Sunday, August 10, 2014

Andai kita

Emotional baggage yang di bawa sedari kecil bukan sesuatu yang boleh kita tutup sebelah mata...dan terus kita berkata.
Alah....tak jadi kudis hai kalau setakat lahir dalam keluarga bercerai berai..
Setakat ibu bapa bergaduh siang malam.Bukan takat mulut yang nyaring kata mengata tetapi sepak terajang naik ke badan..kita masih ingat tak memberi kesan pada seseorang insan.
Dan bila insan itu menjadi panas baran,pembuli kita berkata...
Dah besar panjang tua .....taulah memilih yang mana salah yang mana betul....

Well,we are absolutely wrong.
Kerana seseorang yang sejak lahir tak kenal erti kasih sayang,dia selalunya membesar menjadi orang yang tak erti dan tahu mcmana nak lahirkan kasih sayang..

Dalam aku menjadi guru,aku melihat banyak kes kes itu..
tak mudah
Andai kita lihat seseorang itu berperilaku yang tak seindah dimata,selunak ditelinga.....selidik dahulu.Mungkin dia tak pernah rasa apa itu lemah lembut tutur kata seorang ibu atau peluk belai seorang ayah.

Well...I might be wrong but am not wrong to observe and deduce.
Seorang ibu yang terjerit pekik selalunya tak akan menjadikan anak anak lemah lembut bila berbicara...bagaimana kuntum begitulah bunganya..kalau dari putik lagi dah diserang tungau ,mau dia menjadi bunga yang harum mewangi....

Sedih lihat seorang anak membeliakkan mata pada ibu tua .Dan anak itu juga bukan lagi muda....aduhai .



Saturday, August 9, 2014

Raya tanpa waya


gambar pinjam....googled
Dah lama benar cikson boleh tengok drama tak sekerat jalan.Tapi semalam kat tv 2 or tv 9 cikson boleh melekat at that kotak bodoh sampai  lepas tgh malam...sampai habis ceritalah nak habq mai.

Apa yang seronok sangat sampai boleh mata melayan tv tu.
Bila makmah jadi isteri dan abang ayam jadi suami ,you can visualise the comedy.Anak anak menantu pun tak kaku macm batu ...Ada hanez suraya,that jazzle boy ...eh sapa lagi ya .

Dan yang menjadikan drama tu memikat cikson adalah temanya yang kena ....internet.
Macam berlaku dalam famili kita saja.Bila anak anak ( cikson belum ada lagi menantu dan cucu) dua puloh lima jam berkepit dgn gadget....makan tenet,potong sayur tenet,tidur tenet,bawa kereta pun dok tenet....menggila sunggoh dgn internet mudah alih tu.Macam lah kalau tak jawab sms,watsup apakebende tu boleh qolu lilah.

really hope they air the drama another time....tak kering gusi tgk makmah yang lebih pandai berinternet,berskype,beryou tube dari suami .dalam loghat jawa dan mimik muka...havoc I tell you.

Dan drama ini bukan drama bodoh ...wang wit tak kena gaya.Ada pengajaran yang boleh kita kutip darinya.
Kepada suami isteri tentunya.FB boleh memperok perandakan rumahtangga andai suami isteri mengupdate status dan melayan orang tak kira lah mata air lama.Janganlah dok upload gambar gambar menggoda wahai isteri isteri semua.Mau timbul kekecohan andai orang lain dok like like dan komen komen menggoda.

Pengkahir cerita ,bila mercun dan bunga api pun tak merenggang anak menantu serta cucu dari internet,tokwan cari helah buat perkara.Nasi ambeng jadi permintaannya...

Frankly speaking....Raya tanpa wayar drama memikat selera....rugi tau kalau tak tengok .

ada kampung nama ni ?Tentu penduduk disini beraya dalam ketenteraman.

Friday, August 8, 2014

Jangan menjoyah....pesan jumaat

Joyah?
Menjoyah?
Seakan kata nama  tapi la ni dah di jadikan kata kerja.In other words mengikut cakap orang putih from names to verbs....

Pesan mama pada anak anak jangan sekali jadi joyah yang menjoyah.Everywhere you go leaving a trail of stories be it right or wrong.

Dan paling malang sekali bila nak menghalalkan cerita ,nama orang dan source berita di nayatakn sekali.
Teringat pesan tt.
Bila orang bawa cerita,jgn percaya cadbury blindness.Lebih lebih lagi bila dicoinkan sekali orang ini orang itu yang kata...
Selalunya si joyah akan berkata
Ni...cik son kata .....bla bla bla....bukan saya kata.Saya nak habaq bagi cikton tau...
TT selalu pesan waspada pada pembawa berita.Mungkin sengaja nak memperokperanda orang saja.Bila orang bergaduh dia sangat suka....ketawa hahahah macam hantu raya..

Ya...sijoyah sinonim dgn hantu raya yang tak pernah pun kita jumpa.Tapi amat ditakuti walau hanya dengar cerita.

Joyah menjoyah antara rakan,kawan sepejabat ,jiran tetangga perkara biasa.
Yang lebih malang bila kawan sebantal punya sifat joyah.
Cerita dan perbincangan suami isteri tiba tiba jadi sensasi...bila sisuami atau isteri menjoyahkan diri..
Maka  muncunglah antara adik beradik,ipar lamai dan kawan handai.

Anda bagaimana.....suka jadi joyah?Suka kah anda bila dijoyahkan?
Kesian pada joyah....dalam banyak banyak nama kenapa joyah yang dipilih utk orang yang suka bawa cerita.
Ehh...kalau lelaki yang suka menjoyah,apa nama yang sesuai ya.Sbb ada banyak lelaki sekarang yang punya tabii ini..



Thursday, August 7, 2014

DIY...jari jari ku kebas semua.

Masih teringat masa dulu dulu.Andai ada majlis di JPL,aku rasa paling seronok kalau boleh menyumbang hasil karya seni ku.Jadi pembantu tolong gunting dan lipat pun dah memadai.
Satu hari kakak tukang buat hantaran minta cikson tolong dia mengubah..Masa tu cikson rasa baru lepas SPM.Di suruhnya cikson gubah hantaran buah buah oren.Buatlah macam mana pun....
So ....cikson bungkus buah buah tu dengan kapas.
Dua biji cengkih cikson buat mata
Lupa pula hidung buat dgn apa.
Siap muka burung dgn paruh sekali...Raga pula di hias racikan kertas seperti sarang.Dan jadilah hasil seni cikson buat julung kalinya.....Sekawan burung dalam sarang....
Sekali tu sehelai kain cikson gubah jadi buku....sayang masa itu gambar tak diambil jadi kenangan.

Masa adik beradik nak kahwin ada juga cikson diberi kepercayaan buat pelamin...
Sekali tu dengan cadar dan karpet, pelamin simple cikson buat.....bersanding pun pengntin tanpa modal yang boleh carik poket...Kalau cari balik gambar pengantin tu ,boleh juga tengok hasil karya kita dulu dulu.

Tapi kan.....macam tidak percaya anak anak bila cikson cerita pada mereka..Yang mak depa pernah jadi tukang siap pelamin...

Tapi dengan peredaran masa ...mana ada orang mau buat DIY...Tak uumph la kalau tak sewa bridal dan cari khidmat wedding planner...kan..

Lagi pun jari jari cikson dah kebas semua....
Namun ....cikson dah berkira kira nak buat bunga ...dari kertas ,nylon ,ribon yang ideanya cikson kumpul.Nampak taklah susah mana.
Di sini cikson jumpa banyak idea idea....Martha Stewart
Antara bunga bunga yang cikson berkenan...

bunga tangan yg tentu tak layu..
Dan dari sini juga tak kurang idea.....tapi susah sikit nak faham bahasa dia yang entah apa apa.But pictures tell a thousand words kan...

Easy Craft Ideas

Antara idea idea disitu
hiasan

rosette

Rasa tak sabar nak pi cari bahan bahan....and start the project ...