Wednesday, May 18, 2011

Selamat datang ke Perlis

 

Bila ada tetamu bertandang ,menjadi amalan untuk meraikan. Maka bila rakan taulan,kenalan dan adik beradik menjenguk rumah,selain dijamu makan minum lebih kurang ,membawa mereka ke tempat yang menarik termasuk dalam agenda.

Tempat utama dituju tentulah pekan sempadan Malaysia Thailand.Padang Besar nama tempatnya.Mengambil masa 1/2 jam dari rumah,melewati Empangan Timah Tasoh punya pemandangan yang menarik.Picturesque.Dan dengarnya ikan pekasam timah tasoh boleh tahan sedapnya.

Apa ye yang dapat dibeli di PB sebelah Malaysia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Macam macam.Tapi boleh kata semua barang import. Dari Thailand.Dan kalau buat perbandingan harga tak murah lagi harga ditawarkan.Kelmarin mamason terbeli satu pasang baju dengan harga 60 ringgit Malaysia.Dan missina merungut beg yang dibeli disini lebih mahal dari petaling street.

Balik dari PB kami ambil jalan ladang tebu.

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA         limestone caves

Hmmm….sekali pandang macam dok obersee.Dengan ladang luas terbentang.Ada gorilla in the mist lagi.Its a breathtaking view.Kata saya.

Kalau tetamu tinggal lama ,bolehlah dibawa ke Gua Kelam yang kata misolin memang betul betul kelam.Naik bukit menuju Wang Kelian pun satu pengalaman.Nampak Thailand disebalik banjaran .Disini memang boleh berbelanja disebelah negara jiran dengan hanya meninggalkan /menunjukkan IC.Peraturan ini sebenarnya selalu berubah rubah.

Makan malam tentulah di Kuala Perlis. Ikan bakar,sotong goreng tepung ,ketam,kepah.You just make your choice.Harga? Bolehlah tahaaan. Tapi kena pandai pilih gerai bila ke sini.Tengok kalau orang ramai …..kita join sekaki.

 OLYMPUS DIGITAL CAMERA         warung no.4 - petak hijau-*** stars

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         warung no.2-boleh tahan – ** stars

Well,ini sedikit cuma nukilan tentang negeri tercinta ku Perlis Indera Kayangan.Memang sejak seminggu ini malamnya bergermerlapan macam dok kat Eiffel Tower.Ada pokok krismas,ada lip lap sana sini.Rugi tau kalau tak mai.

3 comments:

  1. happy belated teachers' day, mamason (terkeluar topik)

    ReplyDelete
  2. Tiap kali pi Perlih, saya suka pi Padang Besaq ikut Chuping, sebab bole berenti dan naik atas menara peninjau tengok ladang yang luas tu.

    Tapi la ni, rega di Padang Besaq macam dah mehai. Dulu dapat la 4 kampit RM10, la ni cuma dapat 3 kampit snack tu ja.

    Kalu Kola Perlih, tak sah kalu tak pekena Laksa Perlih kat Kedai Kak Su. Atau ABC hat sedap tepi laut tuhh.. Perhhh!

    rindu nak pi sana lagi, terutama la ni musim harum maneh!

    “NUR KASIH the Movie: Bila Hati Sudah Kasih...”

    ReplyDelete
  3. KOG
    terimakasih banyak banyak.

    Azie,
    Perlis walau kecil tapi banyak tarikannya. Semua ada...pantai gua ladang sawah ...

    ReplyDelete