Sunday, September 20, 2015

Bila ....Maklong paklong makan kenuri

Tgh hari tadi lepas lohoq (Dzohor) cikli cikson ke rumah kenduri.Aha...hari ni tak silap lagi.Kenduri kawan cikli tapi kenalan cikson.
Menghadiri kenduri ditengah rembang buat cikson sediki bimbang.Cikli kadang kadang kalau sakit dia tak bagi amaran.Dan sakitnya selalu waktu sebelum makan...
Lepas makan kami tak terus pulang.Ke rumah no 7 kami singgah.Hmm...dekat setahun juga cikson tak pi jengah.Bimbang juga takut dia tenggelam air bah.
Eoooow......eeeeow kami disambut satu suara,
Dicelah celah pelepah paku pakis satu susuk tubuh memanggil2 kami.
SQUIRRELLL!
Dia mengekori cikson hingga ke ruang lobi...lepas tu dia menghilang diri.

Cikson ke dalam rumah dengan berbagi perasaan.
Ada nostalgia ada sedih kerana meninggalkan no.7 berbulan lamanya.
Melihat sofa,almari kerusi meja masih sama.
Begitu juga pinggan mangkuk dan kain baju sealmari dua.

SEDIH tau...lihat rumah yang cikson belai dan jaga .Di rumah inilah kami membesarkan mereka berempat.Rasa macam nak balik pindah ke sana saja.Pasti Pong pula tak suka sbb dia tak dapat berjumpa dengan BFF dia....cikyam cikyam dirumah wan.

Itulah saja cerita ttg ciklickson makan kenduri....
Dan 2 biji bunga telor dibawa balik sebagai bukti...
bunga telor 

mak long pak long



mak long 


Pak long
Hari Ahad
Kebanyakannya berehat
Tapi maklong isteri paklong berehat dah berabad.

Lepas lohoq nak pi kenduri
Dekat saja dgn rumah lama kami
Boleh sampai jalan kaki.

Oh well...ini cerita kelmarin.
Paklong maklong beria nak makan kenduri
Mujuq tak beria2 bersiap
Kalau tidak masuk angin keluar asap.
Sbb kenuri bukan Sabtu tapi Ahad!
So makanlah kami nasi bungkus yang kelangit tak sedap.

Paklong ni....
Bila tinggal berdua
Dengan tak sihat sentiasa
Juga suka sangat pelupa
Maka kadang2 aturcara atau schedule jadi tak tentu hala....
High time kena ada PA...haha.
Sapa lagi mak long la.
Sbb nak bayar kerani nak cekau duit kat mana?

So maklong kena catat schedule hospital dia
Hari apa dan kat mana
Hari apa kena pi spital n hari apa ada kenduri
Takut 2 lain nak berubat lain yang dia pergi..

Hai lah paklong.....


Saturday, September 19, 2015

Banjir datang lagi...cemas seketika.

Pagi pagi cikli keluar pekan.
Sampai saja ke rumah cikson tanya soalan.
Eh banjir ada lagi ?
Dah tak ada.Dah balik negeri....haha melawaklah tu.

Kelmarin cikli ronda ronda dgn kereta.Dia ajak cikson pi sama.Seperti biasa cikson tolak pelawaannya.Tak kuasa cikson nak keluar redah air banjir semua....biar saja pada anak muda.Biaq pi kat depa.Lalu apa cara cikson nak tahu berita ttg banjir kali ini..

Issh....kan ada fb,ada group ada wassup group.
Internet ada dihujung jari.Layari saja dengan senang hati.
Jadi terjumpalah makcik berita berita yang dishare rakyat Perlis ni.
Antara group yang cikson suka cari informasi adalah ROAPERS.Dari tukang urut,tukang kebun,DJ kenduri dan beribu lagi.Macam2 ada.Umpama kaunter pertanyaan atau jabatan penerangan lagaknya.

Harini tgh hari sikit kami nak ke tempat kenduri.Dekat saja dengan no.7. Kalau dilihat pada keadaan semalam,jalan ke situ dipenuhi air.Susah hati juga takut air dijalan ,memasuki no.7..Mau berpeluh nak cuci segala daki.

Banjir datang dan pergi.Cemas menyambut kedatangannya dan lega dengan perginya.Tapi walau lega banjir telah tiada cemas masih mencengkam jiwa.
Dengar berita...pelarian sana sini. Menyabung nyawa cari suaka.
Jerebu di Indonesia,kita tercuit sama.Baru  90 ++ satu hari melanda Perlis,cikson dah rasa susah bernafas,apa jadinya kalau 1000.....Tak dapat dibayangkan.Tentu terbongkang.
Namun ada satu lagi mencemas dada.
KATA2 !!!
Lihat ucapan mereka yang didepan.
Macam tak kisah dah apa kesudahan.
Apa lagi kalau itu ucapan pak2 menteri......lagi ngeri!






Friday, September 18, 2015

Banjir datang lagi...harap tak besar kali ini.

Tersentap seketika makcik bila telinga menangkap berita di tv pagi ini.Cepat cepat cikson tinggalkan kerja dan pergi menatap tv.
Kedah Perlis banjir.
PM akan membantu kanak2......bla bla bla.

Dan bila berita banjir di Thailand diutarakan cikson jadi tergamam.Terdengar suara jeritan ketakutan mereka yang dilanda banjir tiba tiba. Dalam masa 45 minit katanya akibat hujan 3 jam air menderu laju.Lantas peristiwa beberapa tahun dulu bila utara Kedah tenggelam berputar difikiran.Seram..

Sekarang hati cikson tgh dok dup dap dup dap bila tgk awan tak se ceria dulu.Mendung saja. 2 hari berturut matahari tak kelihatan dan hujan bercurahan.RBL masih ok tapi risau sidia no 7 yang tidak bertuan.Janganlah banjir datang bertandang.Susah nanti.

Perlis dan utara Kedah ni kalau anda belum tahu selalu mendapat tempias kalau hujan dan banjir di seberang sempadan.Katanya terdapat empangan2 disebalik banjaran bukit2 yang menyempadani Malaysia dan Thailand.Andai air empangan disana dilepaskan,empangan disini pun berjangkitan.Ala ketit ketit semut gitu.Aku penuh aku lepas.Dan yang melepas adalah kami penduduk Kangar .....
Semoga dijauhilah semua ini.

Sejak semalam banyak tempat diPerlis digenangi air.Tapi masih ditahap manja manja saja.Semoga langit hari ini terus terang bercahaya.Dan air banjir surut seterusnya.

Antara adegan adegan banjir yang dishare di fb...banjir disini sana.

di jalan

di sungai

di laman rumah

di bendang agaknya....

Bye. Salam Jumaat.