Wednesday, October 5, 2011

Liku liku jalan

 

Setiap hari berkerja ,pasti 2 kali aku mengharungi jalan ini.Jalan pintas Jejawi-Spg Empat.Dan aku lebih tahu jalan ini sebagai jalan Long Boh or Long Beach.

kiri kanan  terusan

Pagi tadi semasa bersarapan,pecah cerita tentang sebuah kereta senget ditebing sungai.Tak lupa sikancil yang terapung beberapa bulan dulu.Juga sebuah lagi kancil yang terbang ke dalam petak sawah dibawah jalan.

jalan ke SKRPB

Sepanjang hampir 9 bulan disini kerap benar nampak kereta jadi sampan didalam sungai atau petak sawah.

Dan semasa balik dari sekolah tengah hari tadi,kami terserempak dengan sekumpulan orang berkumpul.Dan sempat ku toleh,sebuah kereta berendam dalam air dan sebuah lagi remuk redam mencium pokok.

Dan kononya pemandu yang mencium pokok adalah perempuan cun dengan kucingnya.Entah apalah ceritanya sampai terbabas.

Sekali tu aku tersenyum bila pemanduan berhemahku jadi gurauan.Juga kerenah pemandu yang mencucuk cucuk tak menyempat nak potong.Tapi dah lama juga tak bersua dengan pemandu yang kerap mencucuk .Agaknya dah jadi tukun dalam sungai itu agaknya.

Jalan Long Boh memang berliku liku.

Tapi liku liku kehidupan yang ku tempohi lagi berliku liku.Entah bilalah agaknya penamatnya liku liku itu.Teringin juga jalan yang lurus.Luas terbentang.Permai lagi damai.Taklah penat sangat nak ku lalu.SIGH.

Syukurlah makcik. Ada orang jalannya lagi semak dan berbelit belit……….kata mereka.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    tanpa liku-liku, mungkin kehidupan jadi tiada warna dan membosankan. :)

    ReplyDelete
  2. Kakcik,
    Waalaikumsalam,
    Agreeed.Tapi kalau berliku liku macam ular kena palu,maunya pening macam mabuk todi....hehe teringat masa kecil tengok kel*** mabuk todi.

    ReplyDelete