Monday, September 8, 2014

Buat terbaik yang boleh ya anak anak.

Minggu ini minggu cobaaaan buat anak anak.Anak anak sekolah yang berumur 12 tahun tentunya.
Buat yang tidak sedar.....UPSR dah mula tau.
jawab jgn tak jawab


Bertahun pengalaman cikson bergelumang dengan kemelut peperiksaan ini.Sejak mula jadi cikgu.Nun...tahun 1972 lagi.Masa tu belum ada UPSR.Kalau tak silap apa periksa pun tak dak....correct my fumble mind if I'm wrong.Lepas tu baru ada Ujian tahun 5.....Kedebuk kedabak mailah UPSR...
For history sake...makcikson duduk ujian Special Malay Class masa tahun 3.Hingus pun tak reti relaih lagi kata orang dudulu...eh dulu dulu.Dan satu soalan yang cikson ingat adalah
Dalam gula ada apa?....
Well...cikson lulus ujian itu dan mulalah perubahan persekolahan makcik.Dari hujung kampung,kena berhempas pulas berebut bas nak ke Kilang Lama ,Kulim Kedah tahun 60 an dulu.Nak pergi sekolah kena lalu kandang...bab 1 sampai kena cekup hidung....Kena kejar anjing pagi pagi buta..Untuk seorang anak berumur 10 tahun.Tak ada la nak berhantar berambil.Pandai pandailah kau nak.Susah wei...minum air paip utk hilang dahaga.Pekin duit sekupang dua utk beli makanan.No...its not easy.Tapi rasanya cikson suka.Kerana disekolah cikson boleh tahan juga geliga....haha .Cikgu selalu puji cantiknya tulisan dan pandainya cikson dalam English lesson...I tell you pujian cikgu buat cikson seronok nak kesekolah walau kena tempoh macam macam pancaroba...
So teachers....pujilah anak anak murid mu semau mu...tak rugi apa apa.

Eh...dah dah...melalut pula.

Coming back to the issue in question.
UPSR lah bukan benda lain.

Makcikson@cikgu nak ucapkan Selamat menduduki UPSR buat anak anak SKRPB khasnya tahun 6 yang cikson pernah ajar mereka masa tahun 3 atau thn 4.Jenuh nak ingat balik siapa mereka ni..aha yang tampal plaster kat dahi dah tahun 6 kan.Yang selalu control kelas Syafiqah kan.Semoga mereka dapat menjawab soalan soalan dengan baik.

Juga buat anak anak SK Sena dan Titi Tok Bandar.....my thoughts are always with these schools...tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berlabuh..

Buat yang terbaik ya anak anak.Cikgu doakan kamu.
Salam.

Cikten....ni hau ma...dup dap dup dap dengar jantung.
              anak murid nak ambil UPSR cikgu cikgu yang rasa mcm nak bengung...hehe.Mama lah dulu dulu.

Bye.


jawab jangan tak jawab
jangan dok tidur tau....

Sunday, September 7, 2014

Those little things....abah bidan

Semalam,semalaman ada drama di RBL.
Drama?
Yup...drama .Drama antara binatang dan manusia.Manusia kaki dua dan binatang kaki empat.
Berteka teki pula mama ni...kata anak
Cercita ...kata kawan kawan.

Ninasandaq dalam dok bersandaq dah sarat.hari hari yang lalu dia asyik dok riki hospital mana dia nak melahirkan bayi bayi dia.Terjenguk jenguk dia disana sini.Hari tu dia masuk dalam almari baju ciktencikna.Mamason nampak terus hambat dia keluar.Esoknya dia buka almari cikli.Bukan itu saja washing machine pun dia panjat mana tahu kot situ lebih selesa.

lawa kan nina


Dan sampailah harinya.
Dia mengiau sakan.Makcik dia tak kacau tapi dia lebih kepada cikli.Cikli diekori kemana cikli pergi.Tengok tu...kucing pun tahu nak memilih siapa lebih dia percayai.
Makcik lapik kotak dan letak bawah meja tempat makcik dok menaip.Nampaklah dia sekali dua masuk dalam tu dok buat survey.
So cikli pun suruh dia masuk kedalam kotak itu bila nampak dia dah sakan nak beranak.Tahu apa jadi.Setiap kali cikli bangun meninggalkan kotak itu setiap kalilah dia keluar dari kotak itu.
Eeeeeeow...dia merengek.
Shuhhhh...pi masuk balik Cikli perintah.
Dia nak you tunggu depan kotak itu la.....kata cikson.
Cikli bersimpuh depan meja dan mula baca ayat ayat suci.Nina diam macam memahami.
Dan bila cikli berhenti,nina berbunyi lagi.
Bila cikli nak berlalu pergi,ninasandaq lompat kotak terus mengekori cikli.

Ha...sudah.Aku nak masuk bilik air pun dia tak bagi.Ni tak boleh jadi.

Akhirnya hampir jam dua belas,kami dengar raungan yang kuat....
Ninasandaq dah beranak.Tiga ekor semuanya.Kecil kecil bulat bulat.Warna...hitam putih dan tak salah ada coklat...
Entah ni kali keberapa cikli jadi abah bidan buat seekor kucing manja yang diberi nama NINASANDAQ!
ni anak dia di no7.

Saturday, September 6, 2014

Telur sebiji horn sekampung

Satu pagi daerah RBL dikejutkan dengan bunyi horn.
Ponnnnnnnnnnnnnnnn.Loud and clear.
Cikson terpinga pinga.Menjenguk keluar dia cari siapa punya angkara
Dok main tekan horn pula .

Kereta cikli tiada,kereta sebelah rumah bukan...eh bunyi horn kereta siapa.
Adik cikli pun tertanya tanya.Cepat cepat dia bergegas ke laman rumah.
Lori tua cikli punya dia buka.

Laa....seekor ibuu ayam bertenggek atas steering lori tua itu
Oh...baru bertelor sebiji dah bising sekampung gitu.

haha...ketawa aku
Perumpamaan bertelor sebiji berketuk sekampung dah tak boleh pakai.
Terkini.....bertelor sebiji bunyi hon biar dengar sekampung.

Kesian lori tua itu
Mula beli dia dibawa kesana kesini berbakti
Sekarang dia macam setengah mati
Ada hari ninasandaq masuk utk sembunyi.Takut luna maya yang walau kecil tapi garangnya tak terperi..
Ada hari ayam hitam buat sarang utk bertelor sebiji dua..rezeki buat tuannya.
Entahlah....sayangnya bila lihat aset aset jadi begitu.Hilang seri dan hilang fungsi.Terbayang duit duit yang dilabur untuk membeli..

Teringat dia akan cik kembara di ibu kota...apa nasib dia..

bang lori tengah berfungsi

abang abang buat kerja

bang Ley tauke lori dok memerhati...

Well...thats all folks.
Sometimes little things in life do make up our life.
.

Friday, September 5, 2014

Just sharing...walk of life

pernah....sesal? entahlah..

harap harap tu yang baik sajalah jadi kenangan orang

betul sangat....life dont come easy on a silver spoon...nak harap gold lagilah.

realise that...

been a taker all these while...

memang tepat sekali....overcoming adversities either break or shape us.The choice is ours.