Friday, September 10, 2021

108!

 Yesterday,yet once again, our little state up in the north , made headlines.

We breached the double digit to be triple digit holder. Highest ever. Seratus lapan !

Yes, seratus delapan pesakit covid dikesan semalam. Ngeri. Dengan penduduk sekitar 200k, peratus keberangkalian yakni r naught tentu tertinggi. Dan dengan adanya beratus kes aktif , mudahnya merebak penyakit digeruni sudah pasti.

Dan bila terbaca... kes disyaki ... lagilah. Maknanya satu kes disyaki tentu ada berbelas,puluh kontak rapat.

Semalam, tiba berita . Anak saudara juga terkena. Allahuakbar. Semoga diberi kesembuhan segera dan dijauhi segala yg tidak terduga.

Hari ni ada akad nikah anak saudara cikli. Semoga semua berjalan dengan sempurna dan dijauhi segala yang meresahkan . 

Masuk ini, kali ke lima perkahwinan saudara terdekat tidak dapat dirai. Dalam tempoh 2 tahun , 3 anak saudara sendiri tak dapat dibuat dengan sempurna. Tiada kenduri kendara macam biasa. Hanya akad nikah dengan keluarga mereka sahaja yang ada.

Bulan 12 nanti ada lagi. Semoga bernoktahlah wabak ini. Kami sudah kempunan makan nasi kenduri sambil jumpa sanak saudara yg dikasihi. 

Terbaca lagi... nipah virus menjelma lagi. Masih ingat kah kita akan penyakit ini yg berlaku  sekitar 1998-1999. Yes ,go google about this if you are curious.

108 sikit saja, mungkin itu kata anda. Tapi besar sangat dah buat kami kat utara. 

Macam kentut kat Padang Besar boleh bau sampai Sanglang di selatan.... itulah perumpamaanya.

Hati hati ya semua. Jangan sronok sangat berhuha.

Bye...take care everybody.

*Nyaring bunyi ambulans pagi pagi lagi . Menghala Kuala.

hotspot ..Kuala Perlis.


Thursday, September 9, 2021

Pakwe ye...

 "Semalam, around 1159 gitu, entah pasaipa tak tau pi kuak curtain pintu gelongsoq. Nampak sekoq kucing ni. Haghi mcm nak hujan. So I pun buka pintu sughuh dia masuk. Kesian pulak takut basah. Tapi dia buat donno. Kelip pok kelip pok dia tgk I, I tengok dia......."

Lepaih tu, I ghasa takut. Ehh pasaipa Monky ni buat tak tau . Kena kena bukan Monky. Cepat cepat I tutup pintu. Tgk jam pukoi 12. Seghiau. Segham bulu ghoma"

Hahaaa... begitu bunyi cerita cikson pada cikli pagi pagi safie. Sambil dia bergegas bersiap untuk ke kelas dialisis dia tadi. Begitu rutin harian kami. Selang sehari, cikli kena ke sana sebelum jam 7 pagi.

"Ehh dia tidur atas kerusi roda la semalam. Tak keluaq bilik pun" jawab cikli.

Rupanya kucing yang cikson nampak jam 11.59 semalam tu bukan lah Monky. Sebab tu dia buat tak tau saja bila cikson panggil dia masuk. Tapi dia sebijik la macam Monky. 

This morning, selepas buka dan tutup pintu pagar buat cikli, cikson saja jenguk jenguk kawasan. Ehh.. mai mana bekas minuman ringan ni. Ni kerja cikli lah ni. Masih beli minuman ringan ya...Pantang larang letak ketepi lagi...

Wait se minit, atas bangku laman, terpandang sesuatu. Ada mata mengintai dari celah celah pokok bunga Vinca dan Petunia ku. Sebiji macam Monky.

"Got you! " I cried .

Kamera cikson halakan padanya. Eh.. pandai posing rupanya.

Nah ,ni dia pakwe Monky. Handsome tak?

cari benda tersembunyi

haa.. got you


Wednesday, September 8, 2021

Tetamu pagi ....


 Langut ke luar jendela

Terpandang sesuatu yang nyata

Seekor kera

Sedang melata

Atas 'waya'.


Nak pi mana cik Aa?

Dari sini nak ke sana

Melawat sanak saudara

Yang dah lama tak bersua muka

Entah entah dah tak ada.


This covid season, pergerakan kita terbatas. Semua orang pasti terkesan. Nak ke mana mana tentu banyak pertimbangan. Takut akan jadi punca kesusahan. Mana tahu kita jadi punca kluster .... sesuatu yg mengerikan.

Maka sekian lama kita tidak bertetamu. Masing masing takut , was was nak 'berhuha' macam selalu.

RBL pun begitu. Jarang ada tetamu. Yang ada unggas, kucing dan monyet yang lalu.

Pagi ni lalu di pintu kaca ,bersua muka dengan 'pakwe  @ matahir @ bf Monky bukan monyet. Handsome tau...macam duplicate dirinya. Pandai Monky cari . Sekufu gitu.

Thats all folks. Have a nice day you all.

Tuesday, September 7, 2021

Ikut suka...

 

Blogging from my phone...

Lunch for the day...nasi lemak ikut suka tukang masaknya.
Dont say....ehhh org tak masak mcm tu la.
Tak pernah dibuat orang.
Ni bukan nasi lemak!

Cooking is an art unto itself..
Suit yourself.
Sedap mkn banyak.
Tak sedap, pi order apa yg suka. Haha.