Thursday, March 12, 2015

DIY...jom menggulai cara mamak

Hari tu cikson pi berjalan.Tapi bukan kaki yang melangkah.
Disudut RBL cikson jelajah blog .Terjah sana sini.Eventually sampai ke satu blog ini::
http://spicesjourney.blogspot.com
Dalam banyak banyak resepi makcik terbekenan dengan cara tuanrumah menggulai.Dan hari tu cikli kebetulan membeli kepala ikan.Jadi cikson pun apalagi....pakai apron,terus menggulai.
Kelaianan menggulai hari tu adalah caranya dan ramuannya.
Antara ramuan yang tak pernah cikson guna ialah beras sangai.Beras sangai ya bukan sungai
Tgh hari tu kami berlaukkan kari kepla ikan berberas sangai cara ala ala mamak.
Cikli makan tak berkata.Siap hirup kuah lagi sambil berkata:
Aiih awat gulai ni lain ?
Kenapa? Cikson tanya kembali.
Hmmm,saya bagi lima bintang!
Petang tu se mangkuk gulai ikan cikson hantar ke rumah mertua.
Besoknya adik ipar beritahu
Mak kata gulai kak sedap.Well..my MIL cukup susah nak puji masakan orang.Sbb gulai dia mmg best dan terangkat.My mum's gulai dan kedai makan dkt traffic lights dekat Tesco Alor Setar pun sedap.Betoi ni.Tak caya tanya cikli.

Jadi kalau ada sesiapa dok cari resepi cara membuat gulai terangkat,cubalah resepi di blog itu.Tak menyesal punya .Resepinya .........di sini


Dan banyak lagi resepi lain yang cikson rasa nak cuba dari situ.
gambar hiasan....eh lupa pula nak snap gambar.

DIY...marshmallow candy buffet jom buat sendiri .


Masa kenduri dulu,antara yg jadi pilihan anak anak di meja candy adalah marshmallow.Ada yang berulang alik nak dapatkannya.
Marshmallow tu dibeli cikten.
Baru2 ni cikson terjumpa bagaimana nak buat sendiri.Mana tahu kot2 ada anak anak menakan atau kawan rakan nak kenduri.Boleh buat sendiri.Tentu tak rugi

nampak macam play dough
warna biar ceria
bila siap inilah jadi

Kalau nak tahu cara nak buat silalah ke website ini:
http://cutediyprojects.com/food-and-drinks/simple-marshmallow-fondant-recipe-anyone-can-use/

Oh ya masa kenduri tu cikson guna lidi utk cucuk marshmallow.Siap bereben lagi

lidi siap bereben

jadi pilihan anak anak kecil

Wednesday, March 11, 2015

WW....kerana sayang

bukan utk hiasan
Petang petang ni cuba teka
Sayang pada apa atau siapa .... mari cergaskan minda.

pengganti Chong Wei mai dah.

hari ni kita main ni pula 

aku serve dulu

smash !

tangkap!

laaa off side ni.......jatuh longkang pula
Eh sapa menang ha?