Saturday, January 1, 2011

All in a day….

Macam macam ada. Penutup tahun 2010 memang beranikarama. Buka saja pintu depan,terperanjat kami bila melihat deretan kereta disepanjang jalan depan rumah dan kehadiran mereka berkopiah dan berketayap putih. Lena sunggoh tidur semalam tanpa mengetahui seorang dari jiran telah kembali ke rahmatullah.Selepas jenazah dibawa ke kuburan kami meninggalkan Perlis menuju ibukota.

Sebelum kereta bertolak,pakmok menunjuk perasaan.Seperti tahu saja dia hendak ditinggalkan.Tak pernah dia merebahkan diri di tengah jalan dan bermanja manjaan seperti Dell.Namun Dell tak kelihatan.Kemanalah agaknya dia merantau membawa diri. Jade dan anak anak dihantar ke pusat jagaan toksaad.Kesian tengok jade yang terpinga pinga ditempat baru.Sedih hati rasanya nak meniggalkan mereka.

Sepanjang perjalanan macam macam gelagat yang ditemui.Tak ubah seperti hikayat seribu satu malam.Di Butterworth ,sebuah van dilihat terbuka pintu belakangnya dan sejurus kemudian kelihatan peronda lebuhraya mengarahkannya ketepi.Eh ngeri nak fikir andai ada yang terjatuh dari van tersebut.

Tidak lama pula kelihatan sebuah trak jabatan keselamatan dalam negeri diiringi kereta ronda hogging the fast lane. Tak tahulah mungkin itu peraturan untuk membawa what looks like pesalah.Bukan sedikit menyusahkan pengguna kenderaan yang lain.Tak kira naik bukit or turun bukit,kenderaan lengkap dengan lampu terang benderang tetap dilane kanan.So all through the way ,bolehlah dilihat berderet keretea mengekor dibelakang macam perarakan cong cey .And this happened a long long way.

Melewati terowong menora ,ngeri melihat trak gedabak entah berapa  tan masuk kedalam nya. Sipi sipi saja makcik nampak puncak trak itu mencecah bumbung terowong. Disebelah sana pula kami dikejutkan dengan bunyi seperti dentuman.Entahlah apa yang berlaku.

Hari ni juga makcik dapat lihat ikan wiper melekat dekat bas.Ikan wiper? Istilah makcik pada motosikal yang dok mengekor bontot bas untuk elak dari angin .Bas potong lori ,dia potong lori.Bas potong bas ,dia pun sama.Kena bas brake mengejut……TST sajalah.

Ada lagi … sampai di SK kami berdinner di sebuah kedai dari sebuah negeri yang membawa sebuah kenangan.Dan disini juga makcik berjumpa dengan seseorang dalam hidup seseorang.Sekarang pula makcik seorang duduk berseorangan kerana pakli dan anak anak melihat kegempakan sambutan malam tahun baru di KL.Ehhh tak sanggup makcik selepas 7 jam dilambung kereta,tempat tidur lagi enak walau tidak enak tempatnya….tidur rumah bujang tahan sajalah.Mana nak sama empoknya tilam katil hotel no.7

Sempena tahun baru ….wishing everybody the best of everything in year 2011.Semoga keluh kesah 2010 dilupai dan kedatangan 2011 membawa sinar dalam hidup kita semua.

Azam … be more relaxed,be happy dont worry.

Wishlist … semua yang belum tercapai dan tergadai.

1 comment:

  1. Auntie

    kita pon selalu nampak tu ikan wiper when on the hiway in Msia..was wondering kenapa they do that when they compromise the safety aspect..

    happy new 2011 to u too, Auntie..kita pun no reso, sbb reso tahun sudah2 ada yg tak kesampaian..bottomline is nak dont worry, be happy...have a great day today!

    ReplyDelete