Tuesday, April 21, 2015

Makcik berleter lagi

pong,getout of the basket will you?

see,what you have done!

my livingroom sebelum diharu biru

tumpang sekaki ya cik

hey ...turun,turun!

oooooi ,atas katil mana boleh dok main.Get down!

Dah tak ada anak 2 kaki dua tentu cikson tak berleter lagi.
Salah tu!
Dengan anak2 kaki empat pula cikson tak tutup mulut mengajar,meleteri,memarahi.Kadang kadang start dari pagi lagi.
Haha....
Buka saja pintu,menderu mereka berlari.Habis dilanggar sofa dan meja,serta kerusi.Eh..tak sakit ka?

Meminta makan kerja mereka.Kalau tak dilayan mulalah buat aksi2 manja.Si pong menghempas dirinya atas kaki kita.Guling gantang sambil kuis kuis jari kaki.Mulutnya berbunyi antara dengar dan tidak..
Nyet...nyet...nyet...
Haii...bingitlah pong.Boleh tak diam sikit.Baru saja mama bagu makan.Lapar lagi?

Perut kenyang,masa mereka tidur terbongkang....Kaki ke atas menungkat awan.Dua dua beranak bergelimpangan.
Zzzzzzzzzz,zzzzzzzzzz,krooooh.
Eh nina cuba jangan mengeroh.Kuat sunggoh bunyi dia melawan guroh.

Puas tidur masa bermain.Dua beranak saja tak seronok kata mereka.Apa kata jemput Cik main bersama.Tapi ibu dia si Luna tak payahlah ajak sama.
Maka habislah tunggang langgang segala hiasan rumah cikson.
Nina,jangan panjat tingkap!
Pong,jatuh habis bunga dalam raga!
Hey...jangan main atas katil!
Cukup! Jangan cakar sofa..jahanam sapa nak ganti?

Hmm...nakal nakal mereka ,aksi merekalah saja jadi penghibur hati.Kalau tidak sunyi sepilah dunia kami 2 laki bini..Kadang kadang macam bisu semulajadi.









Sunday, April 19, 2015

Ugly sides of us..

These articles were written way way back.Many years back.Ringan tangan nak reproduce balik with new touches here and there..

1..Salah pakai
Never ever forget those haunting lines:Cerita berlaku masa jadi cikgu dulu dulu.
Eh kakak tengok dok tergantung kat bazar.BAZAAR! The emphasis was on the Bazaar. Ya la tu.Bukan boutique tau.
Macam apa. The dress in question was worn to work one day. Maka datanglah makcik kepoh berdua ni. Tengok kita atas bawah dan kemudian terkeluarlah kata kata dewa itu.
Ya lah bila beli kat bazar tu mestilah di ucapkan dengan nada yang tersendiri kan.
Tak tahulah kot adegan2 ini dah tak relevan dgn zaman la ni..
Dalam staf room ka kantin ka mestilah ada yang nak sinting lengan tunjuk mas berbungkal baru beli. Atau selak tudung tunjuk berapa berat  dan merelit rantai baru.
But the big yellow flower dress was worn by this mak cik before. Where to ? Anugerah Cemerlang Perkhidmatan.Naik pentas lagi terima hadiah dari MB .Wow. Bazar pun bazar lah.
Ambik kau bila pi Istana hari tu melaram dengan RM600 dress.Pin Collection wey.Ha ha. Tapi sapa pun tak tegur.Sedih.Duit baju tu boleh claim balik .Tapi kan sapa pun tak tegur baju kita ..
It goes to say that kalau kita marhaen pakai branded pun org tak perasan...Kalau pakai gucci pun org ingat gucci padang hehe...
Cuba simpan sikit bila nak komen pakaian orang ya .

2.Salah tempat
I always have this to ponder:
Do we know what is the purpose of these been built?
Pavements and walkways
Go to any housing areas.What sight do you see? You wouldnt miss seeing rows and rows of pots and plants spilling even into the pavements and walkways.
The intention is right but the place is questionable.
Come on la. Dont we know that pavements and walkways in housing areas or anywhere  that matters are for walking? Yes for safe walking!
Kesian bebudak. Bila petang nampaklah depa dok kayuh basikal tengah jalan. Berlumba dengan kereta dan motosikal.Pasai apa?
Because we do not know that pavements and walkways are for walking! And for children ! Sigh.


3.Salah masa
Correct me if I am wrong. Over  701. Oprah was discussing a matter that shouldnt be taken lightly by us Malaysians too.This is a very similar case which looms in everyone of us…..ugly malaysian culture.
The case that matter :
Texting/Messaging/Phoning while driving. La ni selfie pula.
Didnt we know that its 4 times dangerous than drunk driving?
Now and again we could see drivers texting/calling behind the wheels.It just takes a spilt second for accidents to happen if the concentration of the person driving the wheels wanders.Do the culprits realise that?
No wonder accidents in Malaysia is one of the worst in the world.Because we ugly Malaysians do not care a hoot!!.
Benci betul lah tengok orang dok driving tapi mata dok tang lain.Phew.

Wah...cikson berleterlah hari ni!

Saturday, April 18, 2015

Just sharing...Kata mereka...kata saya

kata steve
 Kata saya
Kalau benih baik disemai,dijaga dan dibaja
Buah yang dipetik akan baik juga...
Tak percaya...suka hati anda...


kata mereka
 Kata saya
cerita kita hidup kita,mungkin mereka tak memahami.Kerana kaki kita yang tersadung,bahu kita yang menanggung.

kata mereka
Kata saya...
Hmm mereka sibuk sangat dok kira budget yang lari kena GST.

Betul tak kawan2.

Friday, April 17, 2015

Bil letrik GST....

Sekeping kertas yang biasa.Tiap tiap bulan mesti terima.Dan bila cikson tengok angka angka,rasa nak terbeliak biji mata.
Semenjak tinggal di RBL beberapa bulan sebelum 2014 berakhir ,bulan inilah angka yang tertera paling tinggi.Mula mula masuk rumah,dengan hanya basic necessities...harga yang perlu dibayar amat menyenangkan hati.Rasanya dalam 20 ringgit.dan dari bulan ke bulan keperluan warga RBL meningkat lagi.
Air perlu dipam kalau tidak alamat tak mandi .
Hood dapur selalu diguna kalau tidak bau macam2lah segala ruang.
Dan yang terbeban...aircon atau penghawa dingin.Walau hanya 1.5 ,tenaga yg diguna hoooi bukan main lagi.Tak guna,rasa panas tak tertahan.Rumah menerima sinaran matahari dari awal pagi hingga petang hari.Cikson masih boleh tahan tapi cikli sebaliknya.Pagi lagi dia dah rasa panasnya.Dan bila panas,badannya tak boleh terima...tergaru sini tergaru sana..

bln lepas.. ....209 ringgit
bln GST.......249.45 ringgit

Bila belek bil...bukan GST saja yang ada tapi ada KWTBB  ..entah apalah kwtbb ni..
Nampaknya dah ada kegemaran baru cikson sekarang ni...membelek bil...
Dan terimbau kenangan semasa kecil2 dulu dan sekali sekala sekarang ni...belek penerangan atau tulisan dibotol atau bungkusan barang barang sebelum dilupus.Belek tulisan atau rencana pembungkus nasi lemak sambil makan.

Itu dulu sekarang beralih ke bil2 utk tengok GST..
Beli barang di pasaraya belek bil cari GST
Bayar bil di cafe dan restaurant belek juga...kot2 ada GST...
Keluar duit di bank pun belek resit tgk GST.

GST GST.....government says thank...kata anak murid sjkc .