Monday, February 22, 2016

Saja saja aja

Sejak dua menjak cikli jatuh sakit,terpaksalah cikson jadi superwoman.Mana tidaknya...semua kerja berat jadi ringan.
Kalau dulu bila tong gas dah kosong,ciklilah menjadi tukang beli.
Tak perlu cikson fikir banyak kali.

Sedang bersiap2 nak memasak tiba ,api padam.
Hmmm...tong gas dah kehabisan.
Tuakng beli dalam kesakitan
So apa nak di buatkan...

Google kan ada
Jadi cikson pun google tanya service penghantar gas ke rumah
Alahai... tak terjumpa dia.
Yang terjumpa nombor ini....1 300 88 8427.
Malangnya kawasan RBL not in service..
Mujur taukeh kedai dari rumah no.7 sudi membantu
Kalau tidak entah berapa lama dapur cikson tak berasap.
Bukan tak ada kedai runcit berhampiran....tapi itulah apek Ah Soon juga sudi datang walau dari seberang pekan.

Terkial kial cikli di pintu hadapan.
Ingat dua beranak yang didepan sudilah membantu tolong bukakan.
Hmmm...Malaysian kan.
Membantu sangat keberatan
Agaknya dapat dosa kot kalau tolong bukakan pintu klinik utk bukan muhram.

Malaysian culture
Hari tu cikli gagah ke sebuah bangunan ditengah pekan
Kaki yang sakit jalannya payah.
Anak anak muda boleh tengok saja cikli macam nak rebah.
Adoiii....ustaz2 tolonglah tarbiah

Tolong pegangkan pintu
Buat orang tua dan sakit
Dan kalau dekat supermarket dan kita beli barang sampai berbukit,berilah laluan pada makcik pakcik yang beli hanya sedikit.

Habis makan,cepatlah beredar
Ini cafeteria
Bukan tempat bercerita bila pelanggan ramai.
Lebih molek kalau meja makan tidak ditinggal bersepah
Sorongkan kerusi macam kena buat masa disekolah.

Coretan ini saja saja aja
Sebelum lelap mata.....





Thursday, February 18, 2016

nak TEGHEYAK or nak gelak...hari jumbled up date sedunia.

Mungkin ada masih tak dapat teka apa makna tegheyak as in loghat utara cikson.Simply it means menangis or cry kata mem mata biru.
Hmm harini cikson nak tegheyak  akibat confuse ttg tarikh dan explanation jururawat di wad tempoh hari.Dan because of this confusion,cikli was denied his treatment .Bukanlah langsung tak dapat treatment kat Pakar Perubatan,tapi tak wholly la....or thorough .

It started weeks before today.Satu petang cikson gagahi ke wad tingkat 6 utk dapatkan tarikh rawatan MOPD ke apa entah.Dan cikson faham or made to faham dia kena ambil darah pada tarikh 18 hb.Rupanya bukan...
It was supposed to be on the 16th...sama dengan tarikh otto.
So ...kelamkabutlah jadinya .
Tak payah pi klinik darah harini.Kata jururawat yang bertugas.Tegas.

Banyak bahagian2 yg dikunjung,sinilah nampak misi2 yang tak berapa nak friendly.Bukan cikli saja tapi ada lagi .Tanya soalan pun dijawab hendak tak hendak.Dan kebetulan pula hari ni kebanyakan patients adalah warga emas.
En ...... .nama patient diulang ulang.Namun dia tak kelihatan.
Ni dah panggil dari pukul 9 lagi. La ni pukul 10.Mana dia pi ha?

Melihatkan cikli yang makin terkulai,cikson lari ke kantin.Beli milo O panas dan sedikit kuih.Sebelum ni jalan kaki merentas jalan mencari parking kereta.
Hai..lajunya..seseorang menegur.
Saya dah pencen kak...katanya sambil kami seiring berjalan.Dah bercucu dia.Syukur.Kawan lama dalam perkhidmatan nampak riang dan ceria.

Tanyalah nurse bila I kena mai lagi. Ada ubat dak.Cikli mendesak.Dan bila cikson tanya nurse hmmm..tercabut tangkai hati.Muka dah serius mencuka.Agaknya kepenatan melayan orang tua tua,
Mana saya tahu.Keluar bilik mana tadi?

Tu la abah...sabarlah.Satlagi depa bagilah.
Dan bila tarikh temu janji lain diberi,cikli dah menggigil.Ubat di farmasi pula kena pula tunggu lama sikit.Dan bila dapat banyaknya membukit.
bekal ubat setimbun

kerusi iron man ...

siap papan kenyataan...tapi tu pun boleh jadi tak ketahuan


Isssh..tak lalu la nasi.Nak makan sup .Kata pesakit.Garu kepala cikson nak cari kedai tgh hari yg jual bihun sup.Ada tapi pernah rasa.Hampa.Kecewa.
Baik masak sendiri.
Balik rumah,seperiuk moi sup cikson renehkan. Buat makan tgh hari .Malam nanti baru cari bihun sup direstoran .

Itu saja cerita dan kisah .Sepasang suami isteri menjalani rutin harian.Kalau tak klinik,hospital.Dah tak berangan cuti cuti Malaysia.Makan angin keluar negara...


Wednesday, February 17, 2016

Jack of all trades but the master....of none.

Bangun pagi,syukur pada Ilahi
Masih panjang usia kita hari ini
Dapat mendengar kicauan unggas di pagi hari
Dapat melihat sinar mentari menyinari.

Lepas subuh,cikson macam lipas ....yg kudung.
Pernah lihat lipas kudung?
Ke sana ke mari dia tak keruan.
Sebentar ke kiri,sebentar kekanan
Sekejap ke depan dan dua tiga minit kemudian undur dia kebelakang.

Selalunya....mengemaslah mula rutin harian.
Make up the bed...that is not forgotten.
Straighten up the crooked and wash up the plates.
Baju se mesin dah siap sedia utk ke ampaian.

With a cup of nescafe and bersarapan dgn apa yg ada
Roti,biskut,nasi goreng apa saja
Rumah kena kemas kalau tidak sakit mata,sakit dada.

Tu dia aih.....berterbangan sampah ditempat pembakarannya
Pi pula kais kais yang termampu olehnya
Nyalakan bonfire utk melupuskannya
Kerana lori sampah tak sampai ke RBL kalau nak tahu sebabnya.

Jam 10.00 berkejar pula ke klinik satu Malaysia
Jadi drebar pada pesakit adanya...

Jam 12.00 balik rumah,tanak nasi utk makan berdua
Kalau terdaya,masak sikit sikit saja
Kalau tidak,makan kat restoran itu jawabnya.

Lihat tuuuu.....menggunung tinggi baju yang diangkat
Tunggu tangan tua ini utk melipat.

Lantai bergeda kata depa
Dah masa di vacuum dan dimop segala
Tapi dah tak terdaya n tak cukup masa
Badan pun bukan mesin dan servisnya pun dah berzaman diguna.

Maaa...upahlah bibk indon buat kerja
Laaa..dia balik Indonesia.

Jadi mau tak mau ,buatlah kerja kerja
Semampu adanya.

Well,these few weeks ,cikson became jack.
Bukan jack sparrow
Bukan jack kereta
Tapi jack yg buat macam macam kerja.
Namun dia tak berapa pandai sebenarnya.....

Cikson nii...ada ada saja.
Kadang2 rasa macam tak berdaya nak bernyawa......

Tuesday, February 16, 2016

Sana sini situ

Nak gelak ke nak marah...
Pagi pagi ke Remedic bawa cikli cuci lukanya.
Tempat berbayar orang pun lengang dan proses rawatan cepat ligat.
By ten ++ siap .

Kita makan dulu. Restoran tepi jalan yang menyajikan kari kepala ikan dituju. Belok ke laman nya,parking tiada yang dekat .Masaalah lah buat cikli utk berjalan dengan kakinya yang sakit.
Adoi...kenapalah parking macam orang tak belajar.Rungut cikson.

Kecewa ,kami berlalu pergi.
Restoran kedua ,cikli tak serasi
Restoran ketiga banyak pula lalat menghurungi.
Jadinya mana lagi kita nak pergi bila cikli banyak ragam pula hari ini.

Zoooom....ke sebuah restoran lain cikson bawa cikli pergi
I beli bungkus sudahlah. Itu resolusi.

Balik rumah,juadah dihidang jadi santapan tengah hari
Jam 2 nak keluar lagi
Jumpa pakar ortho pula kali ini.

Tergelak kecil cikson masa menunggu ubat
Insan tak dikenali pun sama nasib suami sakit.
Sabaq la no...kita serupa.Jawab cikson berseloka pahit.

Jom pi Farmasi....
Nak cari Air Anugerah seperti kata seorang pesakit mata yang ditemui di alor setar kelmarin hari
Makcik tu  minum 3 botol ,mata terus jadi baik ,boleh baca paper lagi.

Aduh cikli...lambat dengar orang berpetua
Semua nak diikutnya.

Nak pergi tengah pekan ?
Serik tadinya belum padam.
Nyaris tersondol kereta di jalan.

So...alernative lain cikson ambil.
Kita ke farmasi rumah lama
3 botol comel Air Anugerah cikli beli
Walau agak mahal...biarlah dia puas hati...
Tapi janganlah paksa sangat cikson ke sana sini
Sbb......drebar ni masih terketaq ketaq lagi....hihi.

Itulah...kisah cikson sekarang yang terpaksa ke sana, ke situ , ke sini