Wednesday, February 9, 2011

Catatan harian 2

 

Perlis is now having a hot and dry period. Hujan dah lama tak turun.Suhu pula mencanak naik.

The dry spell had a spell on me.Tired,sore throat and kepla pusing.

Mengajar anak anak berusia 8 tahun adalah satu cabaran.Berbeza dengan tahap 2 yang sudah pandai mendengar arahan.Lebih lebih lagi bila kelas itu bercampur campur.Dari yang tak kenal huruf dan yang telah pandai .Maka seorang guru itu akan bercakap dari awal masuk kelas sampai keluar.

Memang memeningkan.Dihala tumpuan kepada kumpulan pandai yang linus dan pemulihan rancak bersilat.Begitu juga sebaliknya.Dan kita kena sebut berulang kali sesuatu arahan.Ulang dan ulang.

Semalam semasa kelas ku bawa keluar bilik darjah,yang pandai sibuk mencatat nota.Yang hyper menyepak kaki kawan.Dan selang seminit terlepas gas yang menusuk hidung.

Hei siapa yang kentut ni….Seorang pun tak mengaku.Dan hari ini budak yang kentut semalam betul betul melepaskan anginnya semasa aku menerangkan sesuatu kepadanya. Pengsan.

Naik ke tingkat paling atas bangunan baru,pemandangan ini ku rekodkan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dan aku masih tercari cari strategi untuk kawal kelas tahun 2 ini.Garang nanti ada yang terus tak mahu ke sekolah.Lemah lembut ,suara cikgu tenggelam dalam keriuhan mereka. Dan aku punya energy memang ternyata surut dari dulu dulu.Delima guru terlebih umur.Aduhai.

5 comments:

  1. i'm smiling. the lighter moments of teaching eh?

    ReplyDelete
  2. Cikgu...
    macam2 cabaran yg cikgu kena hadapi selepas puas cikgu berehat..
    tapi sekali cikgu.. selama-lamanya tetaplah cikgu...
    Tahniah cikgu...

    ReplyDelete
  3. Mamason,
    I hope my sedara-mara in your household - Mok, Jade, Dell, Nina & Ricci - tolong kasi picit itu kaki when you come back from work. purrrr.....meow!

    ReplyDelete
  4. Noir,
    It gives us something to smile.Kerenah budak budak tahap 1 memang melucukan.

    Akak,
    Tapi jenuh cari jalan nak control dia orang.Alhamdullilah nampak perubahan selepas di tukar layout kelas.

    Cat,
    I really missed my blackie yang pandai mengurut.Yang lain tak ada skill langsung.

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Kelakar kat budak yang K... tu.....heh3....terbayang macam anak2 saya jugak!

    ReplyDelete