Wednesday, December 28, 2016

Di mana mana saja

Dalam bakul

Dalam gayung

Dalam raga

Agaknya dalam ni tentu mreka suka.
Anak anak bulus itu cukup kreatif
Ada saja aksi mereka yg innovatif
Cari tempat untuk bersantai senang diri
Jauh dari segala semak yg menghantui

Rasa nak jadi kucing la pula
Tak perlu semak samun dalam kepala
Dekat mana pun boleh tidur lena
Jadi manusia serba serbi tak kena

Jadi manusia kena bayar bil segala
Hutang perlu langsai kalau tidak CTOS, SCRIS mai dok ganggu pula
Macam nak lari pi sembunyi dalam gua
Telefon berbunyi pun ketaq tangan nak menjawabnya.

Dalam plastik

Dalam timba

Dalam/bawah tikar

Eh...dimana mana saja mereka selesa
Kecuali bila ada yang ingat kawasan itu hak mutlak dia saja
Maka takutlah yang lain nak bersuka ria.

Tuesday, December 27, 2016

Yang tersurat dan tersirat.


Kita perolehi kekuatan, keberanian, dan konfiden setiap kali kita berhadapan dgn
ketakutan yg melanda.
 Kita boleh berkata... Aku boleh hidup walau terpaksa melalui semua ini.
Dan apa2 yg datang,aku percaya aku boleh tangani.

Orang ingat berseorangan itu  sunyi dan sepi.
 Tapi dikelilingi dengan orang yang salah lebih menakutkan dari
kesunyian berseorangan.

Aku tak percaya masa lampau jangan dikenang kerana ia adalah sebahagian hidupku.
Tetapi aku berdaya belajar darinya ,menerimanya dan melangkah pergi darinya

Ada kejadian dalam hidup yang tak ingin kita lalui tetapu kena redho melaluinya
Keadaan yang kita tak mau mengetahuinya tapi kena belajar darinya.
Dan mereka yang kita tak boleh kehilangan,tetapi harus merelakan perpisahan

Dan satu perkahwinan untuk berjaya, nakhoda perlu pandai mengemudi haluan dan memberi panduan.
Kalau tidak,alamatnya jadilah seperti kapal yang karam akibat tak sehaluan nakhoda dan
anak kapal yg tak sekepala

Aksi si comel...anak anak bulus.

Muka aku tak percaya
Muka poyo
Muka  ada aku kisah

Muka.... eh jangan nak kelentonglah
The many faces of Nina's kids....
When once they came to RBL..

Lagi lagi muka depa

Muka...jangan kelentonglah lagi

Muka ... aku wongi kan
Kita pakai odorono la..

Monday, December 26, 2016

The bday boy has his treat.


Semenjak dibuka, belum sekali kami ke bangunan itu
Anak anak mengajak,tapi kami yang tak hendak
Isssh...malaslah mama pi mkn kat situ
Adakah dijual makanan yg tepat dengan selera,jawabku.

Dulu,bangunan itu hanya sebuah kedai kopi stle lama tepi sungai
Tak menarik kecuali masa muda muda belia
Tempat menyinggah kalau lepas tgk wayang

Semalam,cikten n suami ajak sekali lagi
 Nak treat bday boy yg baru saja menyambut harijadi
So....kami pun pergi.

Memasuki bangunan....heee rasa macam duduk di oversea.
Ambience,dekorasi macam luar negeri
Dengan merlit merlap krismas tree.

Tengok menu,cikson jadi haru
Harga ...hmmm boleh tahan makan seminggu
Cikli order mee kari udang galah...tak mau mengalah
Yg gelihati... si Fohim pun sibuk menunjuk makanan yg dia berkenan bila orang lain tgh mengorder.Siap tunjuk tunjuk dengan berkata ...uh, uh.

Terpandang di dinding
Eh...ada Yuna lah sedang tersenyum

Christmas deco sini sana

Siap snow atas meja

Yuna pun ada mengalu alu kedatangan kita

ha... ni la bday boynya.

Nak cari kedai.... senang saja
Tengok ada orang mengecat dinding siang malam tanpa hentinya
Itu lah kedainya
Blackwood namanya
Tepi Sg Kangar letaknya

Tengok si Fohim. happy nya dia
Itulah secebis kisah semalam
Cikli berjalan jalan bersama cucu kesayangan