Thursday, September 17, 2015

DIY...bila gaji, duit ditangan kena lah audit . ya anak anak...

Selalu tak dok menyoal diri sendiri:
Eh pi mana ya duit aku bulan ini?
Keluar 100 habis,keluar 500 habis .Keluar 1000 pun habis.Gimana?

muka kesian...hulur seposen.
Cikson tak adalah cert dalam akaun mengakaun.Tapi masa dalam jawatan dulu...hooooi kena tau selok belok kewangan.Buku dia pula nala punya besaq.Masa dok sekolah besaq ada 2 kerani jaga akaun.Tapi mula mula jadi GB ,sekolah kecil dalam kampung kerani takut nak masuk,cikson kena tanggung sendiri buat semua tu.Mau berpeluh. Mujuq tahun tu audit ok...

Selepas pencen ,malas menguasai diri utk rekod bab kewangan....entah pasai apa pun tak tau.Tup tup duit dibank makin mengecut.
Eh...aku buat apa ha?
Duit pi mana?

Dan tergerak nak track duit dok pi mana.So buku ini antaranya yang cikson guna.

harta pusaka

tu diaaaa

baru ketahuan pi mana...
hahaha......mesti tergelak budak2 berempat dan seorang yang tak budak lagi.
Mama niiii....semua nak boh blog.

hahaha..makcikson gelak balik
Biaq pi...barulah ketahuan duit dok pi mana.Tengah bulan tak la dok garu kepala.

Mama ,la ni orang tak tulis tulis lagi.Orang guna application saja.Lagi canggih, kata yang lain.

Canggih manggih...

Meghahnya makngah

Antara ribuan yang pergi,terselit wajah wajah seumur ku atau yang tak berapa nak jauh dari umurku.Let say around 50s and 60s. Dan mereka kaumku dan genderku.Mereka mungkin seangkatan aku yang pernah mengguna gadget2 purba ini

atau ini


Maka terfikir sejenak dibenak fikiran tua ku.
Eh...larat adik2kakak2 pergi ke sana.Berjalan,berhimpit,berpanas,berpeluh dan tak ketinggalan berjerebu.
Suami bagi pi ka?
Tak ada sakit lutut agaknya depa.Sunggoh hardcore.
I salute them for their stamina.
But I had a few reservations seeing them there.And a few more ifs and whats.
Semalam aku doakan mereka selamat kembali ke kampung halaman.Jangan tersesat mencari jalan pulang.
Dan melihat warna baju mereka
Meghahnya makngah!
Semoga meghah juga spirit mereka sampai bila bila.

Melihat lautan manusia yang berarak,berhimpun,berdemo diPadang Merbok aku hanya dapat mengharapkan satu.
Kita bangkit menebus maruah dengan menjadi kaum yang berjaya.Contohi cara hidup mereka yang maju.Mulakan dengan rumah kita.Anak2 kita.Cucu cicit kita...

Meghahnya makngah mengingatkan aku akan satu doku ditv satu masa dulu.
Pelakon yang jadi makngah tu kenalan ku.
Aku kagum dengan kecantikan dia,kelembutan,keramahan dia walau dia isteri seorang VIP.Walau dia seorang datin aku memanggilnya kakak.Kan Nah .Mungkin sampai ke hari ini dia tentu masih ayu.

Sebenarnya otak tua ku tak dapat menghadam apa sedang berlaku pada tanah air ku....Gambaran pelarian diEropah sana membuat warna kelabu yang memenuhi fikiranku.Gambaran anak kecil kaku dipantai menakutkan aku.


Sigh...


Wednesday, September 16, 2015

Sehari sebiji,lama2 jadi kek

gambar googled.
Riuh rendah RBL pagi pagi lagi.Yang paling nyaring tidak lain cikyam cikyam yang membuat sarang diluar tingkap.
Mula mula si hitam datang bertandang.Hujan ke panas ke dia tidak berganjak dari atas para barang antik cikli.Sebiji demi sebiji dia bertelur. Suaranya riuh bila dia sudah mengeluarkan sebiji.Betullah kata orang. Resmi ayam betina...bertelor sebiji riuh sekampung.
Namun kegigihan dia bertelor dan mengeram jarang orang nak peduli.Yang mereka komplen hanya bising mulutnya.
Dah hampir sebulan dia bertenggek mengeram telor telornya.Dia langsung tidak peduli walau air hujan menimpa kepala.Walau terik mentari membahang badan.Dia tetap disitu.Berminggu minggu.
Akhirnya dia tidak lagi kelihatan Mungkin dia tahu tak ada maana lagi dia disitu.Lalu dia berlalu pergi.


gigih dia menahan cuaca
Selepas  dia pergi,tempatnya diganti.Sihitam yang lain datang bertelor. Dan itu memberi rezeki buat ciklicikson suami isteri. Jadilah walau sebiji sehari.Itu rezeki...Sehari sebiji lama2 jadi kek.

Telor ayam kampung ...ayam tokwan Saad bapa cikli.Beri rezeki buat kami.Dan bila berkunjung ke rumah Wan,satu sangkar anak anak ayam comel kelihatan.FIL beli rupanya...
Dan berdetik difikiran...jom bela ayam...









Tuesday, September 15, 2015

ETS ....bagai meminang si puteri ledang

Semenjak ETS bermula,membuak buak keinginan cikson nak cubatry.Lebih lebih lagi bila depa kata dia ambik 4,5 jam saja dari KL ke Kangar.Haha ambiq kau makcikson cakap utagha.

Tak tipu aih kalau cikson teringin sangat nak naik.Tak sampai KL sampai SP pun tak pa.Tapi apakan daya...tiket tak pernah ada.Teringat kembali dia semasa zaman mudanya.Keretapi mode transport utk dia ke Tanjong Malim dari Bukit Mertajam.Berjumpa macam macam pengalaman.Ada manis ada masam.Tapi masih teringat zaman berzaman.

Meregisterkan diri di e ticket juga tak membuah apaapa.Setiap kali on line, availability ticket selalu 0.Buat cikson tertanya depa buat apa ramai2 naik tren.Nak beli belah bukan sekarang masanya bila RM kita seakan yoyo adanya.Orang Siam pun dah tak berapa nak bekenan dgn RM kita..

Minggu lepas cikli talipon KTM Arau. Suara dihujung talian mengkhabarkan tiket dibuka pada 15 haribulan utk tiket bln Oktober.So pagi tadi bersiaplah dua suamiisteri ini ke Arau utk membeli tiket.
Cuaca baik . Mood pun baik.
Mengambil lebuhraya Kuala Perlis,15 minit tak sampai,sampailah kami ke stesen keretapi Arau...
merentasi lebuhraya kuala perlis 
Terpinga2 ciklicikson...Eh mana setesennya.
Oh rupanya stesen lama dah tak diguna.In its place adalah stesen yang serba moden...
Menuju ke bangunan,kami disapa penjaga kawasan...
Cik ...la ni waktu rehat.Pukul satu baru counter buka.
Menunggu masa,cikson meninjau sini sana.Kamera hadphone ditala merata.

begini rupanya stesen baru KTM Arau
Dan jam 1.00 kaunter tiket pun dibuka.
Cik,makcik nak beli 2 tiket utk ke KL Central 15 Oktober .
Dia melihat makcik dari sebalik kaca..tangan mengetuk sesuatu dikomputer.
Cik ...maaf tiket 15 Oktober tak buka lagi.Kami jual hanya sampai 9 Oktober.
Sudaaah...
Eh hari tu pakcik phone kata dah boleh beli dah.
Hadoooi....berputih mata kami.
Nanti 5,6 hari lagi mai sini beli. Tapi talipon dulu tiket dah buka atau tidak..
Pulaak.
Awat tak buat macam flight.Setahun pun boleh beli..Makcik bersungut.
KTM bukan rugi pun kalau kami ambik tiket awal.Isssh nak mai dua tiga kali ni yang rimaih.
Macam ni makcik,ni nombor talipon...dia menghulurkan secarik kertas.
Hmmm...nampaknya tak ada jodoh kita dgn ETS. Entah besok besok habis pula tiketnya.Kecewa makcik.
Lain kali bagi taulah detail sikit bila pelanggan tanya..Macam meminang puteri gunung ledang.Macam2 syarat.

Balik dari stesen Arau kami singgah makan tengah hari disebuah restoran,Kemudian membeli belah di C Mart yang tak jimat. Harga barangan memang menjerat.Tapi sayur sayur nampak segar.Rupanya hari Selasa dan Sabtu lori sayur sampai..

Habis membeli kami pun pulang.Tapi hati sedikit walang.Selagi tiket ets tak dapat dibeli....


Walaubagaimanapun marilah berkenalan dengan stesen keretapi Arau...
rasa macam di Timur Tengah

tiada orang lagi kerana tiada tren yg datang atau pergi

nak tau tambang teksi mai lah baca kat sini
oh ya...my bas ada juga.Tapi kena menapaklah kesana
Kalau hujan basah,kalau panas berpeluh kerana disitu tak ada tempat berteduh...

lengang tak berorang.Pukul 4 nanti baru ketahuan.

eh...sapa pula lelaki ganteng ini.

kebaikan ets

tempat menunggu....kalau x ada orang mau serammmm.