Sunday, October 4, 2020

Menyengat...

 Semalam petang,rasa terduduk bila mengikuti sidang media TS DG KKM jam 5.30 petang. Sehari sebelum tu dah 271 pun nak terduduk. Semalam lagilah... terduduk sampai tak terbangun dah.

317..pecah rekod.Adakah masih normal, biasa biasa .Atau angka ini dah jadi luar biasa.
Tapi pak pak menteri kata masih terkawal. Tak ada apa apa. Jangan risau.

Tapi sebagai man on the street aka rakyat marhaen cikson dah pakai engage gear risau. Dan gear risau ni mengawal pergerakan . Nak kemana mana pun bimbang . Teringin nak ke ibu kota jumpa cucu cucu pun tak boleh lagi setakat ni. Dah 10 bulan dok memerap kat rumah.. 

Pak menteri kata satu persen saja yang balik dari Sabah positive. Tapi kan satu persen kalau tak dikawal boleh jadi 10 persen sekelip mata. Dan 10 persen boleh jadi 99.99 persen kalau alpa. Mau jadi Brazil , Spain ke apa dah kita. Risau juga.

Namun kita rasa bertuah kerana punya team KKM yang berwibawa. Katalah KKM pun kelang kelibut macam satu lagi kementerian tu,mau cempera habih rakyat Msia. Namun nak salahkan mak menteri tu pun tak boleh juga kan. Drastic situation needs drastic actions. Kovid ni pun meletus  letus dalam minggu ni bukan salah dia. Mau universiti2 pula dijangkiti, dia juga kena kutuk. Di UK satu U kena tutup sbb wabak ni.
Tapi sekolah sekolah, tadika2, taska2 masih on...ni under kemeterian lain la cikson. OIC.

Berita menyengat yang singgah di fb.... tentang macau scam. Dah kena panggil SPRM dua artis . 
Dah pakai baju oren mereka yang dok buat scam tu. Berpangkat Datuk lagi..
Tak lama dulu, ada saudara yang dapat panggilan dari Polis Kuantan kononnya. Cepat cepat kami nasihat dia buat report polis. 
Juga misteri tentang wang berbilion nak dibahagi dan disedekahkan .... macam dongeng jumpa harta qarun.

Why did I like to write about these matters...some may ask. Macam lah pandai sangat.
Last night I argued with cikli when he downplayed an issue . You ni semua tahu,he admonished.
Haha.... tentulah. Beritakan dihujung jari. Bacalah..



Rasa nak menitis air mata baca luahan hati TS Hisham.. 

Bye. Stay home stay safe. Love u all.





Saturday, October 3, 2020

287 ?...... banyak nyaaaa.

 Langit nampak suram di luar tingkap. Tanda hari nak hujan.Begitu cuaca hari hari di sini. Hujan tidak menentu.

Semalam nampak letih Tan Sri DG KKM di tv. He's been working too hard since the onset of the pandemic . I used to see him updating status on his fb at the wee hour of the night. And at two am the other day, he was seen at KLIA to see for himself the situation there. Such a workaholic. Malaysia, arent we lucky to have such a personality in our time of distress.

Oh yes, I feel sad when reading comments from netizens belittling his worth thus far. Especially so when the power to enforce isnt with him. He could advise. He had said that all too often. Macam kerja GB sekolahkan. Boleh nasihat ibubapa utk kebaikan anak anak mereka. Kalau ibubapa nak bakulsampahkan saranan beliau, sapa boleh larang kan. 

I remembered giving advice to parents to excuse themselves from activities when their children are going to have a big exam. To give the best of everything . Wasnt I dismayed when , family still went on vacations . Students were left to fend for themselves. There were cases when we have to knock on their door during exam days. Oh yes, there were families fighting and divorcing as well .. how sad. 

Macam tu la rasanya keadaan DG KKM. Nasihat boleh ,nak enforce dah jurisdiction orang lain.Jadi bila angka positive covid naik mencanak, janganlah dicemuh kerja dia. 

287 ! Its a huge number. Highest ever recorded. Dah seriau ni.



POTUS and his wife pun dah covid positive. Gempar berita ni. Agak agak dia minum dak clorox?Kedegilan dan kesombongan dia yang meng over ride nasihat 2 pakar kesihatan dia dah jelas kemenjadiannya. With his age,sex and obesity , he is in the high risk category. Kita tengoklah apa kesudahannya. Semoga dia keluar dari situasi ini dengan selamat.

Today ,our 'abah' will preside over a  meeting to discuss our dire covid19 situation . Fingers crossed. 

Hope there wont be another full PKP. Penin aaaa

Thats all folks. Stay at home . Follow SOP. Kita jaga kita. 

Bye.





Friday, October 2, 2020

Read on abang...

 Abang and his reading .
Adik and his mimicking.



Abang at 4 yr 11 months is making headway in his reading.
Quite an achievement la no...
Happy to know that he is progressing well.
His tadika, ayah and mama had all played a part in his reading.
The other day, he told us that he had finished book 4 at his tadika. I am not well versed in tadika and their teaching. But I did know that his parents played a significant part in his achievement.Kudos to all of them.

This takes me to the time when the children of mine were young and struggling to learn to read. And by year one , as early as February we would make sure that they werent left behind in their class. Takut depa masuk kelas corot... exam menempatkan kelas masa tu mmg mendebarkan.
I knew too well the consequences if students failed in their reading in the early stages. Jenuh nak kampoi serba serbi. Sekali depa seronok bergaul dgn member tak mau belajar, payah nak bentuk balik.

This in a way is not undermining the slow learners. If they were born as one, there's a lot of task to help them. But on the other hand, if it was their attitude that made them slow in reading, well the parents shouldnt ignore the problem. 

And one more thing. First born child ,if all is well ,could be a role model to the younger siblings. 
I noticed that the younger brother is fond of mimicking his elder brother. He had acquired quite an astonishing vocabulary. Notice him saying 'buttock' in this video. Adoila adik... out of the story read, tak dengar pun abang baca perkataan tu...haha.

Maybe ada yang tak setuju. Biarlah budak2 progress at their own speed.
This I dont agree. If we could help, do help. 
Lihat kaum2 yang maju, anak2 dibentuk dari kecil lagi.Tidak hanya berserah atas kemenjadian . 

Satu lagi... tahukah anda, anak2 yang diajar oleh bapa mereka sendiri, lebih cepat pandai. So ayuh,bapa2,you have a role to play. Jadilah macam cikli... anak2 masa kecil dia yang bertungkus lumus ajar membaca . Result dia.. oklah. Proudlah juga dengan achievement semua anak2. 

Thats all folks. Bye.

Help yourself to this video... dengar apa kata suara latar . Aduhlah adik.




Thursday, October 1, 2020

Hari baru,bulan baru,cerita pun baru....

 Sedang menunggu cikli call dari hospital. 

Awal awal pagi tadi dah drive cikli ke HTF. Ntah bilalah selesai urusan hari ini. 
Tapi lawaknya... ada disini.

Setelah sekian lama tidak mengiringi cikli utk rawatan disini, harini cikli request utk diteman. Cikson ok kan saja. So bermulalah sekali seperistiwa hari ni.
Selepas menurunkan cikli dihospital, cikson terus cari parking. 3 kali round,masuk keluar kawasan hsopital ,baru berjaya memparkir irizku nun diceruk hujung benua hospital. Itulah akibat tak berani buat side parking. 
Lepas dah dapat parking yang selesa, aku menapak semula kedalam kawasan hospital. Melepasi  satu bangunan yang bertulis RADIOLOGI, aku terlintas nak memasukinya. Radiologi tentu berkaitan dengan segala maknenek X Ray ,fikirku. 
Mak Guard ku tegur. Cik, dekat sini ka orang buat X ray buah pinggang.
Maka,dengan tegas, mengarahkan aku ke tingkat atas naik tangga.
Just as I was passing a corner, I saw a lone woman infront of Endoskopi.
Aku bertanya lagi.
Dia mencadangkan aku naik LIFT.
So in the lift I went and up the buliding I went. 
The door opened to another set up. Lupa pula apa ke namanya.
3 jejaka didepan kaunter aku sapa.
Encik, ada sipolan bin si polan mai buat X ray kat sini.
Baik adik adik tu. Siap check dalam komputer. Namun tiada.
Aku turun LIFT dan adik yang dok tunggu suami buat endoskopi masih di situ. Bersembang lagi.
Then... the phone rang.
It was cikli asking for his card in his wallet that I was carrying for him. He was at the same spot that I dropped him earlier.
So, across rooms, waiting areas I marched.
Cikli was waiting at the end of my marching.
Haa..you tak payah tunggu lah.. He said. Pi la balik . Selesai I call you back.
Waaah... kena menapak lagi utk pergi ke parkir kereta. 

Sampai rumah terus pekena nasi lemak semalam. 
Ni dok tunggu cikli call pula nak pi ambik dia...

Hihi... bukan ada cerita gempak pun. Saja nak habaq secara tak langsung cikson marathon 2 or 3 kilometre pergi balik jalan kaki. Kira exerciselah kan.

Thats all folks. Got to get ready to go out and fetch cikli back.Bye.

Nb...dok terfikir kenapa cikguard tak cadang makcikson naik LIFT. Cik adik , acik ni bukan takat lift, roller coaster pun acik naik. Or she may had thought I was some makcik yg tak tau tekan punat LIFT..haha.
... dok terfikir lagi, dan lagi beberapa isu yang cikson hadapi semalam. What if....