Sunday, October 25, 2015

Jangan di sandar pada besarnya rumah


Usah di lihat besarnya rumah didiami
Besarnya  kereta bawa keluarga
Usah dilihat besar kecil pangkatnya
Tapi lihatlah pada besarnya HATI

Dulu dulu masa cikson masih muda remaja,sebuah rumah nun jauh di perkampungan felda jadi tempat fav. utk berkunjung. Rumah satu2nya ibu saudara sebelah tokton.Hingga beranak pinak,ciklicikson suka membawa anak2 bermalam disana.Bila balik teringat2 kebaikan keluarga makchak sekeluarga.Dijamu apa yang ada dah buat cikson rasa bahagia.Dan bila nak balik penuh kereta dgn bermacam benda.Rambutan ,pisang ,telor ayam...
Sedihnya makchak pakchak telah tiada.Lama dulu..
Juga satu episod sedih buat aku malu nak ke situ..
Hingga hari ini bila diingatkan hati jadi sebu.

Good food is the way to the heart....
Teringat Batu Pahat.
Bukan saja kami dijamu disitu,tapi makanan yang ditapau dapat dijadikan makan malam utk rombongan meminang .Around 20 orang.

Alhamdulilah,adik beradik cikson juga tidak lokek dalam merai tetamu. Besar kecil pangkat mereka tak jadi hal.Yang ada ,yang tiada sama saja.Yang sibuk dan yang busy ,ada saja masa buat kami.
Dikampung dijamu ikan sungai,dibandar dijamu nasi kandar...kalut2 ajak pi kedai.

Teringat Sungai Limau..disebuah rumah kami dijamu gulai ikan bendang.Amboi sedapnya sampai hari ini terus berdendang.

Hospitality... bukan bermaana hospital tapi layanan semasa tetamu berkunjung.Dan hospitality di rumah kita buat tetamu yang datang pulang dgn hati riang.Dan kita sebagai pengunjung juga kena tahu adat berkunjung...

Bukan saja makan minum jadi perhatian,tapi tempat tidur juga perlu ketelitian.Tokton bila ada tetamu,siap serba baru...ia-itu sarung dan cadar baru dibasuh dikeluarkan. Tak diberi dia yang dah masam. Dan amalan tokton rasanya menurun pada anak anak dia.Tanpa pembantu ,tuan rumah Bukit Mahkota menyediakan 5 bilik utk tetamu.Jenuh berdobi lepas tetamu pulang.

Dan bercakap ttg besar hati,cikson amat bersyukur kerana keluarga bisan melayan anak cikson berpantang di rumah mereka sebelum balik ke Kangar.Hanya Allah saja yang dapat membalas budibaik mereka.

Besar hati kena sama 2 suami isteri .Kalau seorang mmg tak jadi.Di masa kecil,kami dibawa ke sebuah rumah.Si isteri ramah tamah,tapi si suami buat endah tak endah. Ia lah kami orang susah.Dtg berkunjung mungkin ada niat terselindung. Sikit skit habis juga beras sekampit.Walau pun makcik anak kecil,tapi sudah pandai baca ragam orang.Apalagi tt ibu yang garang. Tak berdetik kami di rumahnya orang.Takut2 ada barang atau duit kupang orang yang hilang.Kan malang!

Hospitality ....satu cabang ilmu yg perlu diamali.Kalau teori saja tak jadi.
anak kucing ini
ada hospitality dalam diri












































Dan mentari pun malu malu.

Sejak hampir seminggu matahari sembunyi diri
Kicau burung pun entah mana pergi.
Semalam hujan merenjis bumi

Dan pagi ini mengintai si matahari
Malu malu menampakkan diri
Dan burung 2 pun seekor dua terbang ke sana sini
Letih... hinggap di pelepah nyior belakang rumah kami

Citcit cit cit
Koook ku oooook
Kedengaran
Hari ni mula mereka berdendang..

Jerebu
Singkapkan tiraimu
Angkatkan kakimu
Kembali lah kamu ke empat asal mu..

Jokowi...
Tahukah kamu
Api itu masa kecil menjadi kawan
Bila besar menjadi lawan...

Dua perkara jadi isu semasa
Najib dgn MDBnya
Jokowi dengan jerebunya
Entah sampai bila
Rakyat terpaksa tanggung sengsara..



Saturday, October 24, 2015

Jalan Jalan pi meminang...nasi beriani jadi hidangan.


17 hb Oktober merupakan hari pertama cikson sampai ke bumi Johor.
Eh... Tangkak dlm Johor kan.Masa dulu dulu adalah juga terlepas ke Tangkak membeli kain.So this trip is my second.
Cikson berbelah bagi nak ikut rombongan meminang sbb cikten's due date adalah pada 18 haribulan.Jadi sampai ke akhir rancangan ke Batu Pahat tertaaluk kepada keadaan.
Jadi bila 17 hb itu,cikten masih tak ada apa2 ,kami pun teruskan hajat mengikut rombongan.

Semua ahli rombongan terdiri dari anak menantu arwah tokton.Macam buat family gathering pun ada.
Jam 9.00 kami berlepas dan ada ahli rombongan yg tidak sengaja terlajak dahulu.Jenuh mereka menunggu di RnR Air Keroh .
Jalan clear. Jam 12.00 kami exit Parit Sulong...Keluar pekan masuk pekan kami sampai ke rumah yg dituju.Lupa pula nama Taman itu..
Perbincangan diteruskan.Kata sepakat diiakan.
Dua hati disatukan
Dua keluarga dirapatkan.
Tali pertunangan disimpulkan
Tahun depan dilangsungkan.

Bakal pengantin dua2 bekerja dgn Petronas.Seorang rajin ke Jepun seorang pula ke UK...Amy,nama panggilan bertemu Wani gadis idaman.Semoga ikatan pertunangan disudahi perkahwinan.Jangan lah ada apa apa ditengah jalan...

Dijamu nasi beriani Batu Pahat.Sedap
Kuih muih,lontong dan bermacam juadah penuh dimeja.
Potongan jambu manis 2 masam pembuka selera
Sedapnya...sampai minta extra.

Balik ikut Pagoh...Jalan masuk hutan keluar kampung.
Dah malam baru sampai rumah persinggahan...

ha...nindia cikson belanja gambar2 buat kenangan...
the sepupus bersama hantaran
Anak2 maklong,makngah,makcik dan makteh
cuba teka yg mana anak cikson...



ahli rombongan

wakil ke dua2 pihak

cincin disarung

tersenyum riang 

mak ngah dan makteh

rumah kaler hijau

berjamu dah,berbincang dah...jom balik

Bila warga emas naik ETS...silap2 sampai Gemas.

Hoooray...Alhamdulilah
Berjaya ciklicikson naik ETS
Walau mengharungi tak sedikit sakit hati nak dapat tiket.Macam2 kes.

Mula2 ciklicikson pergi ke KTM Arau nak tempah tiket bila hotline KTM kata tiket dah boleh beli.
Awal2 pagi dah sampai lah kami takut ketinggalan tiket k.api.
Tapi.... penjual tiket kata ...naheee,tiket tak buka lagi..Maka pulanglah kami dgn sedikit putus hati...err patah hati.

Selepas itu beulangkali cikli talipon sana sini. By the way hotline KTM ialah.......
Dan akhirnya dapatlah dua keping tiket ke KL Central pada 16 Okt.perjalanan 8 pagi.

tiket ETS warga emas kalau tak ada IC tak lepas.Gate A sebelah KFC
Kcuhhhh kceeeh ....well err no...there's no such thing until we reached Tg Malim. The journey was smoooooooth as silk.Terkejut makcik 15 minit saja sampai Anak Bukit dan 45 minit sampai SP.
Kat SP adik makcik naik dan dapat pula seat belakang kami saja...how nice was that.

dalam ETS


Naik ETS tak rasa apa apa .Dapat pula seat yang menghadap perjalanan kita.Kalau tidak tentu pening kepala.So ingat which way are you going.Northbound atau south bound.Lagi satu tak goyang goyang badan kecuali last part of the journey. Memasuki KL keretapi merintih,menangis dgn suara suara yg pilu.

oooook eeeeekk iuuuuk....

Sampai KL kami terpinga...Rupanya dia turun stesen lama.So kalau nak pi KL Central janganlah dok turun lagi.Nanti yang menunggu disana tercari cari.

Di KL Central cikli ke mesin ATM.Alamak duit tak keluar ,mata rasa berpinar.Cepat2 buat repot dekat bank berkenaan.Hai..lah cikli. RM 600 tu.

Balik kami naik ETS lagi. Tiket hanya dipetang hari.Jam 4.11 hari Selasa.
Dihantar menantu sampai tempat menunggu. Disini lah keadaan jerebu dan haru.Gate A sebelah KFC.Tingkat 2 semua penumpang ETS berkumpul. Lagi 5,6 minit nak berlepas baru penjaga tiket membuka gate. Apalagi ...berebut2 lah penumpang tak mau ketinggalan. Berhimpit himpit,tolak menolak.

Tak boleh buka pintu awal ke? Cikli bersuara. Lantang suara dia.
Jangan takut kami tak tinggal aih...kata pemeriksa tiket.
Tapi ramai yang tak percaya.

Lepas turun lift....berlari pula ke coach F..nun dihujung sekali.Dekat 60,70 meter juga kami terpaksa harungi.Dengan beg yang dibimbit,disendeng dan dihereti. Semua kena buat sendiri sbb hanya penumpang bertiket saja yang dibenar dikawasan ini. Tak ada la nak bai bai lagi.
Jgn ketawa.... bukan kami saja yang begini...Banyak lagi.Termengah2 sebelum  coach dinaiki.
Coach Baru ETS lengkap dgn surau,tandas dan cafe.
Perjalanan smooth sampai stesen Arau. Tak goyang seperti menuju KL .Dan jam 8.45 dah ada di negeri sendiri.

Nampak gayanya tergugat juga bas dan kapalterbang dgn perkhidmatan ETS ini.Lagi2 yang berumur 60 tahun ke atas tiketnya hanya 42.00 tunai...Tapi nak dapat tiket kena book awai awai...

Ingat ya...nak ke KL ,minta seat south bound
Nak ke Arau minta seat north bound
Nak senang makan minta Coach C
Nak dekat kepala k.api minta Coach F....

Merdu suara pramugari pramugara yg buat pengumuman...
tempat menunggu ARAU

pemandangan menuju KL...


stesen2 dilalui

banyak koc tersadai...utk dilupus kerana dah luput guna
Jom beli satu boleh buat rumah kontena...

kalau tak tulis tentu lupa


Itulah saja pengalaman cikson naik ketapi...
ETS itu hari...
Have a nice weekend folks...