Monday, January 12, 2015

Selamat Mengajar Cikgu cikgu....

Selamat Mengajar Cikgu Cikgu....Itu patut jadi sepanduk direntang dimuka pintu sekolah.Selalu kita lihat sepanduk buat anak anak murid saja yang terpampang.Selamat Kembali Ke sekolah,Selamat Menduduki UPSR dan bermacam selamat yang lain.
Pernahkah terbaca /terlihat sepanduk yang ditujukan kpd guru guru...dont think there's ever one in M'sia.
Tentu ada yg kata....alahai cikgu dah dibayar buat apa nak rai rai lagi.
Nevertheless....adakala guru juga perlu motivasi utk mulakan tugas mencabar mendidik anak anak kita yang seribu satu perangai itu. Lebih lebih lagi dalam masa yg mencabar ini.
Being a teacher who once upon a time was a small teacher,I believe a good adminstrator of a school  atau GB adalah orang yang exudes aura kasih sayang.Tegas dan ada visi dan misi.Bukan seorang yang mesti ikut cara aku.Sentiasa mencungkil bakat bakat cikgu dan menghargainya.Tidak ada gang atau clique.
Nak tahu dalam ramai ramai GB yang cikson berkhidmat,cikson jumpa ramai yang berkarisma hebat.Ada yang luaran nampak bengis dan garang tetapi merekalah yang membimbing cikson .Sentiasa nampak apa kelaianan yg kita lakukan.
Good.Love it.Well done sudah cukup buat kita rasa dihargai.
Semasa cikgu buat pemantauan carilah kelaianan /kebaikan guru.Usah hanya ditumpu pada kekurangan.
Jangan takut.Kalau perlu tegur .Tegur.Lebih lebih sekarang ada guru yang DG lebih tinggi dari GB.DG hanya tanggagaji tapi GB adalah ketua ....so sapa lebih hebat disekolah itu.Tapi nak tegur biarlah bertempat.Teguran juga ada format bukan ikut emosi.Silap silap melayang kerusi.

Harini 12/1/2015.Hari pertama sesi persekolahan buat negeri Perlis.Cikson nak ucapkan selamat mengajar buat semua guru.Juga anakanda di KL sana.Jadilah guru yang berdedikasi .
                 
Selamat Mengajar Cikgu.
Har



Sunday, January 11, 2015

Terkesan

Terkesan tengok berita on tv tadi.Anak anak Kelantan memulakan hari pertama sesi persekolahan 2015. Jauh bezanya dari tahun tahun sebelumnya. Ada anak kesekolah dengan pakai baju harian. Kasut pula hanyalah slipper biasa. Jalan ke sekolah pula masih bersalut lumpur.Aduh ....harapan agar semua kemelut ini  berlalu segera.

Terkesan membaca kisah wira yg hanya punya satu kaki.Namun dia lebih kuat dari kita yg cukup dan sempurna.Raja Shamri made me look at OKU in a different light.You are one in a million.

Terkesan baca beriita ttg PM tak cukup tidur kerana bising moto mat rempit.Semalam cikson terbangun jam 3 bila ngauman kereta lalu lalang tak reda reda.
Terkesan juga PM juga mangsa banjir....e-coli punya angkara

Terkesan baca cerita Alyah...buat aku terkenang cerita kawan masa aku muda remaja.

Rupanya kita sama saja.Anak anak sekolah,PM ,orang kurang upaya .Punya hidup perlu dilalui.What makes us different is our attitude.......sabar dan tak bersungut.

Besok aku tak mau lagi tengok berita .Biar CNN,BBC atau TV tiga.
Sbb kesan kesan berita  itu buat aku jadi lara.



Kenangan bertamu.

Ahad sudah.Harini hari mula anak anak kembali ke sekolah utk Kedah,Kelantan,Trengganu dan Johor.Negeri cikson duduk ni besoknya.

Well nothing much to write for a pensioner...except to reminisce susah senang membesarkan anak anak zaman mereka bersekolah dulu.All the 4 of them And also to recall the time I was in school myself.All the four of us.

Masa zaman cikson sekolah ,tak ada BRIM Bram Brom semua.Hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan esok hari....
Tentang persiapan baju sekolah tak termimpilah nak serba baru .No no no.Dah dapat pergi sekolah pun seribu rahmat masa tu.So bermulalah tahun baru dengan serba serbi recycle. Sekali seperistiwa saja dapat yg baru.Dulu tak ada buku teks percuma .Jadi masa akhir tahun kita siap rikee buku teks senior .Adakala buku masih elok tapi selalunya dapat buku dah3,4 generation.
Memakai uniform lusuh,guna buku teks relai,bawa beg sekolah cap ayam tak jadi hal sbb zaman tu kebanyakan macam kita.Yang lebih pun mungkin anak polis atau kerani.
So just you imagine bagaimana tt dan ba cikson berhempas pulas cari duit,hutang sana sini nak sekolahkan kami.Adik beradik pun malu nak mengaku saudara.Ingat ingat lupa cikson akan satu keluarga yang bila tengok kami pun macam kenal tak kenal.Takut ba tadah tangan minta pinjam.Sedih.Itulah yg buat cikson beringat.Bab duit ringgit kena jimat cermat.Alhamdulilah semua persekolahan anak anak cikson diuruskan dengan gaji cikson yang ciput sementelah cikli ppula kewangan tersangkut sangkut.....business sendiri adakala masyuk adakala gigit jari.
Cikson ketepikan keinginan nak bercorel,berpyrex ,bergelang masa anak anak tgh belajar.Dan sampai la ni keinginan semua tu tak datang kembali.

Well maybe ada yg angkat kening baca entri ini...
Bukan nak angkat diri ....tapi buat anak anak cikson sendiri.Bila mama tak ada lagi bacalah dan buat pedoman sendiri.

Banyak sebenarnya kemahuan diri.Contoh belajar lagi.Bukan tak ada keinginan.Tapi masa tu belum ada Open U.Belum ada program itu ini.Dan kepentingan anak anak mengatasi segala keinginan diri.Terfikir cukupkah duit buat anak anak nanti.Terbela or terbelahkah mereka andai mama pergi.Macam mana mereka nak mengaji.Takut mak lulus sampai kelangit anak anak tak menjadi.Last last buat satu resolusi....anak anak lebih memerlukan pelaijaran tinggi.Dan kemajuan anak anak jadi fokus utama kami.
Adakala dalam rumahtangga badai dan taufan datang menjenguk.Tapi bila ingat anak anak,cikson tak jadi mengamuk.Kalau aku tak ada,apa jadi dgn mereka..So bersabarlah selagi mampu .Lihat tt pun macam itu.

Melihat akan kemusnahan yang terjadi d iKelantan dan pantai timur cikson sedih sekali.Musnah rumah tempat berteduh.Musnah persiapan dan kelengkapan anak anak kesekolah.Cuma pohon janganlah musnah keazaman diri.Harap mereka bertabah .
Remembered too the day I sat down and cried when my school and my house was flooded...

Ahad ini ,teringat anak anak berempat di ibukota.Juga tt di SP sana.Love you all.

Saturday, January 10, 2015

MEWANGI

Suka dengar lagu Mewangi nyanyian Akim tak?
Cikson suka....esp melody dia.Rasa terbuai buai...

Setiap pagi cikson suka buka radio THR Gegar .Walau siaran dia lebih kpd berita pantai timur walhal cikson tinggal nun diutara pantai barat.Dan bila lagu ni disiarkan rasa macam sesuai sangat ditelinga.Memang lagu lagu slow dekat dgn jiwa cikson yg jiwang...hehe.

Dan juga setiap subuh cikson akan membuka gadget  utk mendengar alunan suara dari qari yang mengaji...dan lagunya lagi syahdu dari Mewangi.

Semoga hidup kita sentiasa mewangi.

Di umur yang dah senja ini ,harapan agar hidup mewangi dan berseri.Tapi apa nak kata kalau masaalah datang bertubi tubi.Habis satu datang lagi.

Pernah terbaca kalau masaalah itu bersifat universal dan kita sebagai individu tak dapat selesaikan ...just let it be.

Tapi akal ini masih terfikir juga..
Kisah Charlie abdu... no no its Charlie Hebdo
Kisah IS
Kisah Boko Haram
Kisah Rohingya,Palestin serta ribuan lagi kisah yg tak tersaji.

Mereka Islam ,kita juga Islam.
Tapi dalam Islam pun kita berbeza ideologi...tak ada yg satu hati.
Ada radikal,ada yg sederhana,ada yang cinta keamanan dan ada yg cintakan peperangan.Hujung pedang,hujung raifel cara berbincang.

 Resah hati fikir
Backlash dari segala yg terjadi di Paris kini.

Harapan cikson hidup kita terus MEWANGI dibumi bertuah ini.