Wednesday, October 28, 2015

DIY...resepi pilihan...Gulai terung dan udang


Buku yang dibeli lebih 30 tahun ini ,dibawa ke RBL akhirnya.
Satu satunya buku resepi yang cikson puas hati setiap kali mencuba resepinya.
Antara buku buku resepi berbahasa Inggeris dan Melayu inilah buku resepi paling cikson sayangi.
Tapi buku ini kadang kadang menghilang dalam simpanan dan bila nak guna baru tercari cari.

Lantas cikson akan buat koleksi dan reproduksi
Resepi dari buku ini.....

dah dimakan usia buku ini


Hari ini resepi ini jadi pilihan
Dah cuba sekali dua jadi sajian
Sedap juga dapat pujian...



Gulai Terung dengan Udang

resepinya....


Kalau ada buku ini di jual dikedai
Mahu dibeli buat hadiah anak2

Tuesday, October 27, 2015

Ragam si pong..

Add caption  ...1

Add caption....2
Add caption...3

Add caption....4
agak agak apa sdg difikiran anak dara ninasandaq ni...

Tekejuit den...

si nina pun tekejuit
Sedang enak menyisir bulu bulu dibadan,nina terkejut dengar cikli bertempik.
Eh apa kena orang tua ni ?Bertempik tak tentu fasal.
Makcikson aka mamason pun sama
Tekun dia menatap tv.
Bila cikli bertempik dia marah cikli
Eh kenapa marah2. Dengaq lah dulu apa pm cakap.

Oh rupanya depa suami isteri dok dengaq apa pak Najib dok berucap.
Budget? Belanjawan... entahlah nina pun tak ketahuan.Tapi yang nina lihat dia pakai baju warna kundang .Sebentar bercakap,sebentar dia teguk air dalam cawan....

dia cakap billion billion,juta juta sampai nina ternganga
makanan kami gena kena GST juga?

Ni la dia masa PM tengah bentang belanjawan
Macam macam habuan dia laburkan
Tapi kaum nina juga yg ketinggalan.
Tak sebut pun Jabatan Haiwan dapat sekian sekian....

bye...sleep well.

Monday, October 26, 2015

Selamat kembali ke sekolah...jerebu dah habis dah?

Deruman kereta di jalan tak berkesudahan
Pagi pagi buta lagi dah kedengaran
Berselang seli dengan kokok ayam jantan yang tak berhenti henti sahut bersahutan.

Menyelak langsir,hari dah siang.
Terlihat anak anak sekolah dihantar ibu ayah naik motor.
Berdua,bertiga,malah berempat pun ada
Laju menderu bagai tergesa gesa.

Selamat kembali belajar anak anak ke sekolah .
Cikgu pencen tak perlu lagi terkocoh kacah
Relax....minum kopi sebelum buat kerja rumah.

Budget baru dah dibentang sudah...
Oleh Menteri Kewangan dalam parlimen.
Sana sini ada potongan
Pandai pandailah pentadbir pusat pengajian cari jalan penyelesaian.

Terkenang kembali masa cikson berada dikemudi
Budget sedikit tapi macam macam kena penuhi.
Kalau ada ,masa datangnya pula dekat 2  hujung tahun. Maka tunggang langganglah sekolah bertungkus lumus nak bereskan. Masa tu lah nak exam,masa tulah nak bersukan, dan masa tu lah nak majlis kecemerlangan.
Macam peruntukan sukan dan koko yg kena juga dihabiskan.Kalau tidak ...siaplah badan.Dalam mesyuarat negeri akan dibentangkan.Sekolah mana yang tak ikut peraturan.

Sehari dua,timbul cerita isu jerebu dan sekolah. Sekolah kena tutup,budak2 tinggal rumah. Ibubapa pun rasa payah. Cikgu pula yang disesah. Hmm...susah susah.

Semoga jerebu yang berlalu tak datang lagi bertamu..Kesian anak anak yang dahaga ilmu. Kesian ibubapa yang rutin harian mereka terganggu.

Selamat kembali ke sekolah anak anak...