Sunday, September 25, 2011

Walau bukan anak rusa nani

 

Dalam remang remang senja,aku nampak dua susuk tubuh macam sedang bergaduh.Seorang kecil.Seorang besar.Seorang berjalan kaki dan seorang mengayuh basikal.

Betullah mereka sedang bergaduh.

Sipejalan kaki dihimpit basikal hingga terduduk.Dicelah celah pasu bunga yang tentunya ada yang berduri.

Hei..jangan gaduh! Aku meneriak dari celah jeriji  pintu.

Pandangan ku terlindung dari mereka oleh tiang TNB.

Sebentar kemudian seorang bertubuh sedikit besar berlari cepat ke arah mereka.

 

Entahlah makcik depa ni…..tatkala dia mengheret sipejalan kaki….asyik gaduh saja.

Si penunggang basikal ku nampak mengayuh laju berlainan jalan.

 

Hah balik cepat.Kesian kat mak dok tunggu…Jawab ku.

Peristiwa menunggu anak didepan pintu semasa senja beberapa tahun dahulu menerpa ingatan.Lagi anak tidak berada didepan mata…selagi itu aku tercegat di depan pintu pagar.Tangan bercekak!

 

Walau mereka bukan anak kucingku.

Walau mereka bukan anak rusa naniku

Bukan juga darah dagingku

Terselit risau tengok pergaulan mereka.Laku mereka.

 

Ibu dalam diri ku

Guru dalam darah ku

Kadang kadang bercekak pinggang , bila terjadi didepan mata.

ini anak kucing hilang...

No comments:

Post a Comment