Tuesday, May 13, 2014

Tupai yang lentuk

haiiiiii

Haaaaii....ninasandaq sini.Harini nina nak story  sikit....

Namanya Tupai.Tapi dia bukan tupai.Dan dia akur bila namanya di orangputihkan cikson menjadi Squirrel.TT panggil dia skuiren...
Ekornya yang gebu persis si tupai yang suka melompat lompat.Bergetar misainya yang panjang bila cikson memanggil manggil namanya dan menanya kabar dirinya.
Squirre....Squirrel...seru cikson
Mulutnya bergerak gerak,misanya pun bergerak gerak.Nampak giginya menyeringai.
Squirrel lapar ya....ala kesian...cikson membelainya
eeeeow...eeooooow eeeeeeew dia berbunyi.Manja. Benci nina.Bingit sangat.

You know what?
Ni lah sekor makhluk kaki empat paling manja nina pernah jumpa.Paling suka lentuk.Paling bising.
Dekat nina pun dia nak manja....eeee...nono.Tapi nina sayang juga dia sebab dia nampak macho .

Eeeeeow eeeeeeow nyaring dia berbunyi didepan pintu bilik air.
Nak apa ? kakolin bertanya.
Oh nak air...cikolin cebukkan air untuk dia.
Dia melompat atas kolah dan dengan rakus menjilat air dalam cebok...rakus.Slurrrrrp slurrrrrp.

Eeeeeeeow....eeeeow
Hai bunyi lagi...nak apa? suara cikson berbunyi.
Cikson angkat dia .Tatang dia macam menatang baby.Misai dia bergerak gerak.Dia mengeliat liat badannya dalam dokongan cikson.Lepas tu dia jilat jari jari dia...mengada betul.

Nak tahu bila dia paling bising?
Pukul 3 atau 4 pagi.
Dia mengiau untuk meminta cikson buka pintu.Nak keluar cari makwe la tu.Atau dia nak terkucil.

Eeeeeeow......eeeow...dia berbunyi lagi ditepi kerusi cikson....
shuuuuh shuuuuh ...pi main jauh jauh..cikson memarahi dia.
Tupai merajuk.Dia lari bawah katil.Monyok.

Squirrel....squirrel
jejaka perasan

lentuk dan suka merajuk...

Ninasandaq

Monday, May 12, 2014

hari hari hari ibu.

Hari Sabtu tiga dari empat anak menepuhi perjalanan yang panjang untuk balik ke Perlis.Jam 10 malam baru cikfiesta putih tiba diperkarangan rumah.Sepatutunya sisonny bonny sorang tu tiba pagi Sabtu dengan bas tapi atas sesuatu keadaan tidak dapat dijangkakan dia turut bersama adik dan kakak pulang dengan kereta.Besok malamnya balik kembali ke KL kerana Isnin adalah hari kerja.Tak mau dia ambil cuti kerana kerja kerja yang sedia menanti di ofis.Kesian dia.tentu mamun nak kerja hari Isnin..

Tahu apa dalam kepala siibu bila anak anak nak pulang ?
terimakasih banyak banyak

 Fikir apa hadiah nak diterima?
naheee....tidak yo...not at all.Tapi kalau diberi happy beribu kali.
 So what?
Tentulah makanan kegemaran mereka.
So dua hari itu cikson all out didapur menyediakan makanan kegemaran mereka
Biasalah yang dilakukan oleh semua ibu ibu kan...
Teringat tt.


So all in all....terhidanglah antara juadah judah ini..
gulai udang parpu dan mungai...

cili crab with curry poder....sememehnya


Udang gulai berserta kacang parpu dan batang mungai
Cucur jagung beserta kuahnya....sambal botol tak main la
Ketam cili berempah....resepi baru cikson
Ikan masak hitam....kicap la tew.
Bubur pulut hitam....so cool,sewit and full of cream...haha.
Bihun goreng dua versi....berudang,bersotong dan berayam dan satu hanya ayam saja...
Juga sambal mempelam....anak request kuini or macang...sorry.
Dll.....
So sepanjang hari cikson asyik suruh anak makan dan makan dan makan dan makan.
Mama....we are fullll....they cried.
Mama...sakit perut la...which cikson jawab...sapa suruh makan cili padi berkicap banyak banyak.

Its a mother's day...infact everyday should be a mother's day for all mothers who work on their hands and feet to meet their families' wants and needs..
At a food joint they brood wrote a note for me and stuck it on the board...adoi anak anak famous la mak hampa no...





haha.... hari ibu

Cikson tak mau sentuh haram tidaknya merayakan hari ibu.Nak share rencana yang cikson baru baca... Silalah..
di sini ya

Sininasandaq pun sikit punya happy bila akak dan abang balik......
somersault lagi...seronok sampai guling guling

kena bully...eh awat lantai berdanok no?Dah nak pindah....cikli kata..


Saturday, May 10, 2014

From the News...pulanglah anak anak.

Mother's Day...besok kan.
Tersentuh hati ibu seorang aku melihat berita di Sky News baru tadi.Tentang penculikan gila oleh orang gila yang tentunya tak berhati dan berfikiran normal.Dah hampir sebulan berita tentang anak anak gadis 15-18 tahun diculik jadi Breaking News.Se belum ini MH 370,Ferry Sewol jadi bahan berita dunia.Dan aku tidak sehari pun leka untuk tidak mengikuti berita tentang nasib mereka.Tentang usaha untuk BRING BACK mereka.


demo

sepanduk

antara anak gadis yan diculik



sekolah

berita


mereka yang menunggu

sekolah yang dibakar

kemusnahan

Untuk mereka yang masih   kelam tentang kisah berkait Boko Haram,biar cikson beri sedikit pencerahan.Yang cikson lihat dalam tv setiap pagi.

boko haram


On the pretext or assumption mereka yang semua tentang barat adalah haram ,puak boko haram ini menculik hampir tiga ratus murid perempuan belasan tahun yang sedang tidur diasrama mereka.Boko Haram bermaana Sekolah Haram kononnya mengikut perintah  yang menyuruh mereka menghukum anak anak perempuan yang bersekolah.Kerana  mereka hanya dijadikan untuk berkahwin...dari apa yang dikatakan oleh ketua mereka dalam video yang disiarkan.Kumpulan ini dikatakan seakan taliban di Afghanistan...sera

Banyak cerita sebenarnya berlaku tentang kisah pahit ini.Bermula dengan bapa presiden yang rileks saja semasa diinterview ,hingga si isteri yang menyumbat ketua penunjuk perasaan dalam jail.Kononnya saja saja buat cerita untuk memalukan suaminya.Hanya apabila orang berdemonstrasi hingga luar negeri dan channel berita CNN,Sky News buat breaking news setiap hari serta Barrack Obama mengambil perhatian,barulah kisah ini jadi perhatian negara.Dan berita tentang kisah ini jadi tumpuan umum hingga menenggelam kisah MH 370 serta Sewol .

Sebagai ibu yang punya anak anak,aku cukup tersentuh melihat wajah wajah sugul ibu ibu yang menunggu kepulangan anak anak yang dikasihi.Semoga kisah ini berakhir dengan penemuan anak anak ini.Namun ada yang diberitakan sudah tiada kerana dipatuk ular dan malaria.

wajah sugul ibu ibu

On the home front cikson juga sedang menunggu anak anak pulang dari ibukota.Ayam,udang,sotong sudah disiang untuk dimasak juadah kesukaan .Sedih dengar suara sianak nan sorang yang ketinggalan bas semalam .Akibat letih balik dari kerja dia terlelap.Kesian.

Sehingga anak anak ini sampai dimuka pintu,seorang ibu tua pasti menunggu.Dengan doa semoga selamat dalam perjalanan...

Selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu....