Thursday, July 11, 2024

Cinta hati ...2

 Sejak berpindah ke kejiranan ini, saya jadi pencinta alam. Walau tidaklah luas pandangan. Sekadar sawah,hutan kecil dan awan.

Sawah kecil seberang jalan dapat dilihat dari depan pintu hadapan. Dan belukar kecil dibelakang rumah juga menarik perhatian.

Selalu saja suasana depan rumah berubah2. Ada masa dia menghijau,menguning dan kering kontang.

Juga kehadiran burung2 menambah kemeriahan. Lebih lebih lagi masa membajak. Berkerumun burung2 putih mencari makanan. Meriah.

Namun semalam petang terserempak saya akan kehadiran burung2 yg tak pernah kelihatan.

Ehh patung kah itu ?

Cepat2 camera phone diarah ke sawah seberang jalan.

Inilah hasil tangkapan.....



Ni videonya.



Harap2 petang ini dapatlah ku lihat sekali lagi pemandangan serupa ini.

Bye...



Wednesday, July 10, 2024

Cinta hati

 Cinta saya

Bukan pada harta

Mahu pun manusia


Cinta saya

Pada warna

Namun bukan pada simbol kosong ciptaan manusia


Cinta saya

Pada Hijau , anugerah Tuhan yg isa


Lihat sawah nun didepan mata hijau sempurna


Lihat hijau pada bukit2 nyaman rasa.


Juga lihat hijau pada tatarias rumah yang hijau di mana2.










 Haha tatarias rumah yang hijau dimana mana... 😆

Terthrowback zaman kerja dulu dulu.

Zaman dimana hijau adalah warna taboo.

Maka dipanggillah mengadap sang administrator . Dan diberi perintah bahawa warna hijau dicat pada kelas kena ditukar.

Namun yg hairan nya masa berlalu si pengeluar perintah pula bertukar hijau. 




Monday, July 8, 2024

Keletah dia...



 Haha, dah pandai melaram ya dik.

But honestly speaking,adik ni bab personal grooming mmg tip top.

Pandai saja dia memilih baju utk dikenakan. Rambut tersisir rapi. Haaa..sikat rambut no sharing sharing tau.


Haha...Ada saja akal budak ni.

Ni lepas tonton The Hardest Singing Show.

Liuk lentuk dia menggayakan lenggok jalan patah pinggang bila DS Alha Alfa muncul di kaca tv.

Aksi model atas runway.

Ada ada saja dia.

Tapi bila tantrum sekali sekala pun jenuh nak pujuk. Habis dilibasnya.

Bila dia mengunjungi kami,dia tinggalkan kenangan buat tok n wan.

Jomlah kita pi lawat dia,kata Wan.

Rindulah tu.

Tapi kekangan rawatan dialisis selang sehari membatasi pergerakan kami. Tambah pula tiket ets sentiasa cepat habis come public holidays. 


Saturday, July 6, 2024

Maharaj

 Sekali sekala,tertonton juga tv di ruang tamu. Selalunya belum tamat cerita,cikson dah pejam mata. Nak beradu .

Namun haritu,boleh pula menonton sampai tamat. Kerana ceritanya menarik amat.

Maharaj. Itu filmnya. Jgn ditanya siapa pelakonnya. Mmg tak ingat dan tak ambil peduli ttg aktor aktress masa kini.

Dulu,hafal nama,skrg tak kenal dah yg muda2. 

Maharaj ni dari kisah benar. Berlaku di India zaman  British Empire.

Kisahhnya tentang ilmu sesat. Seakan Ayah Pin yg viral dulu .


Well..

Nak tahu seterusnya pi cari kat Netflix ya.


Pengajaran yg tersirat...
Terlalu taksub kpd sesuatu fahaman boleh membawa mudarat.
Yg dipuja rupanya kepa**t
Yg bawa mudarat kpd masyarakat.

Cikson bagi 5*
Tak rugi bersengkang mata.
Walau tak famous pelakonnya .
Tapi ceritanya , A saudara saudara