Thursday, April 2, 2015

Kalau berkalau....


majlis kahwin marhaen biasa biasa




bunga tangan rakyat biasa


Kalaulah harga bunga bunga yang seciut ini pun dah menyesak jiwa dan mengosongkan beberapa digit dari wang yang diterima.agaknya berapalah didigit kosong kalau  yang ditempahnya berlori lori.

Kalau lah...
Duit tak jadi masaalah...

Pelusuk dunia di jelajah
Fine dining dihotel 7 bintang di Burj Arab tentu indah
Menggayakan beg mewah
Kain nilai 3 tak lagi diendah...

Tapi syukur setakat yang ada
Malaysia masih aman dari dunia diluar sana...
Masih bebas kita ke mana mana.

Hari ni cikson masak gulai kepala ikan.Mai makan!



DIY...menukar paip sinki tak perlu panggil plumber.Buat je sendiri.Tak kena GST!

2 hari lepas ie Tuesday morning ciklicikson jadi mcquiver.Bila dua orang tua yang satu pernah patah tangan dan yang satu lagi sakit sakit tentulah kerja mudah jadi payah.Seorang terketar ketar dan seorang teraba raba.Mau pula sinki ini paipnya bersambung dibawah sinki.Kalau berada di eye level dan sambung terus ke dinding rasanya taklah rumit.Mudah sedikit rasanya.

Lihatlah ganasnya pengguna paip sinki ini sampai boleh patah ....

paip yg patah...senang karat punya 

Cikson cuba baiki sendiri tapi tak berhasil sbb belum katam bab plumbing dan paip mengepaip semua.So terpaksa lah minta cikli buat juga dan ciikson jadi assistant.

peralatan baik pulih....nak sambung tanggalkan screw besar putih dan lilit tape
bahagian hujung dibawah.


Nak tukar kepala paip ni,kerja kena dibuat dibawah sinki.
Tutup paip dahulu.Paip penutup ada bawah sinki .
Tanggalkan screw yg menyambung rod ke paip air.
Tanggalkan screw yang dihujung satu lagi.


dari bawah sinki...nak keluarkan nut warna gold tu yg susah..Ketat dan
susah nak sampai.

paip yg perlu ditutup sebelum operasi menukar
Tanggalkan screw plastik dan washer .
Cabut bahagian atas paip melengkong yg jahanam.

So sekarang boleh mula dgn menyambung semula kepala,paip yang baru.
Lilitkan hujung paip dgn tape.Mana2 sambungan elok di lilit pita supaya tidak berlaku ketirisan.
Pasang washer pada atas lubang sinki.Masukkan kepala paip kedalam lubang dan screw balik dibahagian bawah.Mula dgn letak washer,plastik screw dan screw tembaga.Sambung paip penyambung dengan paip .

SIAP!

See dalam sehari cikson belajar menanggal dan memasang semula kepla paip jenis melengkung.Sempat lagi belajar bab screw,plier,wrench dan washer....siap google lagi.

Belanja:  kepala paip baru RM 20.00
               tape paip dan sepana/wrench  40.00 ...boleh guna lain kali.
               upah....teh ais sebungkus  ikat hujung
               GST..0

Hasilnya.....

seakan ini...googled
Kalau boleh nak yang macam ini
chrome tahan karat dan moden...

Footnote: Cikson ada upkan satu lagi posting berkaitan DIY menukar paip sinki.
Boleh baca kat
                         Menukar paip sinki...2

Alat yang boleh meringankan kerja menukar paip tu macam gambar dibawah ini:




Updated on 14.6.2020

Wednesday, April 1, 2015

Bila mop belum lagi dibeli

Bila mop belum lagi dibeli
Kerja kerja lain pun habis diberesi

Aku ke sana ke mari
Walau diatas kerusi
Dalam rumah mengdap lappy

Last last bosan menguasai diri
Ini yang ku buat utk menghibur hati....

Tukar Thru Ups N Downs ikut suka jari

Inilah antaranya....jangan tak percaya.

berbelit lidah menyebutnya

ehhh yang mana mula 

bahasa Bollywood pula

Kemudian jadi China

Juga ahlan wa sahlan 

bila yang berbahasa Inggeris di melayukan....

Kesian mereka yang baca melalui Google translate....

Sejuk dan panas hanya rasa dihati

mencurah

membasah

membasuh

menyimbah
Semalam panas yang berlarutan
Sejak berbulan
Disejukkan sebentar hujan yang datang

Dia
Mencurah
Membasuh
Menyegar
Menyimbah

Panas dibadan
Panas dihati

Tapi pagi ini bila aku bangun pagi
Hati yang sejuk semalam
Jadi panas
kerana

.
,
.
.
.


I MDB
GST
Jet baru Perdana Menteri
Mangsa banjir Kelantan masih dalam khemah lagi
Harga rumah mampus gila tinggi
dan lain lain buat aku darah tinggi

lebih lebih lagi......

MOP tak beli lagi!!!