Monday, June 2, 2014

Siaran dari ibukota

Apa kabar semua?
Terimakasih pada yang sudi jenguk gobok buruk makcik.Tiga empat hari juga tak jenguk disini.Sibuuuuklah katakan.
Harini cikson bersiaran dari Kepong.Sunyi dan sepi rumah bila anak anak dah mula bekerja.

Hikayat perjalanan bermula hari Jumaat bila makcik jadi ketua rombongan warga emas naik malindo.Dan hari berikutnya makan kenduri di Bangunan  Tabung Haji .Perkahwinan anak bapa saudara cikli.Such a sweet and simple event.
The next day ke majlis pertunangan anak saudara cikli pula di TUDM Subang.Majlis orang Perak bertemu Perak bertemakan vintage.Dan bila lihat segala tekad menekad terimbau kisah dulu dulu....
Hari hari disini anak anak bawa emak ayah keluar makan.Dari Setiawangsa,keSg Pencala hingga keUptown Damansara...mau kejung urat tua tua kami.

Cikli balik naik shamisha semalam tapi cikson kena tunggu sampai hari Rabu...jadi co pilot .So sehari dua ni teringin pula nak jengok Ikea..jom kita.

Mak jangan dok buat kerja ...cikten pesan masa nak keluar rumah.Anak sorang ni macam tak tahu pula ibunya bukan tahu dok melengung...
Dah siap nescafe se mug dan nasi goreng buat breakfast emak.Dan juga laptop uk ibu berinternet.
Nanti tghhari kita keluar...

Tapi bila lama lama.no.7,ninasandaq ,mok squirrel teringat pula kat depa.

Actually typing on this borrowed laptop is quite a task...asyik la dok typo error.




Friday, May 30, 2014

worrying too much?

fb

fb

fb
to the worry warts out there....
and  moi...
these are for you.




Thursday, May 29, 2014

Senyum sikit lagi manis.

Jam 12.30 cikli ajak cikson ke bengkel grille pintu dan tingkap.Si tauke kedai nak tunjuk bunga grille yang dia pasang .....cepat juga dia siap.Minggu depan dah boleh pasang.Yahoooo....bolehlah masuk rumah tanpa was was.
But everything got to wait sbb kami akan ke KL hadiri majlis kahwin anak bapa penakan cikli serta majlis tunang sepupu anak anak.Lepas tu ke SP majlis kahwin anak saudara cikson...
So tomorrow cikson jadi ketua rombongan warga emas naik malindo...

After the trip to bengkel besi,terus pecut menuju jalan Batu Pahat tapi bukan di Johor.Dekat dekat dengan taman ular dan ladang anggurMisinya nak membeli buah harumanis.Sebelum tu order nasi goreng paprik dan jus mangga.OK lah boleh tahan juga rasanya.

Di situ terjual buah harumanis dan cikson pernah dapat dari anak.Buah dia ok ...tak busuk selepas 3 hari peram..Rasanya pula seperti harum manis..tapi yang buat cikson terkilan adalah penjualnya.
Amboi...kedekutnya nak senyum.
Kalaulah dia hadiahkan senyuman buat pembeli alangkah manis lagi buahnya....
Wanita seksi meksi dengan kain ketat membalut bontotnya yang bulat serta makeupnya yang tebal langsung tak beri sedikit pun senyum buat kami....
Dan makcik rasa dia macam endah rak endah saja pada pelanggan....layanlah dulu pelanggan yang tercongok kat situ .Lepas tu barulah bebelkan pekerja...well..she's doing the things simultaneously.

Eh nak jual ke tidak?Mulalah makcik rasa angin kus kus..

 Kaya dah kot.....kan beribu manusia berada di Perlis la ni.Tentu habis buahnya diborong.

DIY ...yang ingin ku buat

Hari Khamis...posting cikson terarah ke DIY..
Project untuk RBL dah 3/4 jalan.Cuma tinggal nak tie the loose ends.
Semalam cikson tak jengok ke sana.Entah apa jadi..masih teguhkah dia.
Got to trim down the ends and tie them to the iron bars..bila balik kenduri nanti.

On the curb and the pathway...teringin cikson nak buat macam ni.

dari fb....idea dulu

juga idea idea dari sini

fb lagi

Tapi nak DIY dengan cikli....kena tanya seribu kali.......
Haha teringat cikson masa cikson bagi saranan cara nak ketuk paku kedinding.Mau dia naik angin.Paku dia ketuk sampai terpelanting....terburai dinding.
And since then.....we would have our won home departments to take care.
And since gardening is his area...cikson takut idea cikson tak kemana...


And for the garden......

dari fb....supaya air tak terjun sampai lencun
Juga buat kenduri nanti teringin nak buat bunga bunga besar.....hias laman bagai taman .....

dari fb....boleh beli tapi kalau buat sendiri baru seni!