Thursday, August 6, 2015

DIY....memutihkan yg putih


Bercalar la kalau lagu tuuu....kata dia bila melihat permukaan meja solek berwarna putih ditonyoh dgn dawai besi.
Memang...nak jaga perabot warna putih memang sat cabaran.Lebih 2 lagi meja solek.Macam macam bertempek.
Di satu hujung,palitan hitam bekas eyeliner pensel aka celak.
Di satu hujung pula bekas gincu.
Debu2 juga buat warna putih menjadi kusam.
Sayang.
perabot putih,nak jaga memang letih..


Hm..kalau kain dah letak clorox.
Tapi ini permukaan kayu.Apa maunya.

Satu pagi dia mendapat ilham.Di bilik air tiub ubat gigi dia capai.
Permukaan meja dia gosok dgn tisu dapur dan ubat gigi.
Walla....keluar rupanya kekotoran dan calitan yang melekat.

Harini cikson jumpa satu Life hack.Memutihkan permukaan kayu bercat putih jamgan diguna penggosok periuk.
Ubat gigi dah cukup.
tisu dan ubat gigi 
Nah.... inilah ubat gigi yang cikson guna.
DARLIE...All Shiny 14 days whitening.



secalit sudah mencukupi
Brand lain cikson tak tahu samada berkesan atau tidaknya.
Selamat mencuba.

Harini hujan turun dgn lebatnya
Baca fb...flaperon sahih MH370 akhirnya.
Buka CNN....lain pula katanya

Tuesday, August 4, 2015

Pong Lagi...derma tau


Apa? Mamason marah Pong?

Pong tak minta,tak curi..sumpah

Mama Nina yang derma...ala tak salahkan
Apalagi .....makanlah.....hmm syedap.Orang dah bagi...hihi


Hoi Pong, awat hang ghoplah sakan ?
Depa dok bincang pasai 2.6000000000 la
Takat ikan goreng tu,tak kira dah.

Pong



What a gentle creature she is.
Caring,soft spoken that what she is

Seperti makhluk kaki dua yang ada otak dalam kepala,makhluk kaki empat yang tidak bejalan tegak juga punya karektor.Ada santun ada gangster.
Si Pong....aduhai.Santunnya dia.Kalau anak dara,mau berebut orang meminangnya.
Suaranya perlahan.Suka mengalah tapi peramah.

Dengan cikson manja sunggoh sampai cikli pun marah.
Lambat nampak cikson dimeja komputer,terus dia lompat atas meja.
Cuba bermanja...adakala buat cikson marah juga.

bila Pong menaip....
Mana senang nak berkarya kalau dia selalu menempek saja.


adik adik ...the gremlins..
Dengan adik adik anak nina dia rajin bermain.
Lambat nampak mereka dia macam guru tadika
Bekejaran dgn anak anak kecil tu paling dia suka
Leka dia menjaga kalau adik adik berada dalam kandang mereka..

beramah mesra walau tidak sebangsa
Dengan cikyam cikyam juga dia mesra
Tak boleh masuk kandang ,luar kandang pun dia bertegur sapa
Terhendap hendap dia disebalik pagar sana.
Nak masuk semua lubang dah ditutup oleh Tok Wan

Satu hari dia balik dengan kotoran dibadannya
Tentu dia pergi rumah jiran sebelah pagar
Cikson mandikan dia ,rela saja dia tanpa melawan
Walau air sejuk dijirus keseluruh badan...

Itulah antara sikap Pong...yang buat kita leka memerhatinya.

Monday, August 3, 2015

What stuff are we made of today?

Isssh ..menjawab.Sepatah aku cakap 10 patah dia jawab.Grumbled a disgruntled mother.
Hmm,aku cakap pun dia buat derk..added the father.
Apalah nak jadi budak2 la ni.
Boleh dia hang up masa aku dok tgh cakap.Jawab pun urgh urgh saja.

Si isteri biarkan si suami melepaskan isihati yang terbuku.
Itulah...kalau nak nasihat anak anak menjadi baik ,kita mesti kelihatan baik dimata anak anak.
Kalau nak nasihat anak jangan merokok,kita sendiri jangan merokok.Kalau kita pernah merokok dan dah berhenti merokok,sampaikan message apa yang salah kita telah buat.Apa rokok dah buat pada diri kita...
Kalau nak nasihat anak jangan berbelanja boros,kita sendiri harus tunjuk contoh tidak boros.Tidak dibelenggu hutang keliling pinggang.
Dan kalau kita kaki perempuan,macam mana nak ajar anak suruh setia dalam perkahwinan

Bila menjenguk ke alam pekerjaan...Bos2 dan anak buah tidak sehaluan
Penolong penolong pula tidak sejalan.
Bolehkah organisasi berjalan cemerlang
Bolehkah kejayaan seperti diharapkan....

Tengok pula suasana negara
Aduh...banyak nya yang tak kena.

Dunia lagilah caca merba..
Sebut negara mana fatamorgana
Hura hara adalah dari aman damai sejahtera.

Our lives ....our culture,our vision and our mission
Teringat pula masa dok masih dalam kerja.

Kalau ikut logik....aku mungkin bukan aku semasa aku bersara tempoh hari.
Pemalu,pendiam sejak kecil.
Konfiden diri nil,zero ,elek pocik...
Hairan pula bagaimana aku handle masaalah masaalah besar yang diamanahkan.
Aku bertanya suami......sampai hari ni masih jadi misteri

Jawabnya... itu hidden talent.Suppressed  dalam kancah kehidupan semasa membesar.
Bersuara dilabel derhaka
Bertindak dilabel menentang
Berjaya tiada penghargaan

Ibu bapa2....UPSR sebulan lagi
Berilah perhatian pada anak anak masa ini.
Problem kita tolak ketepi......
Insha Allah anak anak akan berjaya nanti.

Kita adalah kita dari apa yang kita lalui.
The stuff that we are today.....

Sebenarnya banyak keladak yang ingin ku tuliskan.But the stuff I was made of,made me put off the idea..
Salam sejahtera.Selamat bekerjaya.