Friday, August 14, 2020

Tak tau laa nak


Tak tau la nak.
Kenapa perkara ni berlaku.
Bukan sekali,bukan dua kali ,tetapi berkali kali.
Bukan seorang tapi berorang orang... ie lebih dari seorang.

Aku masih ingat
Masa aku bekerja
Tak maunya aku nak buat kerja half past six.
Tak akan aku pass up work as directed cincai bocai, hele bele.

Aku juga tekankan perfect in work  utk murid muridku.
Tak baginya aku mereka suka suka garis free hand.
Tulisan bulat bulat,bukan kaih ayam
Meja kemas kemas,tidak herot petot barisan
Sampah,kertas tiada dilantai....

Bila kita buat kerja dengan sempurna, senang hati senang mata
Orang pun tak mengata...

Ehh..kenapa cikson bebel pagi pagi berkat ni.
Itulah..dah banyak hari dok rasa nak tulih hal ni.
Bimbang,pula takut cikson dikatakan banyak songeh.
Mengada ngada. Tak bersyukur.

Namun...write I must.

Gini ceritanya.....
Cikli sejak dua menjak ni selalu sakit kepala
Satu hari sampai tersungkur atas lantai.
Jadi putuslah satu sumber utk mendapatkan dan membeli barang kerperluan
Dengan kes sivagangga bergenuak, anak anak pun cuak.
Tak diberi mereka kami keluar ke pekan
Maka nak mencari groceries mereka uruskan. Mereka di KL dan Pahang. So bagaimana?
Satu petang barangan keperluan sampai. Berbeg2 ,berplastik2. Gembira tak terkira cikson atas sumbangan anak2 yang bersusah payah mencari runner dan membayar harga.

Namun.... kenapalah hantar barang begini runner oooi...
Ikan kembung layak dibuat baja.... dah pecah perut dan tanggal kepala
Minyak masak kenapa yang berpeket... kan telah dikabarkan 3kg sebotol.
Cili kering .... dah tak merah nak oooi. Hitam adala...

Kalaulah aku jadi awak runner, aku akan pastikan kepuasan hati penerima. Barang yang terbaik akan ku carikan utknya. Bukan yang aku capai ikut suka. Kenapa? A satisfied customer is a repeat customer.
Dulu ,aku pernah terima fruit basket yang sudah expired. Buah anggur dah lisut sanggup dihantar pada customer utk surprise delivery.
Juga satay yang keras keding macam plastik. For sure bukan satay fresh. Entah berapa hari punya yang di baar semula.
Juga nasi berlauk yang dagingnya hanya 2 urat....

Kecewa makcik dengan anak anak muda ini. Buat kerja tak memuaskan hati. Tak ada integriti. Bagaimana nak maju begini. Orang hanya sanggup terkena sekali. Bagi ketiga2 mereka yang begitu, sorrylah kamu dah tak masuk buku.... kami strike off berurusan dengan kamu!

Thats all folks...
Tak taulahhh nak... nampaknya kena keluar juga nampaknya. Or cari lain saluran buat urus niaga.
Beginilah nasib kami orang tua tua yg tak dak anak2 berdekatan. Susah berurusan.

Sekian.....
Last but not least... stay safe always. Covid19 belum reda. Ptg semalam ada cluster Tawar pula. To my brother over there, please be safe always...Bye.

antara barangan...
Add caption

Thursday, August 13, 2020

My visitor....


Hanya di masa cuti2 perayaan RBL meriah dengan pelawat.
Hari hari biasa , hanya ciklicikson dan dua ekor kucing yang ada.
Juga saki baki ayam2 peliharaan arwah FIL datang cari makan dan membuat sarang utk bertelor.
Calar balar iriz dan xtrail dibuat mereka
Riuh suara cikli dan cikson menghalau mereka...
Shoooooh, shoooooooh..baliklahhhhh!
Adakala bertempiaran mereka lari balik rumah oren
Adakala mereka buat tak tahu walau puas pintu dan tingkap diketuk utk menakutkan mereka.Selagi tiada siapa siapa yang keluar sergah mereka personally,mereka degil di sini.
Those ayams!

Kooo kooo ooooook
Loud and clear suara kokok ayam jantan.

Setiap hari burung2 chak rumah datang dan pergi di laman belakang rumah.
Juga burung2 kecil yang lain.
Terleka cikson dengan kehadiran mereka
Tangan membasuh pinggan mangkuk dan mata sekejap2 melirik arah pohon betik. Tempat kegemaran burung burung itu.

Son...my hubby beckoned me to the rear window of RBL."Son" tu panggilan suami pada cikson. Dia tak panggil sayang  or b macam orang la ni. Sejak dulu2 lagi. Hihi.
He had his handphone ready to take a snapshot of something on the guava tree.
Lekas.Satgi dia terbang.
There on the branch of the guava tree,a magnificent bird was resting.
It was bigger than the usual birds that visited us always.
Terkukur. Ni terkukur. And cikli made that sound that sometimes greeted us early morning.
Kurrrrkurrrrrrkurrrr....

Ohh ni la burung yang orang tu dok bawa perangkap hari tu. I recalled the day some folk came to our neighbourhood. Siap bawa perangkap burung.
Semoga burung ni selamat sejahtera selalu. Janganlah dia kena perangkap tu. I prayed.

Last night over tv astro, Pelindung Seorang Puteri was watched eagerly by the two of us. Adooi ..Syaiful. Seram la kalau dapat menantu macam dia. Kiamat dunia. Juga besan macam mak dia.

Thats all folks. Bye. Do good and good will come to you.


terkukur kata cikli.



Wednesday, August 12, 2020

Masak apa harini,mama?


Lama tak menulis tentang DIY no.
Masak memasak , kemas mengemas, reka mereka mmg hobi makcikson sejak azali.
Sejak remaja lagi cikson suka DIY.
Mengait, menjahit, memasak.... antaranya.
Dapur kayu bertungku jadi gelanggang cikson mula belajar.
Bagaimana menghidupkan api atas dapur itu memerlukan pengetahuan.
Juga menjaga kebersihan dapur itu juga satu kemestian.

Bila dah senang sikit, dapur kayu tokton berganti dengan dapur minyak tanah. Lepas itu dengan dapur gas...begitulah kami bertatih dalam menjalani kehidupan membesar.
Susah payah meredah bukit2 kecil dalam kebun getah dan membawa ranting2 kayu itu atas bahu dan kepala satu pengalaman.
Dirumah, kayu api itu dipotong dan di susun elok2 utk diguna.

Memasak satu tugas cikson. Lebih2 lagi masa cuti sekolah.
Masakan nenas bertelor....teringat pula kat masakan tu. Jadi permintaan saudara yang mengandung utk merasa..Proud wei kita.

Tentu cikson masak macam2 nu bila anak2 balik.Kata mertua.
Hmm diaa.. jawab cikli.
Semua dia nak jamu anak2. Tak suka pi beli beli bila anak2 balik.
Tapidia macam mengkelan bila tak sediakan bekalan nasi macam biasa masa anak2 dalam perjalanan balik tempoh hari.
Dia bekalkan bihun goreng saja...

Ehhh...tak banyak gambar ditangkap masakan yang cikson jamu anak2,menantu2 ,cucu2.

Tapi dia belajar cara masak nasi goreng cina dari anaknya... Ni dia gambarnya. Namun kata cikli, ngc cikson sikit kurang dari masakan cikten... huhu.

ngc cikson style...
Walau memasak lebih dari setengah abad, namun masih perlu berlajar dari orang muda. Tak lah boleh kata,aku tau semuanya...
Tak boleh mendabik dada. Gitu semestinya.

Thats all folks. Stay safe always. Patuhi SOP .

Tuesday, August 11, 2020

Lindungi kami...

Semalam, satu lagi .
Tambah ribut kehidupan umat.
Letupan gunung berapi pula ,walau jauh di bumi negara jiran.kita juga mungkin terkesan.
Menurut MET. tiupan angin mungkin membawa debunya ke daerah daerah sebelah kita. Perlis juga dijangka mendapat tempias.
Pagi ini pun dah terasa panas berlaianan dari pagi2 biasa

Melihat kehancuran Beirut buat kita terpegun.
Tak mustahil diempat lain perkara begini boleh terjadi.
Pagi ni terbaca seluruh kabinet negara itu meletak jawatan.
Sudahlah bencana letupan maha dahsyat itu memperok perandakan ribuan warga Beirut, kacau bilau selepas itu lagi lah menghimpit.
Semoga bumi Malaysia kita terhindar dari ujian begini perit.

Sekian lama cikson tak buka dan ikut berita di tv.
Banyak sangat cerita dan berita kemusnahan
Dan kadangkala terlampau disogok berita 2 begini buat diri rasa tertekan.

TEMCO officially was placed in the 2 kampungs in Perlis yesterday.
Till a specific date sometime in September, people under TEMCO would be forbidden to leave their area.
But yesterday, there was this story of one Napoh TEMCOan was seen shopping in TESCO,Jitra.Wearing their pink wrist band, their presence is much feared anywhere.
As to date...700 people are still waiting for their test results. In Sanglang.

It has been days ,ciklicikson leave their house. Except to ER the other day.
Takut juga sekarang ni nak kemana2.

Thats all folks. Take good care of yourselves and your loved ones. Bye.
Lindungi kami ya Allah.