lintang pukang.Grind ,tumis,reneh sampai mendidih.Tambah itu ini ikut rasa

Dimakan sama ketupat ditempah,Merah menyala ,itu yang cikli suka.

No comments:

Post a Comment