Thursday, June 3, 2021

126? Oh no !!!!

 Semalam terlopong seketika bila angka kematian terkini diterbitkan.

Oh no! 126?

What?  126?

I asked over and over. For a country the size of Msia, the number is alarming. 

I saw a picture of the burial ground Darul Sakinah... if the name is right. Been there for a family member's burial a few years back. Cikli's uncle's wife was buried there and I was attracted to the well structured burial ground. Teratur. Uniformed. 

It was reported that the plot of burial is soon filling up. By covid patients. So sad,isnt it.

At the onslaught of this pandemic, I rigorously read reports and news that came my way . I was alarmed reading what happened in Iran, US, Brazil and China. And was hugely relieved when we didnt experience the same.

Oh... not anymore.. Now its on our shores. 

People... let us do our part . Self lock down is the ultimate answer. Duduk dirumah kalau tiada keperluan utk keluar.

And as I was busy typing away on my desktop, I had the privilege to scan the road leading to Kuala Perlis from my window.

Ehh... banyak pula kenderaan lalu lalang. Silih berganti. Depa ni ada valid reason ke kesana kesini kesitu?

My mind wanders to my children in KL. More so to my two cucus in Setapak. Harap mereka bertabahlah terkurung ditingkat keberapa ntah. Semoga mereka tidak jemu asyik dalam rumah sahaja.

Reading about what could happen when subjected to too long a period of being lock downed , gugup sebentar.

Rupanya banyak kesan kesan negatif.

So parents please do your best to make life easier for your children. Carilah aktiviti yang boleh mengisi masa lapang anak anak dirumah. Tak terbayang cikson kalau begini berlaku masa cikson tgh membesarkan 4 anak2 dulu. Jenuh.

Thats all folks. Bye.

*Semoga link dibawah ini dapat membantu 

aktiviti keluarga semasa lock down








Wednesday, June 2, 2021

Semalam di 2020....

 2020 adalah nama Dewan . Bukan tahun ya.

Semalam,cikson ke situ lagi sekali. Kali ini menemani cikli utk suntikan dose pertamanya. After all the waitings. Kesian dia tertunggu tunggu dia akan gilirannya . Semua adik adik dan isteri dia dah lengkap dose kedua,dia masih terkapa kapa. Tiada khabar berita tentang gilirannya.

Kelmarin dulu terpancar wajah kegirangan dia bila app MySejahtera nya memaparkan tarikh utk dia . Senyum lebar dia.At last!

Pagi pagi 1 Jun cikson siap memasak nasi. By 10 terhidang daging goreng nenas utk sajian. Selepas makan tgh hari kami bergegas ke Dewan 2020.

Alamak.... panjangnya kereta beratur memasuki kawasan dewan.

Cik dari mana? Kenapa datang?

Kami dari Kangar, nak vaksin suami. Jelas makcik.

Ehhh banyak soal pula kali ini pegawai yang menjaga lalulintas. 

Selepas menurunkan cikli berlegar legar cikson cari tempat parking. Ternampak space kosong ciskon berhenti. Betul betul diseberang khemah orang ramai sedang berkumpul sebelum memasuki dewan.

Lantang suara di mikrofon memanggil nombor nombor utk sessi pukul 11. Lambat lagilah giliran cikli kalau lagu ni, kata hati.

Siapa siapa yang dari luar Perlis,ada contact sesiapa dari kawasan luar Perlis 14 hari sila bangun. Pergi ke bahagian tepi dewan. Anda boleh didenda dibawah akta xxxx kalau anda jadi penyebab kluster. Jangan masuk Dewan.

Terdengar laungan suara . Ternampak dua tiga kelibat bangun dan berjalan menuju ke bahgian disebutkan. Teringat pengalaman. 

"Jangan ambil gambar. Siapa yang ambil gambar tolong delete!"

Terdengar pula satu lagi announcement. Kali ini dengan segala ketegasan.

Ehh kenapa pula tak boleh bergambar?  Cikson yang bersedia utk menangkap gambar, terbantut . Patuh kita pada arahan pihak berkuasa.

Then. Knock .Knock.

"Cik,sini tak boleh tunggu. Boleh cik pergi ke kawasan depan"......sepantas kilat cikson akuuuuur. Beredar dan cari parking di sisi dewan.

Haaa... tangga bangunan sedap utk duduk. Di situlah cikson duduk menunggu cikli hampir sejam. Sambil bagi kauseling kepada seorang yang takut nak vaksin.

"Cik, saya dah selesai dua dos. Alhamdulillah. Tak ada apa apa aiiih.. Bahaya kena covid lagi tinggi dari bahaya ambil vaksin". Macam misi pula cikson ni.

Wanita yang takut vaksin itu sama umur dengan cikson. 

Cikli selesai urusan nya hampir jam 1.00

Selama lebih kurang dua jam di situ ,rata rata yang datang adalah Melayu. Syabas kaum ku. Jangan pula lari bila giliran utk dos kedua ya...

Tekateki bila giliran cikli utk divaksin telah terjawab. Anak kedua pula bulan Julai nanti di UKM. Anak bongsu sudah bervaksin dose pertama di UM. Harapan cikson agar kami sekeluarga selamat divaksin. Berulang kali cikson mengingatkan mereka yang belum. 

Semoga Allah melindungi kita semua . 

Thats all folks...Bye. Stay safe always. Jaga SOP ya. Wear double masks. 

tekun mendengar nasihat doktor.

semalam, tiada barisan panjang begini. Tetapi orang ramai dibawah khemah sisi.

Gambar gambar dari laman google. 

dalam dewan menunggu

Anggota Rela banyak membantu.

di luar juga menunggu tapi tidaklah jemu.

Gambar gambar diatas dari lensa kamera fon cikson... hari dose pertama. Selesa.


Monday, May 31, 2021

Bila Bumi mengamuk ....

 Semalam, tidor kami dalam ketakutan. Mana kan tidak bila guruh berdentaman. Sekuat alam yang tak pernah dialami sebelum ini. Di Perlis ini.

Sedang enak enak menonton tv, kami dikejutkan dengan bunyi dentuman yang gemuruh kuatnya. Cepat cepat matikan suiz gadget gadget astro,unifi dan tv...Masuk tidorlah apa lagi..

Namun mata tak dapat dipejamkan. Bunyi guruh hentam menghentam. Angin kuat bersiul menyeramkan.Macam bunyi angin disebuah perumahan di Gambang,Pahang. Menakutkan. Macam dalam film seram....wuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Bunyi hujan yang lebat juga buat perasaan bimbang. Bimbang segala kemungkinan.

Entah pukul berapa alam kembali tenang sbb walau dalam kerisauan,mata terpejam. Alih alih terjaga bila azan berkumandang.

Besok akan bermula total yang tak total lockdown. Macam2 peraturan kena kita patuhi kalau tidak mau berada opposite the law,kata mat salehnya. Bukan senang nak cari wang nak jelaskan saman. So ikut SOP,peraturan ya anak anak. Kita bukan banyak wang utk itu semua.

Bila angka postif covid 19 mencecah 9k dengan angka kematian kurang dua seratus, hiba rasa hati. Terbayang anak anak cucu,adik beradik yang telah sekian lama tidak bertamu. Selalunya setiap kali raya,berkumpul kami dari segenap arah. Dari timur, selatan hingga utara berkumpul kami sanak saudara. Kunjung mengunjungi ,maaf bermaafan. Namun semua itu tiada tahun ini dan tahun lepas.

Semoga lepas semua kekusutan ini berakhir,kita dapat bersua kembali. 

Semalam tentu kalut antara kita yang bergegas ke pasar raya mencukupkan keperluan harian. Cikli pun tak terkecuali. Menambah yang berkurangan dan kehabisan. Yang lucunya, puan penguatkuasa undang undang yakni polis memberi nasihat padanya utk jaga diri, jangan kemana mana.

Cik, kami hanya berdua. Tak saya,mem saya yg kena keluar berbelanja. Nak buat macam mana...

Itulah dilemma orang orang tua yang anak anak bekerja, berumahtangga . Namun kami berusaha ikut SOP semua...

Pagi ni matahari menerangi bumi. Kicauan burung burung riang ria menyanyi. Hari cerah . Namun kenapa sejak dua menjak ni, lampu jalan didepan rumah menyala tak padam padam? Perlukah bersuluh disiang hari?

Membaca page anti vaksin, geng tak percaya covid itu nyata, buat cikson terpaku seketika...Kalaulah kita gagal mencapai 80 peratus penduduk yg bervaksin, sia siakan . Covid ini akan berterusan sampai entah bila.Maukah kita hidup dalam ketakutan selama lamanya.

Dan lebih lagi bila yang dah register vaksin, berpuluh ribu tidak menepati temujanji. Juga bila hanya anak anak yang divaksin tanpa ibu bapa . Tahukah kita orang yang dah bervkasin pun boleh jadi pembawa penyakit ini. Jadi akan membahayakan ibu dan bapa yang tak bervaksin.  Ibubapa berumur dan duduk dirumah saja tidak perlu vaksin. Tapi anak anak yang ke sana ke sini mungkin jadi pembawa virus tanpa disedari.

Menonton keadaan di MAEPS , aduhai kesiannya. Anak kecil , orang tua  berada disitu amat memilukan. 

Semoga semua ini cepat berlalu. BTW cikli baru dapat appointment utk vaksin esok! Dah sekian lama dia menunggu. Alhamdulillah.

Bye... stay safe, ikut SOP. Kita jaga kita. 

Semoga bumi kembali tenang setenang gambaran ini.


gambar dari fb Perlis Aktif.
Satu hari mungkin kita dapat berpergian 







Sunday, May 30, 2021

Melentur buluh.... when pohim reads.

 Terhibur tengok gelagat dua beradik bila buku buku yang cikson beli telah diterima.

Berjoget joget si adik . Berteriak riang si abang..

Saja ciskon suruh ibu mereka rekodkan telatah mereka masa un boxing. Saat saat kegembiraan mereka ingin ditonton bersama. Rindu yang membuak kepada mereka berdua mungkin terubat seketika. Bila menonton telatah mereka.

                                                                  di Book Excess KL...

Happy sunggh bila ibu ayah bawa mereka ke toko buku. Berganda happy pula tentunya bila dibelikan. 

Jom tonton gelagat dua beradik bila parcel yg ditunggu pun tiba.





Berganda seronok tok bila cucu yang berumur 5 tahun 7 bulan itu dah minat membaca. Rasa berbaloi hantar hadiah begitu. 

Nanti ada lagi sales dan offer bolehlah di beli lagi na... asal cucu cucu suka.

Terthrow back masa membesarkan anak anak yang berempat dulu. Minat membaca memang disemai dari kecil. Nak tidur, mereka didodoikan dengan buku cerita. Nak berjalan beringgit ringgit dilaburkan  membeli buku. Diamlah mereka selagi buku buku belum habis dibaca. Tenteramlah si ayah memandu kereta. Kalau tidak.... phew...mau perang tak habis habis. 

Ruang santai di depan rumah no 7 juga cikson jadikan mini library. Senang anak anak jiran datang bermain atau baca buku dipetang hari.

Membaca jambatan ilmu . Suka tengok anak anak mat saleh pandai berbicara berbincang tentang alam semesta, reka cipta dan memasak. Semasa di Scotland ,kagum cikson dengan anak anak tadika dah pandai berbicara. 
Satu hari Pohim tonton ayahnya sedang melayari internet berkaitan forex kalau tak salah. Terdengar dia bersoal jawab dengan ayahnya tentang groah yang terpampang. Tau dia tentang jaul beli.

Auntie... tak tak apa itu Twilight Zone... dia menyoal ibu saudaranya satu hari.

Seronok dengar dia bercoleteh dengan tok wan dia . Lain kali dia berkunjung ke sini jenuhlah wan nak jawab soalan quiz dia. Dulu dia tanya wan tentang billion,trillion. Lepas ni apa pula soalan yg bakal diuji.


Thats all folks... bye. Stay safe always. Risau sangat lihat status kita semalam...Allahuakbar. 9k...its devastating. 98 is a large number for Malaysia...