Monday, September 12, 2016

Beraya di Perantauan...

Entah dari mana datang idea ini....beraya di perantauan. Lebih lebih lagi seberang lautan.
Maka hari Sabtu lepas ciklicikson bersama anak2 menyeberangi laut ke Pulau Langkawi...hihi.Naik feri tengah hari dan sampai petang hari.
Disana cikten n hubby dah sewa van untuk kami ke bilik penginapan kami.
Langkapuri Inn jadi pilihan kali ini.
Buka saja pintu nampak pantai Cenang yang oklah buat kami.
Nak cari pantai exclusive kena lah tabur duit selori. Sewa 5 stars hotel yang hanya mampu disewa oleh orang orang kaya.

3 hari 2 malam disitu
Seronok jumpa dengan cucu.
Makan makan dan shopping juga tengok penguin di Water World.
Nak island hopping dan naik cable cat kena kiv kerana ahli rombongan ada yang sakit dan tak berdaya.Jadi kita pilih untuk santai santai saja.

Yang nyata waktu cuti begini,Langkawi sedikit sunyi
Bangun pagi tiada orang dipantai seperti biasa terjadi
Umat Islam kan nak merayakan Raya Haji
Tapi rombongan warga asing lebih nyata dari biasa.
Riuh rendah suara mereka bersendaloka
Minum mcm berpisah tiada.
Bikini pun ada ....terbeliak biji mata.

Berenam kami kesana dan fohim pun ada sama
Memang terkejut tgk keletah anak yang baru 10 bulan
Tahu minta dibelikan mainan
Dan buat kawan dengan bayi 2 seangkatan walau tak dikenali pada permulaan.
Habis semua orang ditegur macam yb melawat kawasan.
ke pulau sang helang ini kami bercanda
sayang ....dah ada suara suara
tugu ini perlu di tiadakan adanya...

tenang lautan yang didepan mata
Tapi gelora dihati telan selagi terdaya..

pantai damai
orang tak ramai...hai hai

dibawah sinar mentari
terbentuk shadow @ bayang2 yg menarik hati
yang kecil2 pun boleh jadi gergasi
Dont stress....be happy.

bersantai anak beranak


hening laut dipagi hari

kelapa nan sebatang
lain kali harap2 boleh lagi bertandang datang
tapi kena kumpul dulu duit bergantang2.
Thats parts and bits of our out of the norm raya haji tahun ni
Dok tak dok Langkawi kami pergi.
To my children esp my so in law I'm much indebted
For the best ever holiday ma and pa had ever have....having lil fahim to make us happy.
Bye...

Friday, September 9, 2016

Langit cerah...hati tak gundah

Alhamdulilah. Langit cerah. Hati pun tak gundah.
Tapi dalam berita banyaknya riuh rendah
Cerita Fafau yang tak jadi menikah
Cerita politik lagilah...
Bernanah.

Langit cerah
Alhamdulilah.

Tak sabar nak jalan jalan dipantai
Cari damai

Semoga cuaca cerah hari ni
Bertahanlah sampai Selasa nanti....

Bye....

Thursday, September 8, 2016

DIY....Betik sebiji .....macam2 jadi

Mendung lagi
Tanda hujan nak turun lagi dan sudah ada kawasan dilanda banjir malam tadi.
SK Bintong kabarnya dibuka utk petempatan mangsa banjir yang pertama disini.

Semalam..
Hujan hujan juga tapi perut masih perlu diisi.
Buka peti ais, yang ada kepala ikan yang boleh digulaikan.
Tapi nak di gukan dengan apa ya.
Terung tak ada ,bendi tak nampak ....tapi cikson ada idea.
Betik .....ya buah betik boleh jadi penambah rasa gulai ikan.
Maka cikli pun pi cari lah betik sebiji dari pokok toksaad.

Dengan sebiji betik,kenyang perut kami.
Ada ulam sambal belacan
Ada sayur manis kicap buah betik,daun bayam
Juga seperiuk gulai kepala ikan yang dishare dengan rumah orange .

ulam,sayur dan gulai kepala ikan
ikan kering Pahang n sambal belacan
Makan pula hari dok hujan...padan

Petang cikson menyicah dengan air asam pula....Racik cili merah
Tenyeh dengan belacan ,garam dan gula
Sedikit air,gaul sebati semua. Jangan pula lupa asam jawa ya.
Potong betik nipis nipis ......lepas tu nyum nyum...sedap tak terkira.

Have a nice day everybody. Stay safe.Bye.
End with this question....andai ada sebiji betik, apa yang anda buat ?
Betik tu bukan ranum ya...tapi tua tak tua..muda tak muda  ...haha. Yang sedang sedang saja. Ewah macam lagu dangduit nyanyian siapa entah...
Awat ya mas idayu asyik dok merotan dan bertempik saja?

Wednesday, September 7, 2016

Nak hujan lagi ...berdebar hati

Langit nampak heavy.
Alamat hujan nak turun lagi
Hmm....as I was typing away, it does .
Tak tunggu dah malam sat ni.

Bimbang juga
Melayari internet dan tertengok gambar terkini
Add caption

Add caption

Add caption
Gambar gambar dari fb Perlis Aktif.
Kawasan ini iaitu Tebing Tinggi adalah dalam Projek Lencongan Banjir.
Katanya bila siap sepenuhnya,air dari Timah Tasoh tak menggila ke tengah pekan Kangar.
Terus dibawa ke Kuala Perlis.
Katanya dah siap 80 % projek tu

But by the look of it,gundah dan gulana juga hati
Sebab Tebing Tinggi tak jauh dari rumah kami!
Dan diramalkan hujan nak turun sampai Jumaat ni...

Minta minta tu....selamatlah semua, tak ada dah banjir banjir ini..