O2...oksigen la tu.
Ada hari macam tercungap cungap nafas dihela.
Ada hari tersumbat kerongkong bila makanan ditelan..
Rasa macam oksigen yang di sedut tidak sampai ke hati dan jantung.Darah tidak mengalir ke otak dan saraf...
Lebih lebih lagi sarat dan berat rasa ini melihat ,membaca dan mendengar berita berita semasa.Dan yang jadi punca utama adalah S,RM,bhat,rupee,rupiah,dollar penyebabnya....
Punca pegawai ambank ditembak
Punca banjir lumpur di CH
Punca ketua keluarga mengamuk hingga sanggup membunuh....dan entah berapa banyak lagi kejadian ngeri dan trajis puncanya adalah kerana wang...
Punca ibu tua itu bersedih adalah juga kerana wang...Sedih dia bila wang yang dikumpul ,di simpan dengan membelakangkan keinginan dan kemahuan habis begitu saja.Berdikit dikit dia menabung...ikat perut ikat kerongkong....tapi...well dont have to elaborate...Anyhow kesian dia..
Dia masih ingat punca pergeseran dalam keluarga...semua kerana wang.
Dia masih tak percaya orang sanggup menyembah,melutut,merayu kerana wang.
Kerana wang suami juga isteri dihalau,diherdik,dihina.
Kerana wang bapadan ibu tidak dipandang sebelah mata.
Kerana wang adik beradik tidak bertegur sapa.
Kerana wang,kemuliaan sesuatu bangsa dinilai olehnya...
Kerana wang sesuatu negara jadi kuasa dunia
Aduh....besar peranan wang.Tanpa wang orang boleh jadi beruang.
Tanpa wang.....beribu akibat kait berkait,ulang berulang.
issssh mama ni.....tajuk O2...napa ringgit jadi coretan..
Anak anak....terlintas difikiran ini nak cari oksigen sweet and fresh nanti nanti...kalau dapat ke gunung ,kelaut,kepulau tentu menyegarkan....
Dah...dah semua tu perlu ringgit....
Tapi masakan dapat fresh oksigen kalau tidak membelanjakan wang....
Dan teringin mama menyelusuri tempat tempat ini yang mama kunjungi beberapa dekad lalu....kalau nak pergi sendiri memang tak mampu.
![]() |
| rezeki ke london |
![]() |
| memberi makan burung merpati di trafalgar square |
tapi anak anak....rasa ke tempat yang kita bincangkan menggamit gamit....jadi tak? Kalau nak simpan duit sendiri .No spnsor mnsor.OK?
.jpg)
.jpg)













