Thursday, February 26, 2015

DIY...andai ku lalu jln itu lagi

Tahun lepas ,semasa majlis walimatulurus anak ,cikson tak langsung mengambil gambar seperti biasa.Selalunya apa2 majlis,cikson tak lekang dari Nikon coolpix nya.Sampai cucu menakan pun dok tanya..tok ngah tu buat apa ya tangkap gambar selalu?
Tapi kali ini dalam majlis yg dibuat dirumah sendiri ,nikon tak nampak rupa.Gambar tak diambil langsung.Mungkin terlalu sibuk atau overly worried.So banyak perkara yg cikson buat tak didokumentasikan....
Jadi bila cikten dpt photo dari photographer ,baru cikson dapat lihat kembali DIY yg dilakukan.
Bukan apa,nanti kalau nak buat balik ada lah panduannya.Adalah pegangannya.

1. Catatan panduan...
Buku ni cikson buat utk mencatatkan butiran aliran kerja dari kewangan,list nama tetamu,vendor dsbnya.Taklah detail tapi adalah sikit sikit supaya nanti2 tak payah lagi mencari.Mencari vendor pun bukan kerja enteng tau.,,silap vendor letih.
Mencatat ke mana duit pergi pun ada kebaikkannya.Taklah tertanya tanya.Duit aku pi mana?

disini catatan yg tak seperti

buat panduan diri


senang nak cari nanti

selepas guna tampal kat sini ya

senangkan bila semua ada..


2. Hantaran
Barang barang hantaran cikten beli ikut kehendak mereka sendiri,sudah tentu.Tapi gubahan ciklin yg
menggayakan dibantu ibu...Bunga hidup dari ibukota jadi penghiasnya.Kotak putih pun dari jalan TAR.Susah tau nak dapat .Alas dulang ciklin jahit sendiri..



hantaran yg simple mimple


3. Hiasan rumah / mkn minum akad nikah.
Pelamin akad ditempah.Simple tapi meriah.Khemah sebuah ditengah laman.Lantern warna warni bergantungan...rasa mcm CNY atau pun dlm kayangan...hehe.
Mee udang,puding,kuih kuih hasiltangan maklang.Tapi ada lagi disponsor dan ditempah.
kerahan tenaga...anak menakan membantu.sayang kamu
4.Candy buffet.
Makciklah beria nak adakan .Pergi romantica AS terbelilah barang barang lebih lebih lagi bila ada harga potongan.Ada frame gambar,ada tempat kek ,ada timba warna warni.Atas meja ,letak manisan ...jadi..
Lihatlah candy buffet hasil kerastangan makcik anak beranak...ciklin semestinya.


its love that made it

jellylo


lidi utk marshmallow...buat sendiri riben2 itu.Cara2nya nati cikson beritau.


candy booth 

5.Meja buku visitor ...
Hias serba sikit kerana tak cukup masa...
buku tetamu
dgn kasih sayang mereka menulis


catatan  manis  kenangan dibuat

Itulah serba sdikit yg cikson DIY bersama keluarga...simple simple saja...

Wednesday, February 25, 2015

WW...mai minum petang


bubur masak sendiri


Panas petang2 ni terhapus agaknya kalau dapat semangkuk bubur

Jom masuk dapur.

Cara cikson

1.Basuh pulut hitam.Masak hingga kembang.

pulut hitam  suku periuk
2.Masukkan santan kotak,garam,
santan kelapa
3.Masukkan gula.Agak agaklah jangan sampai maneh melecaih.SIAP! Senangkan.Usah ditanya daun pandan kat mana.
4.Cikson suka sejukkan dalam petiais.
5.Bila nak makan titiskan air gula merah dan juga susu cayaq.Perrrrgh.
susu
gula
sila sila.

WW...masam boleh jadi manis

"Otaheite gooseberry" by Abhishek Jacob
Masam bedengung
Not palatable
Singkei gigi.......

Wait!

Lesung batu,garam,gula,cili padi,asam boi atau asam PB,peti ais.....SIAP!

Tuesday, February 24, 2015

Those darn cats.....jom pindah anak anak.

Laman depan RBL jadi panas comes afternoon.Bila matahari terbit pagi dinding dan laman tepi rumah pun panas.
So mana yang tak panas?
Ha tu dalam rumah.Cikson start 11 pagi dah on aircon.Adakala sampai pukul 4 baru dia off.Temperature 20 C.Tentu nyaman.
Nina scouted the openings and came across one open window.Whew...chance ni.
So nina gonggong anak dan panjat dinding.Bolos dalam rumah dan letak sikecil atas lantai.
Duduk sini diam diam tau...sssh...nina pesan pada anak
Tingkap nina panjat sekali lagi utk ambil anak yang lain.Nina gonggong dia hoyong hayang dari laman depan ke laman belakang.
Tiba tiba...
Hei nina bawak balik anak keluar.Tempek pakli.
Keluar!.....amboi cengenya.Tak bagi chance nina nak rasa air con.
Pakli bangun dan ambil anak anak bawa keluar.
Nina pun dia marah .Dia arah nina keluar dan he shut the door in front of my face.Berlagak.

Hai mana la tempat yang nyaman panas panas ni...Si Pong pun tak nampak rupa.Tghhari tadi masa cikson beri makan dia cikson nampak keluar dari bawah papan tepi pagar.

Anak jom kita pindah situ.
Nina gonggong sibongsu dulu.Amboi budak ni dah berat benau.Menjerit dia tak mau digonggong.Bila nina letak dia atas tanah,susup sasap dia lari kebawah lori.

Rindu nina kat no.7.Kat sana lebih nyaman.

mamason dah tangkap gambar guna samsung cikten...tapi bila nak upload gambar tak ada extension la pula.

nina yg tak sempat bersandaq