Thursday, March 27, 2014

takdir

 Berulang kali aku tekan backspace button ini.
 Rasa apa yang aku lontarkan tak menjadi.
 Rasa ini membungkam segenap ruang hati
.Dan aku tak mahu apa yang ku tulis menambah derita mereka yang menghadapi

MH370.....rasa gembira ku kau bawa pergi.
Bila PM mengisytiharkan perjalanan mu has ended in the middle of the South Indian Ocean

Ini aku...
tentu parah mereka yang punya sanak saudara,suami isteri serta anak anak tercinta.
Detik ini rasanya semua terhenti seketika.
Jenuh nanti nak pungut kembali sisa sisa yang ada.

The other day when I was at the AS airport sending my daughter I couldnt help but felt a ping of sadness overwhelming me when I read the departure and arrival notices.
it could be me waiting ...
it could be me wanting
it could be me grieving.

Ku tanya anakku
Tak takut ke naik flight ni.

And her wise reply....kalau itu takdir ilahi....

Takdir....



Wednesday, March 26, 2014

Tak ada perkataan lain kah?

Setiap kali dengar perkataan BANGKAI disebut terasa sayu hati makcik.
Bangkai kapal terbang
Bangkai MH370.

Tak ada perkataan lainkah selain BANGKAI ?
Matsaleh pun tak sebut CARCASS ......

Ahli ahli bahasa....apa pendapat anda?


Just  my thoughts...

Sunday, March 23, 2014

Doa kami

Add caption

MH370
Bukan saja hati hati kami berduka
Pohon pohon pun sama

Lihat mereka menangis hiba
Daun berguguran bagai air mata

MH370
Bukan hati kami saja berduka
Langit pun sama

Lihat ia nampak tidak bermaya
Mendung dan tidak ceria.

Semenjak berita tentang entah kemana kamu pergi
Yang lain telah kami tidak peduli
Bila bangun pagi
Bernama,CNN,BBC dan banyak lagi
Menjadi tumpuan kami
Untuk tahu apa nasib kamu yang kami sayangi...

Chef Wan Z Zaidi
Juga mereka yang tak tahu erti
Sakit hati tolong letak ketepi
Tak perlulah buat lawak syok sendiri

Bersama mu kami
Mohon doa pada ilahi
Agar kamu dilindungi....MH370

Pray for MH370.


Saturday, March 22, 2014

Mak Andeh makan kenduri

Harini mak andeh tak masuk dapur.Nak makan kenduri katanya.So buat apa penat badan kalau makan tgh hari dah ada.
Jadi  dalam pukul 2.00 mak andeh dan pak pandir pun bersiap.Wang untuk salam kaut pun dah masuk sampul.
Dengan lenggang lenggok ditengah hari itu mereka berdua berjalan ke rumah kenduri yang sepelaung saja dari rumah mereka.
Ditengah jalan mereka bertemu jiran yang sedang berkebun bunga.
Hai...tak  kena ke? Sapa mak andeh.
Kena apa... tanya jiran yang disapa.
Makan kenduri rumah cik Tom ...
Kenduri...mana ada.Esok baru kenduri.
??????.....terlopong mak andeh dan pak pandir.
Pak pandir dah meneliti kad undangan kahwin semalam...rupanya dia mix up dengan undangan di Penang...
Nak terus ke Penang dah suntuk.Jadi terpaksalah dua duanya mencari makan di restoran di luar...
Terbang 20 ringgit hanya untuk semangkuk sup dan ulam serta sambal mempelam.Cekik darah betullah.

Dan bila mak andeh belek kad undangan kemudiaannya ...kenduri besok rupanya.
Hm...itulah sunyi senyap saja .tak ada meriah dengan muzik segalanya.

Kalaulah masa muda muda dulu,tentu gaduh jadinya salah menyalahkan.Tentu akan keluar kata kata..
Tu lah mak hang
Tu lah pak hang....

Tua tua ni..pak pandir dan mak andeh ketawa saja .tak kuasa nak gaduh...hehe.