Wednesday, June 15, 2016

Bila selera makan ke laut....

Dah hari ke lapan ya kita berpuasa. How time flies.
Dan sudah pasti ibu ibu semestinya bertungkus lumus memerah idea dan keringat didapur. Dan....eh apa nak masak hari ni tentu jadi persoalan.

Hari pertama hingga ke lima cikson berselera makan....namun masuk hari2 seterusnya entah kenapa semua rasa tawar.
Demam ke aku?
Ok saja rasanya.
Mungkin sebab ubat2 yang ditelan setiap hari....mungkin juga fikirku.

Nasi yang ditelan rasa tawaq hebiaq.
Gulai yang dimasak ikut rasa pun tak terasa apa apa.

Mungkin juga tersalah beli jenama beras atau ramuan kari yang tak bertepatan.
Bila mengadap meja makan,cikli nampak berselera. Adakala memuji muji masakan si isteri.

Semalam cikson dah tak tau nak makan apa. So in the end she ended with nasi lemak cikson style. Sambal bujang dan lain lain lauk sampingan.Yakni telor rebus,ikan goreng,bilis goreng....
She tapaued a set for her PIL and SIL...with pesanan penajanya. Makanlah ya...rasa tak tau.Sedap beritau saya,tak sedap maaf dipinta...

Tadi cikson buka blog teman teman dan terbaca blog uncle menceritakan tentang sardin. Hmmm ...rasanya nak cari sardin cap ayam dan roti arablah petang ni...
agak agak kalau dibawa ke tempat begini , tentu berselera kan...

grilled chicken cik nuhi ...tiba2 datang ke muka pintu
ehsan on line delivery cikina yg pemurah itu

semut free ....dlmnya mee kuah cikson. Tapi rasa ke tepi.

rindu depa depa ni kut...sbb tu selera tersangkut sangkut.

Tuesday, June 14, 2016

Alahai mr albab 2.


Setelah berkali kali ditanya,akhirnya tauke kedai pintu memberi respons positif.

Tapi cikson masih tidak yakin. Dua kali penolong dia sakit. Sakit mata dan demam. Kesian...

Dan jam 1 lebih hari ni, sebuah lori memasuki laman RBL.
Tauke dan 2 penolong mengusung pintu baru ke dalam rumah.
Maka bermulalah episod menanggal dan memasang pintu yang bertampal koyok itu.

Dan tidak sampai setengah jam,kerja mereka pun langsai.
Duit 460 bertukar tangan. Hanya untuk sebuah pintu. Pintu kayu perlu dicat dan cikson disarankan membuat awning untuk nya...hadoi. Perlu tudung pula dia. Ya la...nanti kita usahakan.

Masa mencari tempat menempah pintu,baru cikson tahu yang bengkel membuat pintu dekat sangat dengan rumah. Dan berpuluh2 pintu tersusun dalam kedainya.Mungkon ditempah oleh developer perumahan.

Mewarna pintu cikson usulkan pertanyaan kepada anak anak dan tuan rumah RBL. Dan nampaknya cadangan awal nak memberi warna turquoise terpaksa digugurkan....

Lepas asar baru nak masuk dapur berpintu baru...Nak masak apa hari ni ya.Tekak macam tak ada selera .
Gulai?
Rendang?

Hmmm...semua rasa kurang menyengat.


Alahai mr albab

Tengok keadaan dia yang begitu,kesian rasa dihati
Itulah..berhujan berpanas berembun setiap masa . Selagi tidak dipayung kata tauke kedai yang datang memeriksa.

Kalau ni macam,kuat banyak mana pun boleh reput mah...kata tauke kedai yang datang mengunjung.
Cikson dah puas makan hati tengok mr albab RBL dalam keadaan begitu sekian lama. Dia ke bengkel tauke ah kok di seberang jalan rumah...

Hari berganti hari.
Tauke ah kok tidak menepati janji.
Mr albab masih seperti dulu tidak berganti.
Tukang sakit mata ,tak dapat kerja. Hari Isnin pagi kita pi pasang ya..janjinya lagi.

Hari Isnin datang dan akan pergi.
Rupa tauke ah kok dan mr albab baru belum nampak batang hidung lagi. Cikson susah hati.
kepala sakit ,tampal koyok....pintu sakit tampal masking tape.

sakit lagi

kesian RBL....

Dan untuk sekian lamanya,mr albab terpaksalah memakai plaster untuk sakit sakit dia....

Dan cikson pun terpaksa menahan rasa...secebis dari sakit sakit rasa yg terpaksa ditelan saja.Aduhai...kesian dia jadi wanita yang terpaksa tidak melihat saja.


Monday, June 13, 2016

Langit mendung .....guruh mengaum...hujan x turun.

Mendung nampak awan.
Alamat hujan sedia menyiram
Guruh di kejauhan bersahut sahutan ....

Ayam ayam tokwan rancak mencari makan
Riuh rendah mulut berkicau kicauan.
Ketoooook....kukuoooooook...dan tahi tahi ayam berjatuhan. Dan bagi satu kerja utk aku bersihkan.

Haha....keseorangan aku diruang hadapan
Cikli masih enak dibuai mimpi.
Semalam,puas dia ke majlis berbuka puasa didewan 2020 dan cikson dirumah cemas menanti. Ialah bila jam dah hampir 12 dan dia tidak pulang. Entahlah....dengan kesihatan yang tak berapa baik dia gagahi juga ke sana walau si isteri cuba menghalang.

Hari ini sekolah dibuka semula. Kesian anak anak. Bersekolah dan berpuasa. Teringat aku akan ragam anak anak sekolah semasa bertugas dahulu...

Actually la kan...semangat menulis dan berblog sejak akhir2 ni agak menurun.Cerita banyak boleh disampaikan tapi .....self sensor menghalang aku berbuat demikian. Dan aku rasa sedikit sedih bila posting yang dibuat mengambil masa berjam jam untuk muncul diblog roll.

Langit mendung,guruh mengaum. Namun hujan belum turun....
Life like that. Sometime what we expect doesnt happen. ...