Wednesday, September 9, 2015

Biar pun kami berbeza

satu mengokok,satu mengiau

Melihat kehadirannya disebalik pagar buat cikson tertanya tanya
Apa dibuatnya?

Setiap pagi without a miss Pong cikson lihat santai saja dia bersama sama ayam tokwan.
Ayam ayam itu dah tidak takut pada Pong .Begitu juga sebaliknya.

Cikson kembali tertanya tanya
Mereka dua bangsa yang berbeza
Tapi mereka boleh hidup bersama sama...

Dan fikiran cikson melayang kepada baju berwarna
Satu berwarna kuning
Satu berwarna merah.

Gerun cikson memikirkan come this 16 Sept.
Semoga tiada apa apa.
Moga Allah pelihara kita..Negara kita.
Penat melihat akan dunia yang penuh sengsara
Buat mereka dilanda perang sini sana
Kesian anak kecil kaku dipantai....

Biar kita berbeza warna
Pong dan ayam ayam itu telah menunjuk bagaimana
Hidup bersama walau tak faham bahasa.



Tuesday, September 8, 2015

Sunggoh kurang sopan

sedang dua beranak tidur berjemaah...tiba2

Hoii....hang kentut ha..nina bersuara

Busuk mengalahkan telor kemuruk...complain nina lagi

Pong melarikan diri disebalik langsir

Sambil melepaskan bau yang paling masyem....mengalahkan gas nitrogen apa tak tau..

Lepas itu dia kembali tidur dgn ibunya
Ciklicikson yang sedang berehat sambil menonton tv terhidu bau paling busuk.Cross between telor kemuruk dan gas entah berantah itu.

You ni kentut busuknya...kata cikli
Eh mana ada...!! jawab cikson

Dan bila mspong menghampiri mereka dan bau busuk sekali dilepaskan barulah cikson gopoh gapah.
Pong diusung ke pintu dan terus diusir keluar..

Ha,,,pi memerut cepat!!
Susup sasap si Pong menuju timbunan tanah diperdu pohon kelapa....

Entahlah...
Kadang2 gadis paling sopan pun boleh tahan rupanya...
Kentut masih bau asammm....

Ujian UPSR hari ini....selamat menduduki.

Selamat menduduki UPSR anak anak

Hari ini mulanya
Setelah 6 tahun bersedia
Jawab baik baik ya

Mulakan dengan doa

Pong juga nak ucapkan.....Selamat menduduki UPSR

Pong pun nak ucapkan sama

Selamat menduduki UPSR

Ingat pesan mak ayah
Bye....

Pong

Monday, September 7, 2015

Buat yang terbaik yang boleh ya anak anak 2

Musim periksa dah mai dah.
Bermula dengan UPSR besok,seterusnya PMR ,,,eh dah nama lain kan PTK3.Lepas tu SPM,STPM.

Tahun ni adalah juga anak anak saudara yang menduduki peperiksaan2 ini. Anak anak cikson dah laaaaama dulu ambil ujian 2 ni.

Bagi cikson semua ujian walau ujian bulanan adalah ujian yang penting buat anak anak.Apalagi ujian besar macam UPSR.
Satu hari ada yang menegur cikson kerana tidak mau menghadirkan diri bersama ke satu majlis.
Alah ujian bulanan saja....UPSR saja .Buat apalah dok pulun .Dapat 5A pun bukan boleh jamin kerja....
Tapi tak berapa lama kemudian cikson lihat dia pun ambil berat tentang keputusan peperiksaan anak anak.
googled
Teringat cikson bagaimana cikli jadi guru ABC buat anak yang akan menduduki ujian penempatan kelas .Sampai lewat malam anak yang itu kena drill macam askar. Merambu air mata kena mengeja.Syukur dia ditempatkan dikelas kedua dari enam kelas tahun pertama itu.
Bayangkan kalau dia bermula dengan kelas paling corot .....Tentu berhempas pulas lagilah si ayah .

Coming back to having children taking big exams.....
Sedikit panduan cikson sebagai bekas ibu yang ada anak ambil exam...

Letak ketepi dulu isu isu tentang diri kita.Fokus pada anak.Beri perhatian pada anak itu.Beri motivasi.Tunjukkan yang kita bersama dia.Doakan dia.

Buatlah yang terbaik untuk anak anak.Semoga anak anak boleh berbuat terbaik yang boleh.

googled

Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2015 anak anak,

bye....