Monday, January 31, 2011

Bila berjalanan …sebelum PLUS

 

Setelah berkeluarga ,kereta pertama kami adalah kereta VOLKs tua. Perjalanan yang dibuat adalah antara Kangar dan JPL Kulim .So kerap lah kereta volks tua itu mengharungi perjalanan 100 km lebih itu menyusuri jalan jalan bengkang bengkok antara Kulim dan Kangar.

Perjalanan antara KL dan Kangar bertambah kerap bila adik adik cikli berkerja disana. Mengunjungi mereka adalah satu agenda tahunan.Begitu juga bila anak sendiri bertumpu kesana untuk pengajian mereka dan bekerja.Lagi keraplah kami merentasi banjaran Titiwangsa.

Yang masih makcik ingat adalah jalan yang dilalui adalah jalan persekutuan bukan lebuh raya hebat seperti sekarang.Andai musim perayaan,perjalanan 9 jam akan menjadi sehari suntuk.Jalan yang bengkang bengkok merentasi Perak ,melalui terowong ,meniti kaki gunung yang pucuk pucuk kayu nampak macam boleh dicapai tangan.Tapi bila ada kemalangan,tersadailah kita berjam jam dalam kesesakan.Sekali sekala kami melencong ke air terjun di Bukit Berapit untuk menyegarkan badan.

Dahulu sebelum PLUS ,kita akan melalui pekan kecil dan besar dalam perjalanan.Sekali kami tersasar dari arah yang patut diambil dan mendapati kami berada di jalan estet di Chemor.Cuak juga rasa kerana tiada kereta dijalan itu.Juga bila kereta meragam ditengah jalan….Adoi jenuh berdrama .

Pekan pekan yang di lalui juga membawa nostalgia.Bila lalu Tanjung Malim ,pau nya menggamit rasa.Sekali tu bersua dengan pasangan Biduan dan biduanita negara…Allahyarham Tan Sri.P Ramli dan Saloma.Lalu di Tapah adalah untuk buah jambu ,Tambun adalah untuk buah limaunya.Kuala Kangsar pula kalau tak silap laksanya.

Di Kedah jalan Gurun pula kami akan menikmati jagung rebus dan membeli buah buahan seperti rambutan.Di Lunas ,goreng pisang nya masih rasa enak ditekak.

Sekarang pekan pekan ini hanya nama pada papan tanda dilebuhraya.Andai teringin bernostalgia kenalah detour di tol tol terdekat.Sekali perasaan ingin tahu perkembangan jalan lama menggamit rasa.Bila ya cikli kita take a leisure ride along the old trunk road.Sorot balik kenangan berkelana 30 tahun dahulu….pondok kita makan dalam hujan di Slim River dah jadi apa ya.

Gambar anak anak bermuka moyok di Bandar Kuala Kangsar….punya cerita tersendiri.Juga peristiwa disuatu senja di traffic lights Ipoh sana.Seram sejuk kita merentasi jalan hantu di sepanjang jalan Timur Barat.Mungkin tak akan di lupa.

No comments:

Post a Comment