Tuesday, May 12, 2015

Anak dara saya

Hai,saya nina.
Cikson aka maam saya tukar nama saya jadi ninasandaq
Katanya sbb saya suka bersandar
Maka lekatlah nama saya jadi ninasandaq sampai ke la...
Tapi bila dia panggil saya dia just holler...Nina! Sandaq entah  dah lempar ke mana.

nama saya nina...dulu saya suka bersandaq tapi la ni suka memikiaq
di mana saja saya memikir dan memikir

Saya dah banyak kali melahirkan anak.
Tapi itulah...saya pun dah lupa nama anak anak saya.
Hanya tinggal sekor saja yang bersama saya di RBL.
Si Pong tu... itulah pengarang jantung saya.
Siang malam berulit dengan saya.Ada dia ada saya.
sayang anak beranak

Tapi anak saya si Pong dah besar panjang.
Dah jadi anak dara.
Dah tak lekat rumah...eeeow ke sana eeeow ke sini.
Jangan jadi minah rempit atau minah bohsia sudahlah.

comelkan anak saya

Oh ya..lupa pula
Si Pong ni kalau nak tidoq ,suka dalam raga
Amboi..tepi sikit biaq mama rasa.
dalam raga suka bersantai

Satu lagi...kegemaran dia berkawan dgn macam2 haiwan.
Tak kira sejenis,katak,burung dan juga ayam...
Hai....ada anak dara ni bukan senang ya,
Lagi lagi comel macam anak dara saya.
.

yang tepi tu matayaq pong...ehem ehem

Monday, May 11, 2015

Hari Ibu .....ikhlaskah kita?

Yesterday,the internet was rife with children displaying their love to their mothers.Status in fb were inundated with wishes of Happy Mother's Day.And with the well to do and well heeled mums they were feasted at majestic hotels feasting scrumptious meals amidst lullabies by well known artists.

Out of the millions pictures one picture stood out
unconditional love.
Grandma Meliah might know not what Hari Ibu is.
Her only son would not know how to wish her and pamper her on that special day.
But I would like to wish her Happy Mother's Day nek...

Out there some where...my thoughts were for a frail figure who is my mom.
TT...tokton.
Selamat Hari Ibu Mak...Sayang kamu seikhlas ikhlasnya.

Saturday, May 9, 2015

Asam pedas seperiuk,sambal macamg semangkuk,hari ni awat tak kiuk....

Pagi pagi lagi cikli segak menyarungkan t-shirt warna warni yg tak pernah cikson nampak.
Lawa baju..sapa cikson.
Baju kawasan....meaning baju pertubuhan yg dia ceburi.
Ada sukan ...dan dia berlalu pergi..

Cikli walau sakit sana sini masih cergas join persatuan,jadi setiausaha,buat rondaan malam 2 buta atas nama rukun tetangga.Tak duduk diam dia ada saja aktivitinya.Cikson bebel juga sbb bukan tak suka tapi kerana kesihatannya.Kalau jadi apa apa haaaaaa...sapa nak kena.Cikson juga.
Meronda rukun tetangga tu tak ada ke yang muda muda..
Dok pi angkat kerusi meja,penaik khemah tu kuat ke tenaga..

Ehhh..melalut pula cikson pagi Sabtu ni macam tak ada kerja.

Semalam..ie kelmarin cikson masak asam pedas seperiuk.Ikan kerisi bersama kecang bendi.Siap masak semangkuk ke rumah mertua cikson beri.Buat tambah hidangan dimeja .
Selain itu...semangkuk sambal macang cikson tumbuk.
Pekena dengan nasi panas .....berpinggan kuah dihirup.

Hari ni terasa nak kiuk...
Nafas rasa semput.
Mak mertua dah bagitau..sambal macang jangan dimakan .
Boleh semput pernafasan.
Betul...tak salah dia punya telahan.
Hari ini cikson rasa nak buat kerja rumah pun jadi perlahan
Kerana nafas macam tersekat sekat...akibat sambal macang.

Hah...ada sebiji lagi
Baunya semerbak mewangi segenap negeri.
Dilaman jiran buah2 bergayutan...macam memerli.
Makan lah...makanlah kami lagi...hihihihi.

Kata mereka...kata saya.Jaga attitude kita.


facebook 
Kata mereka :
Masa menentukan siapa yang kamu temui dalam hidup ini
Hati kamu menentukan siapa yang kamu mahu bersama dalam hidup kamu
Tetapi. ATTITUDE kamu menentukan siapa yang tinggal dalam hidup kamu.


Kata saya:
Betul semua yang mereka kata tapi jangan lupa TAKDIR juga jadi penentunya.

facebook

Kata mereka: .......baca dan fahami sendiri ya.

Kata saya:Mintalah maaf sejuta kali pun tapi kalau masih begitu juga  atitud kamu,semua kata kamu adalah sia sia.



Kata mereka: Sikap buruk umpama kereta pancit tayar.Bolehkah kamu kemana mana dengan kereta itu?
Kata saya: Jaga atitude dimana saja kita berada.Dengan siapa kita berada.Attitude yang buruk tak akan membawa kita ke mana mana.Jadi kenangan pahit pada mereka yang terkena.

Teringat masa masih bekerja....
Banyak kenangan suka duka atas attitude mereka yang teribat sama.

Eh...attitude apa sebenarnya ya...
Sikap...itulah jawapannya.
Sikap yang baik,baiklah hasilnya kerja
Sikap yang sebaliknya....sampai masa ,dapatlah jawapannya.