Thursday, October 1, 2020

Hari baru,bulan baru,cerita pun baru....

 Sedang menunggu cikli call dari hospital. 

Awal awal pagi tadi dah drive cikli ke HTF. Ntah bilalah selesai urusan hari ini. 
Tapi lawaknya... ada disini.

Setelah sekian lama tidak mengiringi cikli utk rawatan disini, harini cikli request utk diteman. Cikson ok kan saja. So bermulalah sekali seperistiwa hari ni.
Selepas menurunkan cikli dihospital, cikson terus cari parking. 3 kali round,masuk keluar kawasan hsopital ,baru berjaya memparkir irizku nun diceruk hujung benua hospital. Itulah akibat tak berani buat side parking. 
Lepas dah dapat parking yang selesa, aku menapak semula kedalam kawasan hospital. Melepasi  satu bangunan yang bertulis RADIOLOGI, aku terlintas nak memasukinya. Radiologi tentu berkaitan dengan segala maknenek X Ray ,fikirku. 
Mak Guard ku tegur. Cik, dekat sini ka orang buat X ray buah pinggang.
Maka,dengan tegas, mengarahkan aku ke tingkat atas naik tangga.
Just as I was passing a corner, I saw a lone woman infront of Endoskopi.
Aku bertanya lagi.
Dia mencadangkan aku naik LIFT.
So in the lift I went and up the buliding I went. 
The door opened to another set up. Lupa pula apa ke namanya.
3 jejaka didepan kaunter aku sapa.
Encik, ada sipolan bin si polan mai buat X ray kat sini.
Baik adik adik tu. Siap check dalam komputer. Namun tiada.
Aku turun LIFT dan adik yang dok tunggu suami buat endoskopi masih di situ. Bersembang lagi.
Then... the phone rang.
It was cikli asking for his card in his wallet that I was carrying for him. He was at the same spot that I dropped him earlier.
So, across rooms, waiting areas I marched.
Cikli was waiting at the end of my marching.
Haa..you tak payah tunggu lah.. He said. Pi la balik . Selesai I call you back.
Waaah... kena menapak lagi utk pergi ke parkir kereta. 

Sampai rumah terus pekena nasi lemak semalam. 
Ni dok tunggu cikli call pula nak pi ambik dia...

Hihi... bukan ada cerita gempak pun. Saja nak habaq secara tak langsung cikson marathon 2 or 3 kilometre pergi balik jalan kaki. Kira exerciselah kan.

Thats all folks. Got to get ready to go out and fetch cikli back.Bye.

Nb...dok terfikir kenapa cikguard tak cadang makcikson naik LIFT. Cik adik , acik ni bukan takat lift, roller coaster pun acik naik. Or she may had thought I was some makcik yg tak tau tekan punat LIFT..haha.
... dok terfikir lagi, dan lagi beberapa isu yang cikson hadapi semalam. What if....

Wednesday, September 30, 2020

What a debate!

 Good morning . In another 20 minutes it would be Good Afternoon .
Just got to watch that Presidential Debate on CNN. Missed most part of it anyhow. The last one I did follow was between Hillary Clinton and D Trump, the incumbent president Of USA.
This time around it was between Donald and Joe Biden.
It was described as horrifying , disgusting debate by CNN...

Huh... menonton debate bakal bakal presiden negara hebat tu, terfikir pula tentang negara kita sendiri. Agaknya bilalah pula rakyat Msia dapat menonton perdebatan antara bakal bakal pemimpin negara kita. Agaknya not in my life time la kot.

Itu would be interestingkan tengok perdebatan begini dalam konteks Msia. Cubalah antara PM sekarang dan calon PM akan datang. Kita rakyat duduk dirumah dan tengok bagaimana tokoh tokoh kita berdebat tentang isu negara sendiri. Tentu havoc.

From the debate on CNN just now ... karektor dua makhluk yang bakal memegang tampuk kuasa dunia terserlah. 
Yg menariknya isu isu yang diketengahkan oleh moderator.
White Supremacist, Climate Change, antaranya.
Cara Trump menjawab soalan soalan itu speaks volume for his character and his philosophies. 

Ehh cikson ni buat apalah dok ambik tahu bab Amerika ni, mungkin ada yang kata.
Huh.. tahu tak kalau Amerika berak kapur ,kita pun terhidu baunya.

Thats all folks. Bye.



Tuesday, September 29, 2020

Bila dia cakap Jerman

 

Good Morning,folks.
May you have a good day today.
Dah breakfast?

Ragam kita berbeza kan,
Ada kalau tak pekena nasi lemak pagi pagi tak sah.
Atau paling ringan karipap . Biskut or roti ni tak main la..

Perut kita , kitalah isikannya
For me, a mug of mild nescafe and a bun or biscuits is enough .
So after subuh, I would on the water heater, make myself a cuppa ... well I am off to go.
But wait... come 10 or 11, perut dah berkeroncong lah balik.
So masa kerja, pukul 10 tu cikson akan pergi canteen. 
Pekena nasi campur masakan makcik kantin... without miss.
Cikson tak kisah sangat, apa yang dijual tu,itulah yang dimakan. And I was lucky that the last three schools I was in, the canteen operators semua baik baik. Some were so baik until now. When cikolin wedded last year, I engaged the caterer from my former school. Aduh... terkejut tgk pemurahnya dia dgn cikson. Macam2 yang disponsornya.Semoga cik Ah sentiasa dimurahkan rezeki.

Having just roti or biscuits for breakfast has its defect. Tak tahan lama . By 11 dah bercakap Jerman perut cikson. Jadi kena masuk dapur awallah. Normally at ten cikson dah berketung ketang kat dapur. And by 12 dah siap lauk pauknya. Dah boleh makan tgh hari seawal 11.30 usually. 

Kenapa ya... bila lapar perut suka cakap Jerman. 
Bye...love u all.
Stay safe.


Monday, September 28, 2020

Please let us have back our normal normal.....

 Adik would be 3 years old come January 2021.
While si abangnya would be 5 years old this October. 
Ehhh...betul ke kiraan nenek ni. 

Kalau abang dah full complete sentence ,adik masih 2 patah perkataan. 
Adik Lapaaa.
Nak syusyu

Rindu sangat nak jumpa mereka, lihat perkembangan mereka. Namun macam tak berapa selamat utk membuat perjalanan sekarang ni. Dgn covid cases meletus merata negeri, travelling in a public confined vehicle is not suitable. Lagi lagilah ramai yang kita tak tahu dari mana mereka... mau Sabah.. jenuh.
Nak berkereta jarak jauh dah bukan pilihan. Drebar kurang kemampuan. Maka rindu yang ini pun kena pendamkan.

Dibaca dalam news ,banyak tempat tumpuan ramai ada kes covid19 ni. NU Sentarl, Sunway,Linc ,KL Traders... risau makcik.
Ramai juga netizen dok pertikai statement DG KKM. Hoaxlah , make up statisticlah dan macam2 lagi. Ada juga mempertikai seriusnya akibat penyakit ini. Boleh dok buat lawak.

Ntahlah manusia ni macam2 ragam. Ada yang ingat covid ni boleh sembuh dengan jampi serapah . Ada yang rasa diri kebal dan akan dijangkiti. Maka SOP ditolak ketepi. Mask di pakai hanya utk mengelakkan dari melayang RM 1000 ringgit. Maka ada yang gantung saja mask kemana2. Mulut tutup, hidung ternganga.

Minta2 tu cepatlah episod ini berlalu dari kehidupan kita. Boleh kita lalui kehidupan kita ikut normal biasa. Tak bimbang nak ke mana mana. Bila bila masa.

Semalam sebuah kedai baru dibuka tak jauh dari rumah. Joe Raja Lelong. Cawangan kedua katanya.
Cikli cakap banyak toto, cadar, karpet dilelong murah murah.
Toto 20 ringgit.
Cadar 7 in 1 tu half the price paid in Padang Mart. 
Murah murah kan? Ni yang teringin nak pi,tapi do bertagak lagi. Takut orang ramai. 
Makcik dah jadi phobia dengan crowded places. Dengar orang batuk pun dah serius risau.

Please let us have our normal normal. Free to go anywhere,anytime,anyhow. 

Jaga diri ya...bye.