Friday, May 28, 2021

Melentur buluh....

 Kesian tgk budak budak berdua tu. Yakni cucu cucu cikson diKL. Akibat PKP terkurung mereka di rumah. Tiada lagi jalan jalan makan angin. Tiada lagi aktiviti digemari ...

Tentu mereka bosan kan.

Habis ikhtiar si ibu ayah mencari aktiviti yang boleh mengurangkan kebosanan anak2 yang tgh lasak. Dari PKP 1.0 hingga sekarang entah berapa banyak aktiviti mereka di rumah.

Satu hari cikson terbaca ada promo dari pengedar buku terkemuka. BOOK EXCESS. Terlintas cikson nak sponsor buku2 mereka. Cepat cepat cikson minta si abang buat pilihan dan si ibu buat order. Ongkosnya cikson bank in kan...

Teruja sunggoh budak buadak tu menunggu ketibaan buku2 pilihan mereka. I purposely let them choose because I want them to enjoy the process...Buying, waiting for them to arrive. Lagi satu takut pilihan kita tak menepati interest mereka. 

The day came. The parcel arrived. 

Wahh... bergelek siadik masa unboxing buku buka tu. Sukalah tu.

Ni antara aktiviti2 mereka berdua...


Hari hari mereka kebanyakaanya bermain sambil belajar















Tapi bila jemu......kau jadi tepung gomak la pulakkk.


Rindu sangat2 kat depa berdua...itulah saja cucu cucu yang ada. Tak depa siapa lagi kan...
My sincerest hope... they grow up healthy, wealthy, emphatic and last but not least law abiding, beragama ..... and many other more good traits.

Thursday, May 27, 2021

Kita jaga kita....

 Lebat hujan semalam. Becak tanah dan tempias hujan menandakan hujan yg turun semalam agak lebat dengan angik kencang.

Tapi semalam tidurku terganggu bukan kerana bunyi hujan dan guruh tetapi bingitnya suara entah siapa.

Jam 2 pagi... 3 pagi ...4 pagi .Suara garau dan bingit berbunyi. Hingga hampir subuh baru sunyi.

Macam nak buka pintu, keluar dan jerit....QUIET oooooi!

Pagi ni aku terbaca artikel tentang kesan gerhana bulan merah dan penuh. Orang yang mental akan bertambah sakit. Mungkin juga sipelantun suara tengah tengah malam buta tu pesakit institusi mental yang terlepas. Mana mungkin orang yg tiada penyakit bercakap kuat kuat tgh tengah malam hingga awal pagi. Tak mungkin .

Pagi ini cikson bangun dengan letih lesu akibat terganggu tidur sejak 2, 3 malam sudah.

Sekarang hampir jam 9. Hujan dah berhenti tetapi alam masih mendung dan kelabu. Bunyi terkukur bersahut sahutan dapat ku dengari. 

Semalam heboh dengan kes VVIP .

Kes registration AZ.

Dua dua ada macam cerita.

VVIP yang ranggi dan lengsi dah kena berhenti. Dari jadi Pengerusi. Hihi. 

Kes AZ pula macam macam variasi. Ada gembira, sedih,marah dan segala macam emosi. Yang berjaya register, senyum nampak gusi. Yang gagal walau sudah mencuba berkali ,tentu kecewa sekali.

Terimbas kembali masa ciksn register utk vaksin dalam MY Sejahtera. Masa tu kuat bukan main kicauan tentang bahaya vaksin. Siapa yang nak jadi tikus makmal, silakan. Kami masih nak tgk dulu .Kami bimbang . Kami ragu.... ahhh haru juga nak buat keputusan ketika itu. 

Namun, cikson ketepikan ketakutan. Senyap senyap tanpa bagi tahu sesiapa cikson register. Dan diterima . Hari nak vaksin dada berdebar debar. Entah aku selamat atau tidak. Masa itu ancaman kovid masih minimal. Jadi ada yg hairan dengan keberanian cikson. Vaksin masih dianggap lebih bahaya dari covid 19.

Namun segalanya berubah sekelip mata. Kes covid melantun lantun meninggi setiap hari Orang berebut utk ambil vaksin. 1 juta dos AZ habis ditempa dalam masa sejam. Semua sudah tidak peduli tentang dakyah bahaya AZ. 

Melayari fb dan social media yang lain, cikson gelihati tgk reaksi mereka yang seakan berjuang utk dapatkan temujanji.

Macam macam cerita ada.

Mujur anak di Cyber dapat tempahan dan di KL telah mendapat dos pertama. Yang menunggu di Pahang dan OUG.  Juga cikli.

Laju dua buah ambulans melintasi jalan . Dua dua menuju Kuala. Ehhh...ada apa ya. Mungkin kemalangan atau adakah itu petanda ada mangsa covid yang hendak dibawa.....

Perlis pun sudah tidak aman jadinya. Nak keluar kemana mana fikir 2 juta kali. Bimbang dan ngeri memikirkan kemungkinan yg mungkin terjadi. 

Hari ni hari 17 hari dah cikson terima second dose PFizer. Tapi masih risau hendak kemana mana. Selagi kita belum mencapai herd immunity.

Kita jaga kita....


satu hari kita sebebas awan , bebas ke mana saja. No SOP.
Sekarang kita jaga kita, jangan dok merayau saja saja.


Wednesday, May 26, 2021

Jauh di mata,lekat di hati....

 Salah tu cikson. Jauh di mata DEKAT di hati lah . Bukan lekat.

Ya ,ya ,tau. Its Dekat not Lekat.

But allow me to have the exception of the day.

Dah dua tahun berturut turut kita tidak dapat merayakan Aidil Fitri bersama sama ahli keluargakan. Ada yang tahun ini dah jadi tiga tahun berderet beraya diperantauan. 

Walau dekat tapi tak lekat pun tak menjadikan. Biar jauh tapi lekat dihati dengan kasih sayang,terasa impaknya.Terasa dihargai dan disayangi.

Seronok dengar cucu mengucapkan terimakasih bersunggoh sunggoh bila cikson bank in duit raya buat dia dan adiknya. Juga bila cikson sponsor buku buku bacaan buat dia. Thank you tokkk.Dia menjerit kegirangan lewat Voice Call. 

Teringat juga nak hantar harum manis tetapi bila terbaca pengalaman orang lain, terbantut hasrat. Ada yang dapat buah dah lisut dan lembik. Ada yang hilang diperjalanan. Selalu, bila ada yg balik kampung,baru pergi cari buah utk dibawa pulang. 

Adat memberi . Pemberian biarlah yg terbaik . Macam kes hantar kuih raya ke Brisbane dulu. Sampai disana biskut raya dah jadi sagon.

Pengalaman anak membeli dan menghantar barang on line pun ada pengajarannya. Makanan yang ditunggu tunggu melancong dulu kesana sini sebelum sampai. Bila sampai tahu sajalah.....Begitu juga ada kes ,alat yg diterima tidak berfungsi ...

Tapi semua tu nasib kan. Hargai pemberi kerana ingatan mereka. Walau apa pun yg kita terima. Cuma kalau ada tipu daya pembekal, kenalah berterus terang. Kena bagitau pemberi supaya dia tidak lagi terkena lain kali.Ramai juga pembekal yg tidak jujur cikson jumpa. Hantar barang yang mungkin dia sendiri pun tak jeling pun. Kes surprise delivery yg betul2 surprise. Kes runner grocery yang menghantar barang entah dari mana dia beli. 

ehh...panjang juga bebelan makcikson.

Tempoh hari adalah pemberian anak2 buat kami suami isteri. Juga surprise delivery bday. Kembang rasa hati.

Hahhh...ni dia antaranya..





bungkus ada


kotak ada


personal shopper pun ada eh..

Ehh mana aci kata Monkey yg bukan monkey. Kita tak dapat apa apa punnnn.Sampai hati depa noo.

Where's my gifts?

Tuesday, May 25, 2021

sesudah terang perlukah bersuluh....

 Takziah kepada mereka yang terlibat dalam tragedi LRT semalam. Mula dapat news berkaitan kejadian lewat WA. 

Its so sad.

Imagine, those involved were wage earners returning from their work after a full day at the office. Seeing people with cuts and bloodied clothes esp the stream of blood on the floor could faint a weak heart.

Allahuakbar. Kesiannya.

Dalam resah kita menghadapi C19 ,perkara begini pula berlaku. 

By the way, I was watching news on TV3 showing That famous politician donning a face shield inspecting a new loco. Tersilap pakai fm kah dia. Nampak lain semacam saja. And just the other day, Pak Long was telling that wearing a face shield without a face mask is against SOP. Sbb tu Near Yet Far was hauled to the police station another time for wearing a hijab without fm... 

A few videos circulating lately were very heart wrenching. There were doctors on their deathbeds making their last calls to their loved ones. That happened in India. Yet yesterday I watched one from Malaysia. Tersentak jiwa .

Tersentak juga baca ttg 10k penerima vaksin dose kedua di sebuah negeri entah berantah tidak hadir temujanji kedua. Apalah yg buat mereka berbuat demikian. Incidentally, masa cikson pi utk ambik vaksin pertama terdengar perbualan penerima nak tolak vaksin kedua. Mungkin sbb tu kot Dewan ksong saja masa cikson dapat vaksin kedua. 

Juga terbaca di KL yang berebut nak ambil vaksin dan sanggup tunggu walau nama tiada dalam register adalah kaum lain dari kaum saya sendiri. Aduhai... 

Tertanya juga ... kuat juga no pengaruh orang seperti MakTeh dan Mardiana si tukang bakar kek. Tak masuk lagi list antivaksin, komplot WHO dsbnya.

Teringat kembali tentang apa yg dilihat dan dibaca tentang keadaan di Wuhan dulu. Yg bantah dan menimbulkan kegentaran awam kena tindakan yg ketat. Kita ni terlalu bagi chance. Senang nak tulis apa saja sehingga timbul salah persepsi dan merencatkan usaha melawan wabak ini. Semua nak salah penguasa sedangkan kita banyak membantah. 

Mau KOYAK mereka yg dibarisan hadapan kalau baca komen2 netizen. Hope they dont. If its for the good of the people , carry on. The majority support you all. 

To the good people of my beloved Malaysia,be good citizens. Follow SOP. Kita jaga kita

Thats all folks. To my dears in KL who will be getting their vaccines today, mama prays that all be well. 

Bye. Have a nice day.