Tuesday, March 31, 2015

Senang jadi depa....apa apa digeleng saja

Was it yesterday or the day before we heard the news of his demise.One of the twins.The elder brother and both were OKU.And yet they have another sister who is OKu too.Poor them
I knew them when they were still young as they were once MIL's neighbour.The brothers were under the care of their sister and brother in law.

And why were they called wiper?
Dua beradik ni bila bercakap akan menggeleng kepala kekiri kekanan.Hence the nickname.Tapi mereka ringan tulang semasa muda.Di majlis kahwin adalah mereka menolong tuan rumah jadi pencuci pinggan.Juga ada juga penduduk mengupah mereka mencabut rumput dihalaman rumah utk upah seringgit dua.Duit yang di perolehi akan diserah kepada kakak utk makan dan minum mereka.Dan semasa membuat kerja mereka berseloroh antara mereka.Entah apa yang mereka guraukan..

Masa berlalu...cikson tua dan begitu juga mereka.Tak lama dulu masa berurusan di CIMB Kangar makcik terjumpa mereka.
Mai singgit...kata seorang antara mereka.
Duit tak dak..cikson berseloroh.
Lepas berurusan di ATM ,cikson keluar.
Nah sorang singgit...cikson hulurkan 3 ringgit utk mereka bertiga.Ada lagi seorang dari mereka yg cikson tak berapa kenali.Duit disambut dengan wajah girang dan si penerima mengagihkan duit sesama mereka.Riuh rendah mereka ketawa.

Pagi tadi cikli bertembung dengan si adik.
Abang dah mati... kata dia sambil menggeleng kepala seperti biasa.
Dia sakit dalam perut.
Depa baca bismillah...dia menyambung.Lepas tu depa baca apa tak tau sambil menggayakan orang sedang mengaji.

Kesian mereka.Tak mengerti apa apa.Semua di ucap diiring geleng kepala.Senangkan jadi depa.Mailah GST ke,minyak naik harga ka,KITA LAWAN ke....semua serupa utk mereka.

Lepas balik dari hospital melawat MIL kami singgah ke Guardian .Banyak rak kosong dari berisi.Harga Best Buy dah dikosongkan.Beli itu ini 65.00
Masuk pula Watson...ada Sale 30,20% potongan harga.Tapi utk esok.
Singgah makan....30.00 utk berdua.

Yang sebenarnya hajat hanya nak beli mop lantai...Mop lantai tak berbeli juga....esok dah kena GST.

Jumpa anak anak saya?

Mama , see my children?
Begitulah agaknya soalan yang berada di fikiran Nina bila dia memandang tepat ke wajah mama.Tak berkelip mata.Termenung memanjang setiap hari  dan hilang ceria di muka.
termenung saja.

Been missing them for days.Dah berhari nina cari.Bu ,Tam,little pong pun entah kat mana.Only Pong the pang saja yang tinggal.Mungkin itulah kata dia kalau dapat mama mengintepretasinya.
mana mereka?
Selalunya becok mulutnya merengek sepotong dua ikan.Masuk ke rumah bingit suarana mengiau.Dan bila mamason beri apa yang diminta,dia tidak menjamahnya.Terus ikan itu digonggongnya dan dibawa ke laman depan.Satu hari mungkin dia penat.Ikan di mulut diletak ditanah dan dikambusnya seperti mengambus najis.Lepas itu dia ke depan memcari anaknya.Dapat mama rasa kecewa nya dia bila hasil usahanya dirampas kecik.

Selalu bila mama tanya...where's babies.Mana babies.Dia mengeow lembut ....purrrrr.
Matanya terkebil kebil macam mengingatkan dimana anaknya.

Sejak di RBL,sudah 2 kali nina bersalin.Brood pertama termasuk siPong,Tam dan Bu.Tam meninggal masa kecil dan Bu hanya demam sehari dua semasa telah besar.Pong jadi mangsa tayar cikli sebanyak 2 kali hingga dia phobia bila dengar enjin kereta cikli.
Well a cat has nine lives is apt enough for Pong.Janganlah dia pun tiada kerana mama dah jatuh sayang sama dia.

Anak batch ke dua ada 4.Tapi semuanya dah meninggal.2 ada kesannya dan ditanam tapi yang hairan 2 hilang tanpa dikesan.Tiada bangkai dimana mana.Hairan juga kami .

Sekarang nina banyak termenung.Hanya Pong jadi tempat dia bermanja.Lihat mesra 2 beranak itu buat hati tua ini tersentuh.Ke mana saja mereka berdua,Kadang kadang dua beranak itu bekejaran segenap rumah macamlah pong itu masih kanak kanak.Badan pong dimandikan setiap kali pong merebahkan badan dia.Dijilatnya anaknya macam sipong masih bayi.
dgn pong saja dia bermesra

bermanja
dan pong tak lekang dari sisi ibunya
Sekarang tiada lagi aksi anak anak nina dan nina bersantai di laman belakang setiap pagi.Si Kecik pun macam membawa diri.Tiada lagi bunyi loceng kceng kceng kceng pagi pagi.Yang tinggal hanyalah si Luna yang cuba menumpang manja.Tapi sinina cemburu buta.Kalau tak bergaduh bukan nina namanya.
dulu disini tempat mereka bercanda

jiran sebelah pun tumpang sama
Sekarang nina macam hilang dalam dirinya.Dia mengingatkan mama akan seseorang yang mama rindu.Harap dia baik baik selalu.
Kesian nina....setiap kali memandang muka mama macam dia bertanya:
Mama,jumpa anak saya?

Mamason

Monday, March 30, 2015

Happy bday big little girl.

 Gambar gambar nostalgia ......









She's the youngest of my brood.The fourth .The big little girl has her bday today.Mama has only this to say:
HAPPY BIRTHDAY .May Allah bestow you with all good tidings in your life.


Even though she's now a big girl,she's still my little girl.Rasa nak peluk saja erat erat dan tarik tarik hidung dia.Dulu dulu dia suka sangat simpul rambut mak dia dijari dia...





dah besar rupanya dia. 

bila melihat mereka berlalu,terimbau kenangan itu....

Setiap kali terlihat mereka melintas dihadapan rumah,tidak boleh tidak hati tercuit juga.Lihat anak anak yang nampak carefree ,bergurau senda sambil mengatur langkah hati terasa dibawa menjenguk sejarah hidup semasa seusia mereka.Mereka yang berpakaian seragam putih dan kain sarung biru selalu cikson nampak ketika awal pagi dan lewat petang.Di awal pagi derap langkah laju menderu...mungkin masa suntuk sebelum dicekup pengawas kerana lewat.Masa baliknya nampak mereka berjalan santai sambil melawak sesama mereka.Senda gurau mereka nampak bersahaja....

Berpuluh tahun dahulu ...

Seawal subuh,susuk tubuh anak gadis kurus keding sudah mandi ditelaga yang airnya....ais sejuknya.Timba di labuh kedalam telaga yang 4,5 meter dalamnya.Susah payah dia menaikkan timba berisi air dari telaga yang kalau musim kering,tinggal sisa sisa air sahaja.Adakala dia bergaduh dengan kakaknya berebut timba ...dan antara mereka bergaduh jadi rutin harian.
Selepas bersiap dalam balam balam pagi dia kena mengatur langkah.Bermula dari rumah kayu bertiang  langkahnya terpaksa menyelusuri rumah rumah kaum China.Bermula dengan rumah china tepi deretan tandas ,melepasi China kerang,china ko tiau,china tauke kedai runcit.Selepas itu dia terpaksa merentasi jalan kampung disepanjang kebun sayur jiran jiran Chinanya.Ada masa dia bertembung dengan apek yang mengandar sisa kumbahan ternakan atau isi rumah utk dijadikan baja. Baunya ....harum mewangi semerbak menusuk hidung.

Langkahnya disambung menaiki 'gon' melepasi panggung wayang,gereja,tokong China ke stesen bas Kulim.Menunggu bas dengan kawan kawan .Malah berebut bas dengan mereka.Siapa kuat dia dapat.Adakala dia terlepas bas dan bersama kawan menapak berkilometre ke sekolah.Sampai disekolah tentulah cikgu marah....
Semasa balik...bas kena tunggu didepan sekolah atau berjalan sekilometer ke Kilang Lama supaya peluang naik bas lebih baik...

Tiada kenderaan ibubapa datang menjemput.Kalau panas panaslah.Kalau hujan basahlah....
Tapi zaman itu ,memang macam itu.Namun tiada lah sangat ibubapa risau sbb orang jahat tak ramai sangat macam sekarang.

Kesusahan yang aku lalui dulu buat aku kuat menempuhi susah hidup masa berumahtangga,bekerjaya dan mungkin juga masa tua....Aku jadi orang yang tak suka bermanja,tak suka berminta minta.Susah payah tak suka dijaja.Hingga ada yang ingat jalan hidup aku penuh suka....

Anak anak yang berjalan kaki ke sekolah...usah gaduh usah resah
Hidup bermula dengan melangkah .Belajar rajin2.Insha Allah kejayaan akan kamu raih akan datang.Langkah kamu ke sekolah telah dilalui oleh seorang makcik yang tinggal dirumah kelabu yang kamu lintasi...