Wednesday, March 16, 2011

Dilarang menongkat dagu disini!

Petang tadi, kami berempat anak beranak ke PB. Padang Besarlah apa lagi.Bukan Parit Buntar or Pulau Bidong.Amboi,ramainya orang.Yang tua,yang muda, yang berpimpin dan yang dipimpin semua ada. Kalau tengok plet kereta banyak sekali yang bukan bermula dengan R.

Dari satu gerai ke satu gerai kami masuki.Konon konon nak cari baju,beg tangan,kasut dan serba maneka lagi.Ada yang berkenan dan ada yang tidak.Tapi yang tentunya kehadiran begitu ramai pengunjung ,penjual pun macam menahan lukah dipergentingan.

Dalam asyik membelek baju dan kain,sampailah kami ke dalam sebuah gerai. Nak tergelak makcik melihat 2,3 notis yang diletakkan diatas timbunan pakaian.

Dik….ramaike yang dok menongkat dagu kat sini? Tanya makcik dengan selamba kepada tauke kedai bila terbaca :

DILARANG MENONGKAT DAGU DISINI!

dan sekali lagi makcik bersuara:

Eh abah…. jangan letak tangan kat situ. You tak nampak ke notis tu.

Cikli dan mamason terus beredar dari situ sambil  merungut :

Hai nak letak tangan pun kena larang.Kenapa tak buat notis : DILARANG MASUK kalau TAK BELI!

Hmm kalau nak senang ,tutup sajalah kedai tu.Balik tidog.

Pekedai tu menarik muka seribu bila kami tak jadi beli.Apakehe.

Apa apa pun beratus juga mamason berbelanja.Awat tidaknya.Tanpa perancangan mamason balik dengan sehelai blouse,sebuah beg tangan,sehelai tudung dan berkampit asam dan jeruk.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Agak agaknya mamason kena letak notis   DILARANG BERTENGGEK DISINI  untuk Dello tak?

6 comments:

  1. oi dello~DILARANG MENONGKAT LENGAN!

    he~~toto murah2 tak makcik?

    ReplyDelete
  2. Bujal,
    dari pengamatan makcik ,tak ramai yang menjinjing beg toto.So bolehlah dibuat rumusan.Tentu tak murah!
    Duit Siam lebih mahai tau.

    ReplyDelete
  3. cikgu...
    Agaknya pembeli/suami yg masuk kedai tu suka menongkat tgn kat timbunan kain/barang... menung memikirkan para isteri bila nak selesai berbelanja.....

    ReplyDelete
  4. Cian Dello! Biarlah dia jadi "jaga" washing machine tu. purrrr....meow!

    ReplyDelete
  5. Akak
    Tapi itlah satu satunya kedai yang meletak notis dilarang itu ini.Ek betui.Dan pekedai pun macam tak larat nak layan customer.
    Bo layan bo belilah kata kami.

    ReplyDelete
  6. Cat,
    Tak jadilah letak notis kat Dell kalau begitu.

    ReplyDelete